04 Mei 2010

Dua anak halau ibu

18 Jamadil Awal 1431 H
Harian Metro

apa nak jadi dengan masyarakat kita??????

KLANG: Keluarga tunggang terbalik. Itu gambaran boleh diberikan terhadap sebuah keluarga apabila suami bersama dua anak lelakinya sanggup bersekongkol menghalau ibu kandung dari rumah, semata-mata kerana membela perempuan simpanan bapa mereka.

Tidak cukup kata-kata kesat dan cacian, mangsa turut mendakwa dipijak, ditendang di kepala, perut dan kemaluan oleh suami berusia lewat 40-an bersama perempuan simpanan terbabit ketika mahu mempertahankan rumah tangganya daripada musnah.

Difahamkan, mangsa yang enggan meninggalkan rumahnya, dibelasah lebih empat jam dengan disaksikan kedua-dua anaknya di hadapan rumah mereka di sini.

Namun, harapannya untuk mendapat pembelaan daripada kedua-dua anak kandung berusia 14dan 12 tahun turut lenyap apabila mereka menyebelahi bapa dan perempuan simpanan lelaki terbabit, membuatkan ibu berkenaan terpaksa mengalah sebelum meninggalkan rumah sehelai sepinggang.

Difahamkan, perempuan simpanan berusia awal 30-an itu mempengaruhi kedua-dua anak mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dengan melaburkan wang ringgit dan kekayaan dimilikinya selain pasangan kekasih terbabit dikatakan ‘menyihir’ kedua-dua remaja berkenaan supaya membenci ibu mereka.

Semuanya bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Puspa, 47, mendakwa mengetahui suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai perempuan simpanan sehingga mengabaikan kebajikannya dan anak-anaknya.

Menurutnya, setiap kali dia mempersoalkan perubahan sikap suaminya selepas memiliki perempuan terbabit, dia akan dibelasah.

“Bukan sekali atau dua, saya diperlakukan sedemikian lebih setahun. Saya hanya mampu berdoa supaya suami berubah.

“Disebabkan itu juga, saya mendiamkan diri bagi mengelak suami berang,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Puspa berkata, awal bulan lalu dia mendapatkan nombor telefon perempuan terbabit dalam telefon bimbit suaminya dan menghubungi wanita itu.

“Kami bertengkar lebih 30 minit. Mana tidaknya, perempuan itu mendakwa akan menghalau saya keluar dari rumah saya.

“Malah, dia juga memberitahu akan menjadikan rumah saya sebagai ‘banglo’ barunya,” katanya.
Tindakannya menghubungi perempuan itu mengundang padah apabila wanita terbabit melaporkannya kepada suami mangsa.

Berikutan itu, suami mangsa berang lalu membelasah Puspa.

Puspa berkata, pada awal bulan ini kira-kira jam 10 pagi, wanita terbabit datang ke rumah sebelum menghalaunya keluar.

“Ketika itu saya cuba mempertahankan rumah tangga sebelum suami masuk campur. Suami bukan saja menampar, malah turut memijak kepala, menendang kemaluan dan perut saya.

“Biarpun diperlakukan sedemikian lebih empat jam, saya masih cuba mempertahankan rumah tangga, namun mengalah selepas kedua-dua anak turut mengarahkan saya keluar “Saya tak tahu apa yang terjadi kepada mereka,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang.

Sehingga kini, mangsa sudah membuat lebih 10 laporan polis membabitkan perbuatan keji suaminya selain beberapa kes ugutan dilakukan lelaki terbabit.

Difahamkan, Puspa juga sudah membuat banyak aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai dakwaan suaminya bersekedudukan dengan perempuan terbabit, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Puspa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap suaminya dan perempuan simpanan itu supaya kejadian sama tidak berulang.

“Saya juga berharap kedua-dua anak sedar mengenai perbuatan mereka,” katanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beginilah keadaannya apabila Allah menurunkan bala' disebabkan sistem di negara ini di semua peringkat pincang...masya Allah

Tanpa Nama berkata...

itulah kesan dari 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' PPSMI diagongkan PENDIDIKAN ROHANI di ketepikan. ana sekadar tumpang simpati tetapi kenapa JAIS membutakan mata memekakkan telinga.

Tanpa Nama berkata...

jais makan gaji bute ker

Tanpa Nama berkata...

aku kalo cerita dr metro ni jgn percaya bullat2..patabayyanu

Tanpa Nama berkata...

sebahagian dari kesan bilamana pendidikan kerohanian dan akhlak diketepikan. apa yang disemai itu lah hasil ditua.

di tempat kami(salah satu rancangan tanah FELCRA - Parlimen Pengerusi FELCRA) dalam satu hari ada 10 orang anak luar nikah yang menunggu kelahiran nya. tanya petugas pusat kesihatan, betul ke?

Tanpa Nama berkata...

KEPADA PENGARAH JAIS YANG MAKAN GAJI HASIL DARI DUIT CUKAI RAKYAT, JANGAN ASYIK AMBIL TINDAKAN PADA PARA USTAZ2 DAN DAN GURU AGAMA YANG MENGAJAR TANPA TAULIAH SAHAJA...KES2 MAKSIAT AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR MESTI DIBANTERAS SEHINGGA KE AKAR UMBI DAN SETIAP ADUAN YANG DITERIMA DAN DIAMBIL MESTI DIBUAT TINDAKAN DENGAN SEGERA DAN BUKANNYA TUNGGU DAN LIHAT MANGSA AKAN MAMPUS DISEBABKAN BIROKRASI DIDALAM JAIS SENDIRI DISEBABKAN DIDALAM JAIS PENGARUH UMNO MASIH WUJUD DIKALANGAN PEGAWAINYA. KETEPIKAN PASAL POLITIK SAMADA K'JAAN PAKATAN ATAU PEMBANGKANG (BN)...UTAMAKAN SOSIAL RAKYAT, KEBAJIKAN RAKYAT, ADUAN RAKYAT, MASALAH RAKYAT DAN SEMUA YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN RAKYAT...

Tanpa Nama berkata...

jais jangan ambil tindakan terhadap pesalah tersebut,,ambil tindakan terhadap ustaz aje lebih lebih lagi bekas mufti...baru kita boleh tiru kamal antartuk..hidup jais ... hidup ketua pengarah jais... ( insaf lah wahai manusia)