04 April 2010

PAS Lenggong gagal dapatkan Dewan Merdeka untuk Mesyuarat Agung Tahunan esok.

18 Rabiulakhir 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG; Mesyuarat Agung PAS kawasan esok (4 April) terpaksa diubah tempat apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan menggunakan Dewan Merdeka Lenggong dengan alasan tidak munasabah.

Yang DiPertua PAS (YDP) kawasan, Haji Razman Zakaria, berkata permohonan untuk mendapatkan Dewan Resort Tasik Raban juga gagal apabila dewan itu akan digunakan pihak lain yang telah membuat tempahan terlebih awal.

Katanya, tempat mesyuarat terpaksa dipindahkan ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Hidayatul Quran, Kota Tampan Air, di mana permohonan dibuat pada saat-saat akhir, bagaimanapun bernasib baik kerana diluluskan pihak sekolah.

"PBT terbabit tidak meluluskan penggunaan Dewan Merdeka Lenggong dengan alasan hendak membaik pulih atap, seolah-olah kerja-kerja membaik pulihnya akan dilakukan segera.

"Saya difahamkan dewan itu baru saja dibaik pulih, tapi apa yang saya kesal apabila pihak berkenaan melewat-lewatkan keputusan sedangkan permohonan telah dibuat awal lagi," katanya.

Razman berkata, berikutan itu jawatankuasa, terutama Setiausaha PAS kawasan terpaksa membuat makluman semula kepada semua cawangan memberitahu mengenai perubahan tempat mesyuarat.

Sementara itu, Mesyuarat Agung PAS Lenggong kali ke-7 esok (Ahad), merupakan mesyuarat agung pertama bagi Razman setelah terpilih sebagai YDP bagi menerajui PAS kawasan itu pada tahun lalu.

Mesyuarat kali ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang akan bermula jam 9 pagi.

3 ulasan:

Abdullah berkata...

Nak buat macam mana YB Idham Lim, Lenggong tu bandar UMNO BN dulu kini selamanya! Tetapi saya yakin kita punya kekuatan dan pengaruh bagi menawan seluruh Perak pada PRU 13 akan datang!! Biar melopong Shaarani Mohammad(ADUN Tampan), Tarmizi(ADUN Kenering) dan Shamsul Nasarah (Parlimen Lenggong). Baru mereka tahu langit tinggi atau rendah! UMNO BN pasti tumbang nanti, perjuangan tetap kita teruskan hingga yang hitam jadi putih, yang bathil di terangi dengan kebenaran!

"InnAllaha Ma'a Assabirin"

Anak Lenggong Di Perantauan,
The Hashemite Kingdom Of Jordan

Tanpa Nama berkata...

kesian PAS lenggong ye, tapi apa nak buat kita takde kuasa yg ada Allah berikan kuasa yg sementara ni pun begitu angkoh dgn kuasa yg tak seberapa, mereka lupa, kuasa, pangkat dan darjat, kekayaan adalah anugerah Allah kpd hamba nya sebagai ujian utk nya samada adil atau tidak, dan Allah pasti akan menarik nya kembali, InsyaAllah dan bersabar lah kerana sabar itu selain dari sebahagian dari keimanan ia adalah kunci kejayaan!

Tanpa Nama berkata...

Prjuangan tetap diteruskan, itulah dalam cabaran menghadapi golongan assabiyyah qaumiyyah. Semoga cabran yang dihadapi di catat sebagai amalan yang mulia disisi Yang Maha Esa. Fight till the end. Allahu akbar