02 April 2010

BN MASIH DIBELENGGU TRAUMA PENOLAKAN RAKYAT

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatkan bahawa perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan semalam sedikit sebanyak menunjukkan BN masih lagi dibelenggu trauma penolakan rakyat terhadap mereka.

Beliau menyatakan Sebelum sidang DUN bermula, soalan-soalan ADUN PR ditolak oleh speaker Haram, dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Bahkan, Sidang DUN yang dipenuhi polis, dengan layanan yang tidak adil kepada ADUN PR menunjukkan BN memang takutkan bayang-bayang sendiri, jelas beliau

Selain itu, Pemeriksaan keselamatan yang melampau oleh pihak polis, cuba menanamkan rasa takut dan bimbang kepada ADUN-ADUN PR yang hadir ke sidang DUN tersebut adalah satu tindakan yang tidak profesional dalam sebuah negara demokrasi.

Selain itu, Pihak media juga tidak dibenarkan masuk ke dalam sidang DUN, yang tidak berlaku sebelum ini.

Menurut beliau persidangan ini hampir-hampir menjadi persidangan pihak polis, apabila jumlah polis yang ada di dalam dewan terlalu ramai. ADUN PR juga tidak dibenarkan masuk ke dewan dengan pintu yang dipilih mereka, atas alasan pintu berkenaan ialah pintu BN.

Beliau mejelaskan lagi, bahawa semua adegan ini sebenarnya adalah manifestasi ketakutan BN terhadap kekuatan dan solidariti PR yang tidak goyah walaupun ditekan dari semua sudut.

Sehubungan itu beliau menyatakan bahawa ADUN PR tetap komited terhadap amanah rakyat, walaupun diancam dan dilayan dengan tidak sewajarnya oleh pihak BN. ADUN PR tetap hadir dan memberikan kerjasama yang baik ketika dalam sidang DUN.

Beliau berharap agar sidang DUN yang akan diteruskan ini akan terus menyaksikan komitmen ADUN-ADUN PR yang diketuai DS Nizar, yang merupakan kerajaan pilihan rakyat.

2 ulasan:

Ledang72 berkata...

Saya berasakan umngok akan guna mcm2 utk takutkan kita semua. Hanya keimanan dan keberanian akan jadi kekuatan kita, insya allah. Utk Hulu Sgor nnti silap2 dia buat cerita Tok Guru msk umngok, biasa la umngok ni mmg buat lawak and rasuah je yg dibuatnya. Setan pnye umngok

Tanpa Nama berkata...

umno BACUL!!