14 Mac 2010

Nasha diminta perjelas kehadiran bersama TPM

Jimadie Shah Othman

Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

Mengulas perkara tersebut, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad - antara pemimpin paling lantang menentang idea kerajaan perpaduan, hari ini berkata, beliau sendiri akan bertanyakan perkara tersebut kepada Nasharuddin (atas).

“Kena tanya beliau (sebab hadir). Tidak perlulah rasa curiga atau apa. (Kita) kena tanya beliau secara langsung. Bila ada peluang, bila saya jumpa beliau di parlimen, saya akan tanyalah, kenapa beliau hadir.

“Adakah beliau hadir atas jemputan atau jawatan dia hadir untuk menunjukan kesatuan apa? Tetapi dari sudut fakta sejarah, isu Natrah ini pun tidak mencapai perpaduan Melayu. Kalau benar tercapai (perpaduan Melayu), mungkin British tidak berani benarkan apa berlaku untuk berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau merasa curiga dengan kehadiran Nasharuddin yang sentiasa dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pada 9 Mac, Nasharudin hadir dalam pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Muhyiddin Yassin di ibu negara.

Dalam program tersebut, Nasharudin dilaporkan berkata, usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Katanya, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan Umno, terhenti di separuh jalan.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, setahunya kehadiran Nasharuddin dalam program tersebut tidak mewakili PAS, tetapi atas kapasiti peribadi.

Beliau juga menegaskan, bahawa muktamar agung PAS sebelum ini telah menetapkan tiada sebarang usaha boleh dilakukan untuk bekerjasama dengan Umno.

“Kehadiran mereka setahu saya tidak mewakili PAS dan tidak dilakukan atas nama PAS. Dan mungkin dilakukan secara peribadi. Dan saya hendak tegaskan bahawa muktamar PAS telah menolak apa-apa jua usaha untuk bekerjasama dengan Umno. Dan semua pemimpin mesti akur kepada keputusan muktamar,” katanya.

malaysiakini/-

25 ulasan:

jalanhitam berkata...

Apalah kamu ni YB... tak habis-habis dengan politik... bila kamu kerja nak bantu rakyat... Salah kah YB Nasha pergi majlis tu?? Kenapa YB PAS anti sangat dengan UMNO?? aku tengok, ko pun dah sama macam UMNO dah... sangat allergik dengan lawan... Kalo asyik mengelak, bila korang nak berdakwah dengan mereka?? Aku tak tahu la.. korang baca sirah ke tidak... Apa sikap nabi pada kaum muslim yang lain, walaupun kepada yang munafik... sudah-sudahlah dengan POLITIK KEPARTIAN nie.. Ikutlah politik cara nabi...

Sekarang aku tengok lebih banyak politik dari kerja... Percayalah kalo ini berterusan PAS dan PR akan kalah PRU13 nanti.. PAS sangat jumud... orang yang berbeza pendapat akan digelar agen UMNO... Pendapat orang lain adalah salah... Pendapat sendiri SAHAJA yang benar...


*Kenapa bila DS Anwar minum teh dengan Muhyidin dan Nazri Aziz kt parlimen korang tak bising pun??? Aku rasa kalo Anwar yang join majlis nie.... mesti korang kata beliau berjiwa besar..

politik.. politik.. berapa ramai jadi munafik... berapa ramai akan dihumban ke neraka...

undertaker berkata...

dia ni sekoq memang banyak menyusahkan PAS sebenarnya........

orang ni patut dikenakan apa-apa penalti dari discipline board.....

dah banyak kali sangat dah dok buat perangai.......

Tuan Ibrahim Tuan Man tunggu apa lagi.....
very obvious

kalau dia lapaq sangat.......suruh dia ikut jejak 'orang kulim' tu....habih cerita

Tanpa Nama berkata...

hampa ni tak faham ka....YB Khalid dah kata...jangan syak apa2. Tanya dia terus kenapa dia hadir dan kenapa dia keluarkan kenyataan begitu.

