14 Mac 2010


Pada tahun 2003, Wang Liang mula memulihkan seni silat Pedang Ekor Ikan dengan merujuk beberapa bahan sejarah yang diwarisinya turun-temurun. Terlebih dahulu, beliau melakukan inovasi terhadap bentuk pedang ekor ikan. Panjang bentuk pedang ekor ikan tersebut ditambah hingga menjadi 1.3 meter supaya ia lebih hebat dalam peperangan.

Pemegang pedang itu diubahsuai oleh beliau menjadi sirip ikan supaya lebih senang dipegang dengan menggunakan kedua-dua tangan. Beliau mengambil beberapa pergerakan dari pelbagai seni silat tradisional etnik Hui yang lain ke dalam pergerakan seni silat Pedang Ekor Ikan. Pergerakan memainkan Pedang Ekor Ikan yang dicipta oleh Wang Liang kelihatan lembut tetapi sebenarnya keras dan mudah dipelajari.

Terdapat sebanyak 43 jenis aksi dalam pergerakan pedang ekor ikan. Fungsi pergerakan untuk meningkatkan kesihatan orang dan bukan semata-mata bertujuan untuk bertempur. Inilah perkara yang lebih diutamakan ketika Wang Liang mencipta pergerakan pedang tersebut.

Seni silat Pedang Ekor Ikan telah mendapat hadiah emas dalam Sukan Tradisi Etnik Minoriti Kebangsaan China ke-8 pada tahun 2008. Selain itu, Wang Liang merancang untuk mengajar seni silat Pedang Ekor Ikan kepada lebih ramai lagi orang supaya budaya entik Hui dapat diwariskan turun-temurun.

Kecintaannya terhadap seni silat etnik Hui mendorong Wang Liang untuk terus berusaha mengumpul dan mengemaskini pergerakan seni silat tradisional etnik Hui atas dorongan ayahnya. Selain daripada seni silat Pedang Ekor Ikan, beliau juga menyusun semula Pedang Raja Xixia dan Pedang Kuda Etnik Hui.

Pedang Raja Xixia merupakan seni silat tradisional yang bersejarah hampir seribu tahun dan diwarisi di kalangan rakyat di Ningxia. Pada tahun 1999, persembahan seni silat Pedang Raja Xixia telah diadakan oleh 20 orang pelajar Wang Liang. Aksi dan pergerakan yang menarik pedang tersebut mendapat sambutan baik para penonton.

Pada masa ini, silat sudah tiada mempunyai fungsi untuk berperang, sebaliknya seni silat digunakan sebagai senaman dan dalam melatih tubuh badan, mencegah diri daripada bahaya penjenayah, begitu juga pertandingan dan persembahan. Antaranya yang paling penting seni silat etnik Hui ini sebagai sebahagian penting dalam kebudayaan kebangsaan China yang perlu dihargai dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.CRI/-

3 ulasan:

king berkata...

Seni bela diri amat penting dlm apa jua jenis peperangan hatta dlm perang yg menggunakan teknology tinggi seperti hari ini.
Seni bela diri meningkatkan keyakinan tehadap keupayaan diri setiap indivudu terutamanya dlm mengawal minda serta mengekalkan tahap 'bertenang' khususnya dlm menangani situasi yg 'runcing'.
Kegagalan mengawal 'diri' akan menyebabkan kecanggihan senjata moden gagal digunakan dgn sebaiknya malah ianya bukan shj merugikan tetapi mampu mendatangkan mudharat kpd 'kawan'.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nama seni silat? ada kaitan ngan melayu ke

Tanpa Nama berkata...

dinamakan seni silat kerana kelemahan penterjemahan ayat, mungkin perkataan yg lebih tepat seni mempertahankan diri. Sementara itu etnik hui pula adalah minoriti islam di China so seni martial ini adalah warisan minoriti islam. Wallahua'lam