04 April 2010

Najib kata Calon BN belum muktamad, Muhyiddin kata kemungkinan calon dari MIC .

18 Rabiulakhir 1431H.

Petikaian mengenai siapa calon yang akan mewakili BN untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor semakin menarik apabila Najib dan Muhyiddin dilihat bercanggah pendapat dalam dua kenyataan berbeza hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan dikatankan mereka yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini belum dimuktamadkan lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau telah berbincang dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu serta beberapa pemimpin BN yang lain berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu dalam masa yang lain semasa di Machang, Kelantan hari ini, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, kemungkinan besar calon berkenaan adalah dari MIC. Satu kenyataan yang saya yakin tidak sedap didengar oleh parti yang diwakilinya sendiri iaitu UMNO yang sedang mendesak untuk mendapatkan kerusi itu.

Sejak kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu, Umno telah melobi untuk mendapatkan kerusi itu.

Semalam, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

Umno bahagian Hulu Selangor juga dilaporkan telah menghantar memorandum kepada Najib selaku presiden parti itu menimbangkan desakan supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib pada 30 Mac lalu oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.

Mengenai calon-calon yang sesuai kebanyakan penyokong akar umbi mahukan bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib; ketua Wanita bahagian, Rosni Sahar dan setiausaha Umno bahagian, Nazri Dahlan.

Dalam perkembangan yang sama, Pakatan Rakyat telah pun membuat keputusan yang padu apabila sejak beberapa hari yang lepas telah mengumumkan bahawa Parti keadilan Rakyat (PKR) telah disahkan akan mewakili PR bagi mempertahankan kerusi tersebut.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib dalam dilema untuk membuat keputusan samada meletakkan calon dari UMNO atau MIC,jika calon dari MIC nampaknya kempunan lagi la nak menang dan sekiranya diletakkan calon dari UMNO dia bimbang orang India pula yang beralih arah menyokong PKR. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyidin pula bercanggah dgn kenyataan Najib.
Di sini kita mengharapkan supaya kelab penyokong PAS boleh memainkan peranan semaksimum mungkin utk memberi penerangan kepada pengundi India...HIDUP PAKATAN

otaistillkick berkata...

Yang pasti siapa pun calon BN , pasti hadapi saingan sengit. Walau pun BN telah umum kan beberapa projek sebelum penamaan calon lagi.

Tanpa Nama berkata...

apa ni pr, yang hangpa dok kalut calon bn tu nak buat apa...jangan sampai orang kata pr tak dak kerja,,,,biaq pi depa nak letak apa pun ....tungkoi kayu ka, kaki kayu,ka...hangpa carila calon yang terbaik hangpa.....bagi gerun sikit bn tu...kalah pun tak pa....

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

PARTI MANA YG AKAN BERTANDING BAGI MEWAKILI BN DALAM PILIHANRAYA INI, UMNO ATAU MIC?
NAMPAKNYA UMNO DAN MIC SUDAH BEREBUT KERUSI...

DI LUAH MATI EMAK, DI TELAN MATI BAPAK!

NAJIB DALAM DILEMA BUAT KESEKIAN KALI NYA...

JIKA DI PILIH MIC SEBAGAI CALON, ORG2 UMNO HULU SELANGOR AKAN 'MENGAMUK' DAN JANGAN LUPA PENDEKAR2 'PERKASA' YG AKAN 'MENGHUNUS KERIS'? LAGI UNTUK MEMPERTAHANKAN KERUSI MELAYU BERSAMA DENGAN BENDAHARA TUN MAHATHIR DAN LAKSAMANA IBRAHIM ALI PASTI AKAN MEMBUAT DEMONSTRASI PENCAK SILAT DI HULU SELANGOR...
DAN AKIBATNYA MUNGKIN CALON MIC AKAN DI SABOTAJ PULA OLEH ORG2 UMNO HULU SELANGOR...

JIKA DESAKAN UMNO HULU SELANGOR DITERIMA UNTUK MELETAKKAN CALON UMNO, MAKA MIC PULA AKAN MARAH2 DAN MEMBERI SATU ISYARAT KEPADA SAMY VELLU BAHAWASANYA SAMY VELLU SUDAH TIDAK ADA KUASA (DIBACA : TIDAK RELEVAN) UNTUK MEMPERTAHANKAN KERUSI2 MIC DAN KEMUNGKINAN JUGA MIC YG TIDAK ADA SATU PUN KAWASAN MAJORITI INDIA DI MALAYSIA -HULU SELANGOR MERUPAKAN KAWASAN PALING RAMAI PENGUNDI INDIA IAITU 19%- MIC BAKAL BERKUBUR DALAM SUASANA POLITIK BARU MALAYSIA...
JIKA INI BERLAKU MAKA IANYA JUGA MEMBERI ISYARAT BAHAWA UMNO SUDAH TIDAK MEMERLUKAN SAMY VELLU LAGI DAN SAMY VELLU BOLEHLAH MENGUNDURKAN DIRI SECARA TERHORMAT DARI MEMEGANG KUASA PRESIDEN MIC...
PELUANG UNTUK UMNO MENGUBAH KEPIMPINAN MIC?

abdullahngah berkata...

jika BN letak calon dari MIC PR ada cam menang dan dapat mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor.

Jika BN letak calon melayu dari Umno nisbahnya jadi 50-50.

Silap haribulan kerusi parlimen Hulu Selangor dimiliki semula oleh BN.

Tanpa Nama berkata...

kawasan ni majoriti MELAYU..kalau BN LETAK lagi si palanivel ataupun calon MIC...MUDAH SAJA BAGI PR utk menang di parlimen HULU Selangor...ORG MELAYU dah BIJAK memilih CALON...

Ledang72 berkata...

Isu calon ni sengaja BN uar-uarkan tapi mmg nak bg kt calon dr umngok sbb palanivel sndri kata calon terserah pd najib. Bila nnti umum calon dr umngok so nmpk mcm "hak & keistimewaan org Melayu" dipertahan oleh umngok. Lagipun, bg org BN ni calon sape pun x kisah sbb apa yg penting ialah juak-juak UMNGOK/BN dpt duit dlm PRK ni. Bila dpt duit mereka tak gaduh dah lps tu. Semua berlakon utk naikkan "harga" diri masing2 je. So, jgn terperangkap dgn lakonan najib/umngok ni.