08 Mac 2010

Kerajaan Perpaduan di Perak, terima kasih kepada Harussani !

21 Rabiul Awwal 1431.
Cina Islam.

Berikutan dengan kenyataan Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

Namun perkara itu telah disanggah oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga pesuruhjaya PAS Perak pada masa itu , Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS. Dalam bahasa lain Harussani telah berbohong.

Selayaknya dan dalam bahasa yang paling mudah Hasussani sekarang ini bukan lagi berperanan sebagai Mufti Perak yang sebenarnya, namun dia adalah Penasit Agama kepada UMNO, malah semacam jurucakap pula dalam permasalah tersebut.

Satu lontaran persoalan awal, kenapa perkara ini dilontarkan kepada orang yang berada diluar Perak dan dihadapan kalangan ilmuan dan mereka yang saya kira tidak selayaknya mengetahui dengan jelas perkara itu.

Atau adakah Harussani sudah tidak berani untuyk menghalalkan Kerajaan Perak yang ada sekarang di Perak , tetapi cuma berani untuk menghalalkannya diluar. kalau berani datanglah ke Parit Buntar untuk mengulangi ucapan tersebut.

Selain itu dalam pendedahan yang berlaku itu saya anggap satu rahmat kepada PAS dan Pakatan Rakyat Perak kerana ia menjadikan satu medan bagi menjelaskan betapa PAS ikhlas dan sangat konsisten dalam menegakkan prinsipnya untuk bersama dengan DAP dan PKR dalam menubuhkan kerajaan di Perak satu masa dulu.

Seperti yang didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang bahawa Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam. Lalu disanggah olehnya dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ust. Ahmad Awang.

Perkara ini mendedahkan bahawa kita bersama dengan DAP atas dasar mengenali lebih dekat dengan mereka dan tahu hati budi pimpinannya, sebaliknya Harussani walau seorang yang dipanggil mufti namun sengaja menegakkan hujah dan benang basahnya tanpa ada alasan yang kuat.

Perkara ini menyerlahkan sikap kita yang sebenarnya dan saya yakin akan mendapat perhatian penghormatan yang tinggi dari DAP.

Kerana itu beberapa hari lepas dalam Mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat Perak, DAP bertegas dan telah dipersetujui sebulat suara bahawa jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak diserahkan kepada DS. Nizar. Walaupun diperingkat awal kita beralah dan menjelaskan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari mereka tetapi DAP tetap bertegas menyerahkannya kepada PAS.

Saya masih hairan dengan Harussani yang sangat dekat dengan perjuangan Melayu bersama UMNO sedangkan jelas perjungan Assobiyah yang dicanangkan oleh UMNO itu jelas bercanggah dengan Islam. Sepatutunya persoalan assobiyah yang menghantui perjuangan UMNO sudah cukup untuk Harusssani berdiam diri dan jangan terlalu memihak.

Sayangnya apa yang ditunjukkan oleh Harussani menyebabkan raputasi masyarakat Islam terhadapnya sudah sangat merosot. Ianya sangat dikesali oleh para "kulaan" . rungutan dari kawan-kawan sepengajian di Kolej Islam Kelang sering saya dengar.

Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang ....

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Harap diperbetulkan tajuk di atas. 'Kerajaan Campuran' bukannya 'Kerajaan Perpaduan'. Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Sampah.. 1 word for Harussani..

Putra IJ80 berkata...

Orang Orang(Kulan) di Parit Tok Ngah,Bagan Tiang ,Titi Serong,dan Kalau Mereka mereka ini masih ada i.e Hj.Darmawi,Haji Abas,Haji Masjuni,haji Radi, tentu mereka menangis sebak dada melihat prilaku Tuan Mufti kita nie.

Sedikit sebanyak mereka mereka ini ada menyumbang(Wang/Tenaga/buah fikiran) sewaktu beliau(Mufti)dalam Pengajiannya di di luar Negara., dulu..

Gua terbaca nota(sejarahnya) dalam kitab kitab lama Arwah Atuk .

Alfatihah utk Atuk ,Atuk dan yg.lainnya.
Smugr Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.

Tanpa Nama berkata...

syeikh sa'eed ramadhan albuthi versi malaysia..

Yong berkata...

PRU13 nanti elok mufti bertanding atas tikit UMNO je. Boleh pilih kawasan Bagan Serai tempat ramai kulaan. Haji Mohsin kena beri laluan pada mufti.

Tanpa Nama berkata...

aku makan gaji,,,dah berpuluh tahun ,rezeki ku bn yang baki...kalau tak dak bn tak tau lah macamnana nasibku.

Tanpa Nama berkata...

mengingat kembali kata gurauan Bekas Mufti Selangor Allahyarham Datuk Ishak Baharom, ..' mufti-mufti tu bukankah ulama kerajaan....

yes berkata...

