IPOH : Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain mempersoalkan sampai bila krisis di Perak akan berakhir apabila belia diminta untuk merujuk kepada sidang DUN Perak yang terkini.
"Sampai bila?"Soalnya dengan serius dan tegas dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak hari ini.
Disamping itu beliau mendesak supaya DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
"Kita cadang DUN Perak dibubarkan segera" Katanya.
"Yang malangnya bila rakyat Perak tidak mendapat hak yang sebenarnya. BN Melepaskan batuk ditangga nuntuk mengelak dun terbubar sendirinya" Jelasnya.

3 ulasan:
sementara tunggu pembubaran buat ler keja sikit..nak tak nak pasti satuhari ianya dibubarkan gak.
Baik dibubar sahaja dun Perak tu. Kalau dibiarkan, krisis akan berpanjangan. Komplikasi keabsahan keputusan-keputusan yang dibuat dalam Dun sekarang akan timbul pada masa depan akibat daripada kekalutan sekarang. Jangan dibiar perkara ini berpanjangan. Tiap-tiap kali bersidang ada kekecohan.
UBN cakap tak serupa bikin, mana letaknya slogan rakyat diutamakan. Yang nyata ketuanan BN jadi pencapaian yang didahulukan tidak kira sejijik manapun caranya.
Nak tunggu??? Kita boleh tunggu DUN dibubarkan , tapi tindakan itu seolah-olah membiarkan duit rakyat dibazirkan begitu sahaja. Nak tunggu 3 tahun lagi....agh...itu mengarut. Berapa banyak nak dibazirkan lagi.
UBN tidak patut menjadikan rakyat korban kepada kerakusan mereka untuk berkuasa.
Rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan.Itu sahaja jalan terbaik. Buang saja kekeruhan sekarang ini dengan pilihanraya negeri.
Aku yakin semua rakyat Perak (kecuali pemakan rasuah / pengadu domba / rasis tegar) mahukan DUN dibubarkan. Siapa yang menang bukan lagi soalnya. Kalo BN menang orang terima dan kalo PR menang orang alu-alukan. Biarlah kerajaan yg ditubuhkan itu tiada kesangsiannya. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat (yang cerdik) sedang memerhati tingkah laku pemimpin UMNO/BN. Nyesal pangkah Nazri kat Pdg Rengas dulu, terasa macam bodoh je sekarang nie.
Catat Ulasan