Hampa ni punnnnn...relex la... tanya tuan punya diri dulu la....baru tau cerita sebenar.

Apa2pun bila kepimpinan dah kata TIDAK ADA LAGI KERAJAAN PERPADUAN maka Nasaruddin jang pulak cari pasai.....silap haribulan bukan saja "peluru...bom atom" (cacian dpd ahli2) akan meletup kat muka hang nanti.

Kenapa nak selamatkan kapal buruk UMNO yg dah nak karam. Selama ni rakyat berjuang bermati-matian utk tenggelamkan UMNO...tiba2...ada sekor dua yg nak terapongkannya balik. Jangan jadi BODOH sudah lah..

Kita bukannya tak kenal perangai UMNO ni....menolong mereka ni...bagai melepaskan anjing tersepit saja. Hari ni mintak tolong....besok....dia gasak kita balik. Dia guna polis lah....dia guna SPRM lah....dia guna mahkamah lah. Haiiiii...macam2 lagi lah. Diri ni dah serik dah merasai kesakitan corta anjing kepala merah sampai berdarah....di sepak lah....disembur dengan air berasid lah..

Kalau itupun sekor-dua-ekor tak kenang pengorbanan ahli2nya....maka...alamat la..memang kami akan tentang pencalunan mereka atau kami boikot saja. MAHUKAH MACAM TU.

Cucu Hj Awang Spg 4 Semanggol berkata...

jalanhitam = hati hitam.... nauzubillah orang macam kau nih....

tobat aku benci umno berkata...

jalanhitam, apa bukti kau yg YB Idham tak bantu rakyat?

wahai jalanhitam,

cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
ada otak fikir-fikir
orang bodoh macam kau lagi baik pergi mamp*s

Tanpa Nama berkata...

Jalan hitam, ko ni dah la salah ikut jalan, masuk blog Pas ni kenapa? Hang pegila komen kat blog pro-Umngok sana. Masuk blog org, pandai plak nak kondem orang. Aparahhh...

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 11:11PM
Adakah pengikut Pas cuma nak dengar puji puja sahaja di blog Pas. Biarlah sesiapa sahaja masuk blog Pas ni, sekurang kurangnya kita tahu apa orang lain fikir, bolih lah kita cari strategi untuk memperbaiki perjalanan parti.

Tanpa Nama berkata...

salam.

hai...orang melayu nie kalau gaduh/ tak puas hati dgn sama bangsa gaduh sungguh-sungguh...

tengok bangsa lain...mereka berlakon saja...

untuk Ustaz YB, saya orang sungai Kota, titi serong memang sokong PAS. Kalau boleh kurangkan terbit artikal macam nie...

Kalau Lim Guan Eng jumpa Koh Soo Koon, minum bersama ke etc, sure tak di sensasikan ya...

Pak Anjang berkata...

Maaflah ye. Saya ada juga kawan orang UMNO tapi cuma kawan. Soal memilih pemimpin saya tidak percaya kepada kawan macam mereka ni.

UMNO memang dah hendak berkubur. Biarlah kita bacakan talqin saja. Tak payah tangisi kerana sejarah yang mereka sendiri buat.

Yang kita mahu orang UMNO tu keluar dan masuk PAS, bukan selamatkan UMNO. Tiada gunanya selamatkan UMNO kerana seluruh tubuh UMNO dah berulat.

Jika ada pemimpin PAS yang bercadang hendak selamatkan UMNO biarlah keluar dahulu dari PAS kemudian masuklah UMNO supaya sekali dibacakan talqin.

Tanpa Nama berkata...

Nama pun jalan hitam. hati pun dah agak hitam. Tak yah emo sangat kat orang tak tentu pasal.

Bawa2 bertenang...dah la kita jalan2 blog YB nak marah2...ada masalah apa ngan YB.

Kalau setakat nak tabur minyak hitam pi la lawat 1 malaysia...pujilah setinggi langit disana...ada habuan untuk orang macam saudara.

