Oleh: WFAUZDIN NS
ARAKIAN, maka tersebarlah kununnya satu risalah tentang skandal seks seorang wanita yang sudah bersuami dengan salah seorang pegawai MPAJ. Tidak tahulah tahap mana luasnya edaran risalah tersebut tetapi yang saya pasti risalah tersebut bukan bertujuan untuk mengaibkan pegawai MPAJ itu yang sebenarnya. Sasaran mereka sudah tentu MP kawasan berkenaan iaitu YB Azmin Ali. Berita tentang kisah karut marut itu.
Pelik bin ajaib, orang lain yang dikatakan bersekedudukan, orang lain yang edar risalah, orang lain yang dituduh tetapi YB Azmin pula dicabar untuk membersihkan kekotoran yang mereka buat. Mengikut akal yang waras, sesiapa yang tahu kisah sebenar skandal tersebut sewajibnya melaporkan terus ke pihak berwajib. Sekiranya laporan telah dibuat, siasatan telah dilakukan dan cukup bukti, pihak berwajib mestilah mengambil tindakan. Selepas itu, tahulah YB azmin untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas kakitangan MPAJ tersebut. Jangan ingat hendak menuduh seseorang dengan tuduhan seberat itu hanya cukup dengan sekadar surat layang atau risalah yang bertaraf `tisu tandas' itu?
Sekiranya pihak berkenaan terus meminta YB Azmin mengambil tindakan, sama lah cerita dengan kisah seorang budak muda yang kununnya diliwat oleh seorang tua mengadu terus kepada pemimpin tertinggi dalam negara. Bukankah negara kita sudah cukup saluran dan tempat untuk mengadu kejadian-kejadian seperti ini? Atau, mungkinkah ini sebagai satu modal yang difikirkan cerdik untuk memperbodohkan YB Azmin seterusnya untuk memburukkan kerajaan Negeri Selangor? Cukuplah dengan bermain fitnah dengan mengaibkan orang. Sudah cukup kita semua menanggung bala `panas' cuaca di negara kita dengan kerja-kerja fitnah seumpama ini.
Gunalah cara lain yang lebih jantan dan profesional sekiranya mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor atau menjatuhkan mana-mana Wakil Rakyat dari PR. Rakyat tidak lupa kisah YB Eli yang dicuri gambar separuh bogelnya suatu ketika dahulu. Kununnya orang yang dituduh mengambil gambar tersebut telah dikenal pasti. tetapi di mana kes itu sekarang? Kisah seorang pemimpin Umno kununnya dicederakan oleh penyokong-penyokong PR sehingga `berbalut' tengkuk sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang baru-baru ini, di mana kesudahan kes tersebut? Apakah drama itu tiada penghujungnya setelah semuanya kantoi?
Berbalik kepada kisah risalah skandal seks tersebut, YB Azmin atau sesiapa sahaja dari PR jangan pedulikan mereka yang ingin mencipta isu. Jika benar, mereka ada bukti tunggu apa lagi, buat sahaja laporan ke pihak berkuasa dan jika benar individu berkenaan bersalah, kerajaan negeri sudah pasti tidak akan melindungi pesalah-pesalah ini kerana kerajaan negeri di Selangor sekarang adalah PR bukan Umno yang suka melindungi pesalah-pesalah seperti ini. Sekarang, mereka yang terberak di tengah jalan, mereka cucilah sendiri.
wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:
itu punya kerja, semua kerja barua-barua yang diupah oleh UMNO-BN, kalau dah biasa hidup dengan mengambil upah dengan cara haram, macam tu le jadi, kalau tak dapat upah yang haram satu hari, tak sah hidup
Betul-betulinilah tanda-tanda dunia akhir zaman
apa punya manusia macam nie.., orang yang yang buat skandal seks, suruh orang lain pulak yang tolong jawab. Malu sungguh manusia yang berperangai macam ni. Itu lah dia bila dah tak ade kerja mula lah buat kerja yang boleh mengaibkan orang lain. Tunggu lah balasan dari tuhan... betul tak YB?....
Catat Ulasan