29 Rabiulakhir 1431H.
Nazri Abdullah
HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat pada jam 11.00 malam tadi di hadapan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Dewan Komuniti Serendah dan pekarangannya.
Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.
“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.
“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.
Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.
“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.
“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.
Zaid yang dilahirkan pada 10 April 1951 di Kota Bharu adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya pada 15 September 2008 selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.
Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.
Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.
Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.
Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.
Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.
Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Harakahdaily /-

9 ulasan:
saya ingat datuk seri Anwar Ibrahim sudah berubah sikap setelah masuk penjara.
Rupa rupanya cakapnya dahulu masih digunapakai pada harini sepertimana yang dinyatakan dalam ceramah perisytiharan calon PKR.
Datuk Zaid Ibrahim disifatkan sebagai penglima PKR untuk dihantar ke parlimen macam kata Datuk Nik Abdul Aziz yang bercakap kita mahu hantar Ibrahim Ali ke parlimen dahulu.
Sekarang apa sudah jadi dengan Ibrahim Ali. Jangan cakap ikut sedap mulut.kerana Allah tidak suka dengan manusia sedemikian.
Datuk Zaid memang pemimpin yang dianggap berkaliber. Saya respek beliau setelah membaca buku2 yang ditulis beliau.
tetapi, meletakkan Datuk Zaid sebagai calon PKR dilihat PR tidak berani untuk mengambil risiko meletak calon dari kalangan orang India serta orang tempatan Selangor sendiri.
ini kerana, PKR tahu, kemenangan mereka di Hulu Selangor adalah tipis kerana HS adalah kubu BN. Jadinya, PKR memilih Zaid kerana diorang tidak rugi apa2 pun sekiranya kalah- mereka boleh kata zaid bukan orang tempatan..
Ini cuma pengamatan saya. Salam.
salam...
saya nk tnya la....
saudara ni setuju ke ngan islam liberal?
saudara setuju ngan perjuangan islam liberal?
menurut bahan yg saya baca....
".....islam liberal sebagai kelompok yang menolak pelaksanaan syariat, memperjuangkan sekularisasi, meyamakan islam dengan agama lain dan lebih memperjuangkan demokrasi barat......"
saudara setuju ke dengan perjuangan yang sebegini?
CALON TEPAT BUAT RAKYAT HULU SELANGOR.KEPADA PENGUNDI HULU SELANGOR,JANGAN RUGIKAN UNDI ANDA.BERI KEMENANGAN PADA PAKATAN RAKYAT..TAKBIR!
pilihan raya hulu selangor penentu umno/BN
sama ada rakyat termakan finah propaganda adudomba dan politik perkauman...
kalau PR menang maknaya rakyat sudah cerdik..
maka peluang umno/Bn utk hidup tipis..
kalu BN menang plak.. maka rakyat masih bodoh lagi
masih senang ditipu dan diumpan..
SALAM,
WALAUPUN ORANG HULU SELANGOR BERADA DI KAWASAN HULU, TETAPI JANGAN PANDANG MEREKA SEBELAH MATA, MEREKA SEKARANG SUDAH DAPAT MENGENAL YANG MANA INTAN -HERO RAKYAT TERTINDAS(ZAID IBRAHIM) DAN YG MANA KACA-ORANG SURUHAN SAMY VELLU(CALON BE END)...
RAKYAT SUDAH TAHU PIHAK YANG MANA YANG SEBENARNYA PENCURI YANG MENERIAK 'PENCURI! PENCURI! KEPADA ORG LAIN, WALHAL DIA LAH PENCURI BESAR HARTA RAKYAT... BERPURA2 SEBAGAI MEMBELA NASIB RAKYAT PADAHAL SEBENARNYA MENGAMBIL HARTA NEGARA UNTUK DI BAHAGI-BAHAGIKAN SESAMA MEREKA SAHAJA...
RAKYAT HULU SELANGOR JANGANLAH TERMAKAN DENGAN SOGOKAN (RASUAH) PILIHANRAYA SEPERTI 'KAMI AKAN MEMBUAT SEKOLAH, 3 BUAH...PROJEK PERUMAHAN... JALAN RAYA...SEDANGKAN YANG UNTUNGNYA-YANG SENYUM LEBAR SAMPAI KE TELINGA IALAH DI KALANGAN ORG2 ATASAN BN DAN UMNO SAHAJA... LEPAS ITU SEMUA HARGA BARANG NAIK, RAKYAT SEMUA JADI SUSAH DAN ORG2 MISKIN TERUS BERTAMBAH SUSAH...
...DAH DPT UNDI-UMNO/MIC AKAN KATA 'AKU PEDULI APA KALU RAKYAT SUSAH'.
JADIKAN PILIHANRAYA INI SEBAGAI CARA UNTUK MENGAJAR UMNO, MIC DAN BE END YG MASIH MENGKHIANATI DUIT RAKYAT, SOMBONG, GILA KUASA DAN SENTIASA BERBOHONG...MERASAKAN MEREKA SEBAGAI 'TUAN' DAN 'RAKYAT SEBAGAI HAMBA'
JADILAH SEPERTI MENDIANG MAHATMA GANDHI YG MEMPERJUANGKAN RAKYAT YG TERTINDAS...
(MUNGKIN CALON PKR BOLEH BAWA GAMBAR MAHATMA GANDHI KE KAMPONG2 INDIA SEBAGAI SIMBOL PERJUANGKAN HAK RAKYAT TERTINDAS...SEBAGAI CADANGAN SAJA)
confirm 110% zahid akan menang
pelik aku bilangan kaum yg sikit dipilih oleh ungok/bn memang bodoh tul...
UMNGOK=UMMORON=APCO
Catat Ulasan