22 Mei 2010

Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi

7 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.

Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan, kata Mohamad.

"Tetapi, kita tidaklah terkejut kalau akhirnya Perdana Menteri digelar Bapa Judi sebab dalam kabinet hari ini pun ada dua orang cucu tauke judi.

"Orang yang sudah biasa dengan duit judi tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi lesen kepada judi bola sepak Piala Dunia itu," katanya tanpa menyebut nama mana-mana tokoh.

Mengenai kesan dari tindakan kerajaan memberi lesen judi bola sepak kepada syarikat yang dikuasai Vincent Tan itu, Mohamad berkata, hanya orang tidak berakal sahaja yang boleh mempersetujui perkara itu.

"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Michael baru-baru ini dipetik sebagai berkata: "Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu beliau akan bertemu pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi tekanan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berikutan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap gelagat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dalam pengendalian undi pos dalam pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu .

"Pelbagai pihak kini semakin tidak mempercayai SPR dan adalah tidak adil jika kita tidak himpunkan rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR itu dalam satu suara yang lebih padu.

"Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Bersih, tetapi saya yakin akan dapat memainkan peranan ke arah itu," kata beliau yang pernah menjadi Pengarah Himpunan Bersih 10 November 2007 lalu.

Di dalam PAS sendiri, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad memberitahu, beberapa tindakan bagi menyatukan suara rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR sedang digerakkan.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

mengkelan berkata...

KAta hati anak muda pengangur:....eh eh..eh dah halal dah judi bola...aku nak cuba..mana tau kot.kot menang....tak dak duit aku rembat duit mak bapak aku. tak dak juga aku jual kelapa pak harusani...tak dak juga aku curi getah sekerap ustaz jamil..tak dak juga aku ragut la awang boroi ,,tak dak juga aku ugut le..

kata hati pekerja kerajaan: ok gak judi bola menteri dah halalkan,..boleh gak aku tambah duit poket aku ,dapatlah aku beli susu lebih sikit bulan ni untuk anak aku..beli buku pelajajran anak aku,,beli macam 2 kat bini aku..duit modal judi nanti aku pakai dulu gaji aku...menang nanti aku kaya...kalau kalah aku ..claim apa yang patut...

kata hati majikan: penat la aku, mesti pekerja aku mengantuk kerja nanti...malam tengok bola nak tengok keputusan judi bola...kerja banyak terbengkalai...nanti apa kata menteri, KPI aku mesti jatuh...aku mesti tak naik pangkat lagi...aku main judi la sama nak cover hati menteri aku..

kata hati menteri...berbangganya aku kakitangan kerajaan dan swasta sedang bergembira meraikan kehadiran bola piala dunia di meriahkan lagi dengan judi bola...PRU 13 nanti mesti dia orang pangkah aku lagi...yahooooo...