Assalamualaikum kepada Tanpa nama 1:32 AM,

Jangan sesat, rezeki Allah yang bagi. Mengucaplah!!!!

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 3.7 2010 masa 1.32 am hang dah sesat gaji hang dikurnmiakan oleh Allah...faham.. tak belajak agama kut atau agama umno wal hadhari.

Tanpa Nama berkata...

sajenye hirang hati kawo harussani ilah hati warek!!

Tanpa Nama berkata...

wahahaha rezeki BN yg bagi ye...Bukan Allahh yg bagi?...agak agak la woii hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

aku makan gaji,,,dah berpuluh tahun ,rezeki ku bn yang baki...kalau tak dak bn tak tau lah macamnana nasibku.
3/07/2010 2:45 AM
rezeki BN yang bagi?...Bawa mengucap byk2...kalau tak tahu pergi mengaji..esok dalam kubur bila ada orang dtg tanya...sapa tuhan ko? di persilakan jawap BN tuhan ku!

Tanpa Nama berkata...

eeeeeee. teruk sangat mufti perak ni. Mufti jelmaan umno. Kalau tok sheh ada maruah, baik diam, jangan menyibuk tak tentu pasal. Kalau lapak sangat nak berpolitik ayuh letak jawatan. Dtk Sri, Tan Sri dan macam-macam Sri lagi ente adalah contoh teragung paling wahid ULAMA AKHIR ZAMAN. Ulam????? ulama???????ular dalam semak??????????????? You are bullshitting yourself

Tanpa Nama berkata...

Harussani sebenarnya tengah duk bodek bosnya DS Najis untuk menjadi ketua dewan ulama UMNo yang pertama, itu yang jadi cam sasau tu. Kan UMNO nak tubuh dewan ulamamak mereka, jadi kepinginlah beliau untuk mengisinya. Tapi kena ingat ada lagi imam tong sampah yang duk mahu sama jawatan tu. Kena berebut la, tengok siapa yang paling hebat bodekannya. Atau kalau boleh siapa yang mampu cium pipi bik mama pasti dia dapat. hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Harussani tengah bodek bosnya DS najis untuk jawatan ketua dewan ulama UMNo sebenarnya, tu yang jadi cam sasau tu. Kan umno nak tubuhkan dewan ulama umno, jadi di nak cipta sejarah menjadi ketua dewan ulama umno pertama. Tapi kena ingat ada imam tendang tong yang mahukan jawatan itu juga. Kena tengok la pula siapa yang lebih hebat bodekkannya. Atau kalau siapa yang mampu cium pipi bik mama pasti akan dipilih. hehehe...

pakyop berkata...

teman rasa yang bagi komen pasal gaji tu tuju pada pak mufti harussanasini tuh..dan memang betui rasanya pak mopti nih dah termakan budi dengan ameno sebab selama ameno perintah dulu dia memang dapat layanan istimewa malahan bertaraf seorang exco negeri..ini yang diceritakan sendiri oleh pak mopti harussanasini..

Tanpa Nama berkata...

Kepada anon 1.32, tahniah pada ayat sindiran anda, depa yg komen hang tu tak faham maksud anda... Gitulah jadinya dok lama sangat bawah BN... masa untuk humban BN keluar...

jidiaz

Tanpa Nama berkata...

mereka xfaham ke gaji pak2 menteri,peg k;jaan sume duit rakyat bukan duit UBN yg bagi jadi kita harus berhutang budi pada rakyat bukan pada UBN, jd bila rakyat dah pilih wakil2nya berkhidmatlah dgn rakyat bukan lompat mcm si katak lompat, kena umpan aje sikit (sikit2 pun tentu juta2 jugak) dah kelabu mata xnampak orang lagi dah. 7 keturunan tak habis2 makan duitnya semua tu akan jadi kayu api untuk membakar 7 keturunan tu!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kenal ulamak yg ditakuti dan dirisaui oleh nabi Muhammad s.a.w

Tanpa Nama berkata...

Tuan2 semua, jangan lupa, mufti ni lah yg kata Dato' Azhar Mansor nak kristiankan ramai anak anak Melayu di gereja Silibin, bila pemuda2 Ipoh buat demo depan gereja tersebut, urang tuha hantalo tambok ngini bukah ka luar negara, takutan ditangkapi pulis. Lapas bulik, ia nyambet, yg ianya kada nyuruh urang beolah kaito... aku hanya mandahkan haja...surahnya... Orang ngini amun tahaga,,, kurihing gin jangen, maram ia, kurihing seikongan,,,, warik gin kadak handak barkola ngan ia....

Tanpa Nama berkata...

3/07/2010 1:32 AM
Tanpa Nama berkata...
aku makan gaji,,,dah berpuluh tahun ,rezeki ku bn yang baki...kalau tak dak bn tak tau lah macamnana nasibku.

INI LAH BAHASA SINDIRAN BAGI ULAMA SUDU. APASAL RAMAI YANG MELENTING NI...