Paling tidak depa bagi jadi pecacai angkat najis.

Tanpa Nama berkata...

Sejak UMNO membunuh syuhada di Memali, sejak UMNO menghina Rasullah, sejak UMNO menentang perlaksanaan hukum hudud, sejak UMNO memperlekehkan Islam dan sejak UMNO memperkenalkan agama baru, sejak UMNO tak hormat perlembagaan, sejak UMNO bermain-main dengan undang-undang, sejak UMNO membazir duit rakyat, sejak UMNO jaga tembolok dan perutnya, sejak UMNO guna polis untuk pukul orang dan melakukan kezaliman - AKU MEMANG ELLEGIK DENGAN UMNO, semoga Allah membinasakan UMNO segera. InsyaAllah tak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

Yang dulu di dahulukan yang kamudian di kamudiankan. tumpu dulu kpd PR kemaskan dulu yang gatai nak pe dalam majlis TPM tu buat apa. Politik Umno ini ada sejarah nya Tentu nya Nasa lebih arif.susah bagi kami orang awam nya nak jelaskan pendirian pimpinan tertingi macam tuan ni. tolong lah fikirkan sahabat kita dalam PR sama sebelum membuat tindakan. ikut keputusan mutamar lah.

Tanpa Nama berkata...

3/12/2010 9:33 PM
Tanpa Nama berkata...

hampa ni tak faham ka....YB Khalid dah kata...jangan syak apa2. Tanya dia terus kenapa dia hadir dan kenapa dia keluarkan kenyataan begitu.

Hampa ni punnnnn...relex la... tanya tuan punya diri dulu la....baru tau cerita sebenar.

Apa2pun bila kepimpinan dah kata TIDAK ADA LAGI KERAJAAN PERPADUAN maka Nasaruddin jang pulak cari pasai.....silap haribulan bukan saja "peluru...bom atom" (cacian dpd ahli2) akan meletup kat muka hang nanti.

Kenapa nak selamatkan kapal buruk UMNO yg dah nak karam. Selama ni rakyat berjuang bermati-matian utk tenggelamkan UMNO...tiba2...ada sekor dua yg nak terapongkannya balik. Jangan jadi BODOH sudah lah..

Kita bukannya tak kenal perangai UMNO ni....menolong mereka ni...bagai melepaskan anjing tersepit saja. Hari ni mintak tolong....besok....dia gasak kita balik. Dia guna polis lah....dia guna SPRM lah....dia guna mahkamah lah. Haiiiii...macam2 lagi lah. Diri ni dah serik dah merasai kesakitan corta anjing kepala merah sampai berdarah....di sepak lah....disembur dengan air berasid lah..

Kalau itupun sekor-dua-ekor tak kenang pengorbanan ahli2nya....maka...alamat la..memang kami akan tentang pencalunan mereka atau kami boikot saja. MAHUKAH MACAM TU.

- salam...

* (Hampa ni punnnnn...relex la... tanya tuan punya diri dulu la....baru tau cerita sebenar)

HANG TAK RELEX PLAK... TAK DENGAR LAGI JAWAPAN DARI USTZ NASHA, DAH ASSUME MACAM 2, NAK SELAMATKAN KAPAL UMNO/BN LAH, NAK APUNGKAN KAPAL NAK KARAMLAH... WARNING USTAZ NASHA JANGAN CARI PASAL (KERAJAAN PERPADUAN), HANG INGAT HANG SORANG AJE KE TAHU PERANGAI BUSUK N BURUK UMNO/BN TU? APALAH....

BILA ORANG HENTAM KHALID SAMAD, HANG SURUH RELEX, BE PROFESINAL, TAPI BILA KENA KAT YANG HANG TAK SUKA, RAPAT JEEK HANG BAGI (TAK ADA RELEX, TAK ADA PROFESIONAL)...

