7 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria
Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.
Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.
Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.
Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.
Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.
'Tutup kebenaran'
Serentak dengan laporan polis itu, keluarga Aminulrasyid juga membuat laporan mendakwa pihak polis cuba menutup kebenaran di sebalik kematian remaja itu.
Laporan itu dibuat oleh kakak Aminulrasyid – Norazura Amzah, 39(kiri).
Peguam keluarganya, N Surendran yang hadir pada sidang media berkata laporan polis itu adalah permulaan pusingan pertama tindakan undang-undang oleh keluarga itu bagi membersihkan nama anak mereka.
Menurut Surendran, mereka berharap polis akan memandang berat laporan itu dan menyiasat dakwaan berkenaan.
Katanya, laporan polis itu juga meminta KDN menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.
Malaysiakini/-

10 ulasan:
MAHAZA KATA: Disebabkan anggota polis terlibat sudah dibawa ke mahkamah, serahkanlah kepada keputusan mahkamah. Saya rasa ini kurang adil kepada polis - bayangkan ada penjenayah yang cedera menyaman polis atau membuat laporan polis dia ditembak - alasannya? polis berniat untuk membunuhnya.
Saya teringat kisah yang sudah agak lama di US apabila seorang penjenayah menyaman pihak polis dan kerajaan negeri (tak pasti mana) kerana penjenayah itu lumpuh akibat ditembak polis. Polis bertindak menembaknya kerana dia bersenjata. Apakah kita perlu sehingga ke tahap tersebut dan polis tidak mengambil endah baru kita menyesal?
Lagi di sini : http://mahaza.blogspot.com/2010/05/dua-lagi-laporan-polis-dibuat-berhubung.html
cik mahaza , mangsa tu penjenayah ker?
mangkuk, itu dah sah le penjenayah sebab ada senjata, ini dah terang-terangan tak de senjata, penjenayah kepada bapak apa, sebab perkara ni tak terjadi kat saudara mara lu, anak lu, cucu lu and apa-apa lagi yang berkaitan dengan lu, sebab tu le lu cakap camtu, apa punya mangkuk tingkat lu ni
Jika benar ada ugutan siapa yang mengugut?.... dua pihak yang wujud dalam senerio ini ialah pihak polis dan keluarga Aminulrasyid... takkkanlah keluarga Aminulrsyid yang mengugut saksinya. Tapi siapa yang mengugut.....?
En. Mahaza,
Masalahnya skrg yg 2 orang JUVANA ni bukan penjenayah! Dalam aksi dan cara polis dalam kejadian ini, adakah mengikut SOP dan etika kemanusiaan? Ingat walaupun polis ada kuasa, tertakluk juga pada undang2 kerana yang polis kejar itu MANUSIA bukan alien..
Yang keluarga ini tuntut, siasatan MENYELURUH dan TRANSPARENT untuk semua... supaya kita tahu 'root' kpd masalah ini, agar dapat dielakkan lain kali tidak terjadi pada kita atau anak & cucu kita..
Dgn penampilan KPN yang ego & sombong kuasa dan cara siasatan ini dilakukan ditambah dgn IMEJ polis yang mmg sudah amat tercalar & diragui mutakhir ini, maka adalah wajar dan hak untuk mangsa JUVANA melalui keluarga utk menuntut keadilan!
FIKIR FIKIR LH EN MAHAZA BAGAIMANA IANYA BELAKU PD ADIK @ ATAU ANAK EN MAHAZA SEDIRI MCM ?...AMINURASYID MANA ADA SENJATA...PE?
LU ORANG BOLEH CAYA KA PADA POLIS. BAGAIKAN SURUH PENCURI JAGAKAN HARTA KITA......................, GUA CAYA KALU MACAM GERAK PUNYA CERITA, HA HA HA HA
polis ni sebenarnya samseng dan penjenayah yang pakai uniform je.. tak byk beza nye dorang ni.. tak caya polis ni samseng dan ganas?
jangan tanya ketua polis negara yang mangkuk tandas tu.. tanya klu ada kawan2 atau sedara mara korang yang jadi polis.. tanya dorang cmna dorang bertindak bila something happen..
jangan tanya apa yang ditulis atas kertas, apa namanya? SOP? atas kertas mmg cantik memanjang.. baik memanjang..
tapi apa yang dorang amalkan bila sesuatu perkara jadi.. hampas segala hampas.. inilah polis yang diwujudkan oleh RAJA hampas dan rasuah BN...
POLIS RAJA DI MALAYSIA...
Malaysia Boleh!!!
kawe dah hidup 40 tahun,lebih dari 400 orang saing kawe adalah polis,lebih dari 4000 cerita atau berita telah kawe dengar dan alami sendiri mengenai polis ni,tapi tak sampai pun 4 orang yang benar-benar baik dan jujur, tu baru hidup 40 tahun, bayangkan umur kawe ketika 80 tahun nanti....
Catat Ulasan