14 April 2010

PAS paling awal melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa ribut

29 Rabiulakhir 1431H.
http://demokrasi93.blogspot.com/

Pas Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.

Pas yang diketuai oleh bekas calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, Ydp Pas Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.

Pas telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana Pas telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada Pas Kawasan Batu Gajah.

Pas juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.

Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.

Pas Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.

Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan Pas Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut tersebut.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Pas batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.


ujian ALLAH






kaum India turut dibantu




pemimpin berjiwa rakyat


mendengar masalah



i


YDP bersama unit amal


Ydp sedang mencari sesiapa yang ingin menyumbang bantuan


berehat seketika




terpaksa makan di luar rumah.


hati Ustaz tersentuh


bersabarlah menghadapi ujian


Ustaz radzi menyampaikan sumbangan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini dibawah kawasan dun sg rapat. dekat dgn rumah si midah exco haram

Tanpa Nama berkata...

YB minta tlg..saya anak kpd mangsa ribut di Batu Gajah..sy rasa mangsa di sana bukan saja perlukan bantuan kewangan tapi medical treatment..BP check, pemakanan mereka..kerana ada yg trauma termasuk ibu saya. Kebanyakan mangsa adalah surirumah, ibu tunggal, warga emas..dan pelajar2 yg baru pulang dr sekolah. saya jauh di perantauan akan cuba utk adakan tabung khas di tempat saya