22 Mei 2010

1000 sertai himpunan bantah judi di Perak


IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye...

SUARA ORG2 BUKAN ISLAM MENENTANG JUDI HALAL 1MALAYSIA LEBIH KUAT BERBANDING DENGAN SUARA MUFTI DAN PERKASA SERTA AHLI2 UMNO????

MALUNYA!!!!!

MANA SUARA PERKASA???
MANA SUARA NGO2 MELAYU???
MANA SUARA AHLI2 UMNO???

MANA JANJI SEBAGAI ORG2 ISLAM DALAM SOLAT 5 HARI SEHARI SEMALAM???

SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SERU SEKALIAN ALAM...IKRAR KITA DALAM SOLAT.(ADAKAH BERPURA2 IKRAR DALAM SOLAT????)

BILA BAB JUDI 1MALAYSIA...SEMUA SENYAP MCM ULAR SAWA KENYANG....

MAKNANYA RAMAI YG IMANNYA NIPIS, HANYA PATUH KPD MANUSIA YG JAHIL, DAN IKRARNYA HANYA KPD PEMIMPIN2 YG BERBUAT DOSA BESAR.."KAMI DENGAR WAHAI PM DAN KAMI PATUH/DUDUK DIAM"

SEPATUTNYA KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD SAW, MESTI BERASA MALU KPD NABI MUHAMMAD SAW YG SENTIASA DIPERSEMBAHKAN AMALAN2 UMATNYA KEHADAPAN BAGINDA...KITA SEPATUTNYA MELAKSANAKAN IKRAR KITA IAITU "KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH" HANYA KPD ALLAH SAHAJA.

ADAKAH KITA MAHU DI AKHIRAT NANTI, BILA DI TANYA ALLAH TTG JUDI 1 MALAYSIA, KENAPA KAMU DI DUNIA DULU SENYAP/TAK BERSUARA MEMBANTAH,TAK MALUKAH KAMU SEDANGKAN SUARA ORG2 BUKAN ISLAM LAGI KUAT SUARANYA MEMBANTAH BERBANDING KAMU...APA AHLI2 UMNO / PERKASA/ MUFTI2 / NGO2 MELAYU NAK JAWAB????

ADAKAH NAK JAWAB, KAMI TAKUT JAWATAN KAMI KAT DUNIA DULU....

keyman berkata...

Tahniah....Teruskan tentangan terhadap UMNO dan kuncu2nya

UMNO hancur Malaysia selamat.

Tanpa Nama berkata...

U = Umno
M = Mampos
N = Negara
O = Ok