22 Mei 2010

PAS desak menteri, mufti bantah judi

7 Jamadil Akhir 1431 H

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.
"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.

Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.

"Walaupun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."

Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.
"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.

Malaysiakini/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beliau/j. khir yg amat gemar main golf mest betting juga??? itu kan sama dgn judi????

Tanpa Nama berkata...

Belaiu amat gemar main golf, tak betting ke???? itu sama juga bah dgn judi????

Pengundi Bebas berkata...

Ustaz-ustaz yang jadi pembodek kerajaan semua tak boleh pakai...tak berani bersuara takut hilang habuan dunia... saya tabik kepada ustaz-ustaz PAS yang berkelulusan universiti... tetapi hidup sederhana... 100% hidup dengan memberi kuliah agama di masjid-masjid, itu pun saya tengok hidup mereka tak susah...

Tanpa Nama berkata...

ALLAH HU AKHBAR......MANA DIA ULAMA YANG SEPATUTNYA MEMBIMBING???? ....JAUHNYA DARI AGAMA ....WAHAI UMAT MUSLIM BANGKIT, LAH SEDAR LAH, UGAMA MU SEDANG DI PERSENDA.., APAKAH UMAT MUSLIM TELAH HILANG SENSITIVITI...

Tanpa Nama berkata...

Jamil Khir & Mufti2 sudah kena kencing dengan umno bn. nasib kome, di dunia udah dihina.

Tanpa Nama berkata...

kata negara islam kenapa lesen baru judi bola pulak yg. diluluskan... apa punya tur.. yang haram tetap haram...pak mufti senyap aje bangunle dari tido..keluarkan fatwa atau bantahan yang dah ada cukuple jangan tambah2 lagi lesen. negara bukan islam tengok ketawa besar..wow malaysia boleh

Tanpa Nama berkata...

mana mufti perak yang lantang tu, takut kena lucut jawatan ka kalau tantang, kalau dia benar2 mufti yg sayangkan islam keluarlah dari persembunyian

Tanpa Nama berkata...

ULAMAK YANG BAIK, SELALU MENASIHATI UMARAK DALAM APA JUA YANG BERKAITAN DENGAN TINDAKKAN UMARAK DARI SEGI HUKUM , MANAKALA UMARAK YANG BAIK SELALU MENDAMPINGI ULAMA SEBAGAI TEMPAT RUJUK. DARI APA YANG KITA LIHAT SEKARANG, ULAMAK KERAJAAN TUGAS NYA LEBIH KEPADA MENGAMPU DAN MENG IA KAN APA SAJA KEPENTINGAN KERAJAAN (ULAMA US SUK), BARANGKALI TAKUT HABUAN NYA TERLEPAS (TAMBAHAN PULA YANG BERTARAF MENTERI DAN EXCO).

ULAMAK JAHAT DIMASUKKAN KEDALAM NERAKA LEBIH AWAL DARI KAUM MAJUSI (PENYEMBAH API). WAHAI ULAMAK PENGAMPU! MARI LAH KITA KEMBALI KEPADA TUNTUTAN ISLAM / AJARAN ALLAH YANG SEBENARNYA. TAKUTI LAH BALASAN ALLAH. HIDUP HANYA SEKETIKA SAHAJA. AKHIRAT ITU KEKAL SELAMA-LAMA NYA. JANGAN LAH KAMU SEKONGKOL DENGAN GOLONGAN YANG ZALIM/MUNAFIK/KUFUR KEPADA ALLAH. APA HAL NYE ORANG BUKAN ISLAM PUN TAK SUKAKAN JUDI,TAPI UMNO DAN ULAMAK UMNO SUKA DAN REDHO KEPADANYA.

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..org melayu memang kuat b'judi pun.
tengok la dalam surat khabar utusan melayu, iklan judi pun banyak...hahaha