28 Rabiulakhir 1431H.
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) hari ini mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menuduh mereka menjual tanah kepada Singapura agar turut membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya.
Nizar (kanan) dalam satu sidang media bersama Guan Eng (kiri) di lobi Parlimen berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak boleh membuat dakwaan itu di luar dewan jika benar-benar ada bukti mengenainya.
"Kami di sini seolah-olah dijadikan mangsa oleh ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu saya tiada di dewan baru-baru ini, Pasir Salak menuduh saya telah terlibat dalam operasi menjual tanah di Perak kepada Singapura.
"Kita mencabar Pasir Salak buat dakwaan yang sama di luar dewan maka kita akan mengambil tindakan supaya kita tunjukkan kebenaran,” ujarnya.
Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menjadi kerajaan negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.
Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Kor Ming bangun menafikan dakwaan itu.
Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.
"Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.
"Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti," katanya.
Justeru, beliau berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang sangat dahsyat itu.
"Kami ahli-ahli Parlimen dari PAS, DAP dan PKR ingin menuntut keadilan supaya rakyat sedar kalau inilah mutu ahli Parlimen kita yang membuat tuduhan tanpa bukti, saya rasa ini satu malapetaka kepada rakyat Malaysia," tegasnya.
Sementara itu, Guan Eng yang dituduh menjual maklumat Malaysia kepada Singapura dan Hong Kong senada dengan Nizar mencabar Tajuddin membuat dakwaan sama di luar dewan untuk diambil tindakan.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menafikan dakwaan itu.
"Memanglah perkara palsu saya ke Singapura dan Hong Kong untuk jual maklumat negara. Saya ke sana atas urusan perniagaan sahaja. Samalah seperti Perdana Menteri ke Singapura dan Hong Kong ke negara tersebut untuk tujuan pelaburan.
"Jadi saya cabar beliau buat tuduhan di luar dewan," katanya.
Beliau juga menyelar tindakan Tajuddin yang menggunakan imuniti sebagai ahli Parlimen untuk membuat tuduhan sewenang-wenangnya.
"Jangan berselindung dalam dewan, berselindung di atas kekebalan undang-undang yang dinikmati oleh ahli Parlimen untuk membuat sebarang tuduhan ," katanya.
Harakahdaily/-

8 ulasan:
sama je ahli-ahli politik nie. hari nie dia tuduh tanpa bukti.sok org nie pulak tuduh tanpa bukti. Politik kotor. Tidak ikut landas islam sebenar. islam pada nama, bukan hati dan perbuatan. Dunia oh dunia
kpd ulasan 1, hang ni reti ke berpolitik tak reti ka nak beza mana yang satu yang bercakap benar dan mana satu yang bercakap bohong, Tajuddin tu tengok muka dan cap parti apa pun dah boleh agak...tambah lagi kalau hang tengok masa debat kat pt buntar haritu....cakap tak ada isi..pun
Orang kalau dah buta mata hatinya mana tahu antara hak dan batil. Islam bagi mereka sama sahaja dgn agama lain spt kata pemimpin mereka dulu2 semua agama menuju ke syurga.
Politik suku, agama suku dan politik tiada kena mengena dgn Islam. Dunia konon!!!kalau kat dunia hidup sesat tanpa iman, akhirat nanti lingkup terus.
Soalan kubur pun tak tanya kau bangsa apa? (melayu ke!!) Islam & iman yg ditanya.
gua tak mau kata orang politik, gua nak sebut orang UMNO-BN bangsat, macam cibai, macam pundek, macam sial, pengkhianat negara
ulasan 1, dia baca utusan meloya.. tgk tv3suku
sebab tu otak dia beku..
aku tgk muka tajuddin pon aku dah tau jenis mulut longkang..
sebenarnya dia tu perasan cucu cicit yang bunuh orang putih kat pasir salak dulu...
tu yg dia samseng x memasai tu...
'Pergi luar negara mestilah kena bg maklumat/spek negeri agar pelabur berminat..bg tau apa kemudahan yg disediakan, taraf perintis ke!! kalau x..cm mana mamat sana tu nak melabur!!!!"jwp mcm tu je YAB..
Dari Ulasan 1: Alhamdulillah, sekurang2 saya tahu bagaimana pemikiran org islam. Tiada siapa yg mengetahui kebenaran kecuali Allah S.W.T. Sekian
Wahai Rakyat dan pengundi budiman khusus penyokong BN watak seperti Tajudin tu mewakili semua ahli parlimen UMNO nampak macam jagoh "berkokok melelong-lelong jubur penoh lelehan tahi".
Watak seperti Tajudin cuba main setimen dan emosi dan berharap rakyat mudah mempercayai. Kalaulah pemimpin PR buat lawatan untuk menyemarak pelaburan dikatakan menjual maklumat dan baru berapa kali?
Maka kita boleh juga kata pemimpin mereka termasuk perdana menteri dan pegawai-pegawai kanan mereka telah berbanyak kali menjual maklumat dan mereka telah menjualnya semenjak belum merdeka lagilah. Mereka dan sehingga kini ramai pemimpin sedang berada diluar negera sedang menjual maklumat.....!
Sekarang sebelum berbahas elok tanya ahli parlimen UMNO mereka bersekolah di mana. Kerana sekolah yang terkenal sedemikian yang selalu menyorok kebenaran dan menzahirkan kebatilan ialah sekolah syaitan, Abu Lahab dan dajjalo laknat.
Catat Ulasan