Tanpa Nama berkata...

kepada ustz nasha, janganlah sampai jadi yang di kejar tak dapat dan yang dikendung keciciran. Nanti pada PRU13 jangan kata nak menang, nak jadi calon pun x dapat. jd ikutlah keputusan muktamar yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

barua UMNO ni sepatutnya dah lama disingkir dari PAS

Tanpa Nama berkata...

tahniah pas perak tak sanggup berkrompomi dengan UMNO, nasha ni dah gila kuasa

Tanpa Nama berkata...

nasha orang UG, tunggu masa muktamar kena singkir dari pas

Tanpa Nama berkata...

UMNO musuh mayarakat dan perkauman sempit, jangan hampiri UMNO, berdakwahlah kepada DAP

Tanpa Nama berkata...

pas perak contoh terbaik menentang UMNO, macam umat islam palestin menentang israel yang menindas mereka

Tanpa Nama berkata...

singkirkan kumpulan UG dan UMNO dari rakyat, UMNO musuh utama rakyat

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah berbaik dengan UMNO nanti kena tempias rasuah pula

Tanpa Nama berkata...

xde adab lansung..termasuklah dengan pemilik blog..patuhlah kepada pimpinan jemaah,kita bukan hanya sekadar parti politik,tetapi gerakan islam.Janganlah nak rasa besar diri dengan pimpinan jemaah,mereka lebih mengetahui apa yang kita tak tahu.Jangan duk dengarlah kata2 khalid tu,memang bermasalah dari dulu lagi.Terima tarbiyah lain,tiba-tiba jadi perosak dalam PAS.Jangan dikeuarkan lagi artikel seperti ini.Tunggu cerita yang sebenar.Cukuplah,Ust Nasa sudah terlalu banyak difitnah.

Tanpa Nama berkata...

kepada biro disiplin pas sila siasat mp nasha... saya paling tak suka ahli pas yang tak berdisiplin dan merosakkan imej parti... mp nasha ni sebenarnya apa pendirian dia...

um.x.x berkata...

salam smua..alaa..x kan jpa kawan lama blah sana tu pn x boleh..jangan berfikiran sempit..segala usaha atas nama ALLAH insyaalah akan d bantu oleh NYA..setiap pemimpin ada stratigi tersendiri..selagi tidak nampak sbarang keraguan selagi itu la jangan buat tuduhan..

Tanpa Nama berkata...

SALAM! PIMPINAN NAK BUAT APA PUN SILAKAN, SAMADA ATAS NAMA PARTI ATAU PERIBADI TERPULANG. TAPI JANGAN LUPA, DENGAN UMNO, "SAMADA KAMU BERI PERINGATAN ATAU TIDAK, BAGI MEREKA SAMA SAJA" DAN KENA INGAT PERTAMA, PELIHARA HUKUM DAN KEDUANYA HINDARKAN DARI FITNAH. KALAU DIA HADIR BUKAN ATAS NAMA TIM. PRESIDEN TAPI ATAS NAMA PERIBADI, SEDANGKAN DIA SEORANG PEMIMPIN, SAYA RASA LEBIH BAIK TAK PAYAH HADIR, KERANA AKAN MENIMBULKAN SYAK WASANGKA DAN FITNAH DIKALANGAN AHLI PARTI. LAGIPUN MASA INI TIDAK SESUAI BAGI PIMPINAN PR BERADA DALAM MAJLIS BN, KERANA BN/UMNO SEDANG MENCARI HELAH UNTUK MEMECAHKAN PR, KITA SEHARUSNYA SAYANGKAN PADA PERMUAFAKATAN PR DAN JANGAN MENGKHIANATI PERJUANGAN. KALAU DAH TAK BOLEH NAK FIKIR, ELOK LAH TANYA PENDAPAT TG MURSHIDUL AM KITA, SEBAB TG MURSHIDUL LEBIH ARIF SEPAK TERAJANG PEMIMPIN UMNO DAN DAH MERASAKAN BETAPA PERITNYA DENGAN TINDAKAN UMNO NI.WALLAHUALAM.