11 Jamadil Akhir 1431 H
Penerimaan rakyat Malaysia terhadap vaksin Influenza A (H1N1) masih tidak memberangsangkan walaupun ia boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, senario itu tidak seharusnya berlaku memandangkan wabak berkenaan masih menular dalam negara dan orang ramai khususnya golongan yang berisiko tinggi seharusnya mendapatkan vaksin itu dengan segera.
Menurut beliau, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.
"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, demam sedikit atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang," katanya.
Beliau berkata, pada peringkat pertama pemberian vaksin, keutamaan diberikan kepada 89,000 petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan dan 73,000 petugas barisan hadapan dari kementerian lain termasuk anggota polis, imigresen dan kastam yang bertugas di semua pintu masuk negara.
Malaysiakini/-

2 ulasan:
Assalamualaikum drs.,saya sudah mendapat banyak maklumat yg Dr2 & pakar perubatan di UK & US yg tidak setuju langsung dikenakan vaksin ini,alasannya kajian untuk menerimapakai vaksin perlu memakan masa yg lebih lama(3-5tahun)& vaksin ini dikhuatiri lebih merbahaya dari H1N1.drs.bolih rujuk alternatif media USA kat 'BRASSCHECK TV'atau Laman 'Ibnuyaacob,Dajjal King of the Earth'.Wassalamualaikum
Agenda yahudi...cuba nak sebarkan penyakit lain melalui vaksin ini...seharusnya pihak kerajaan malaysia tidak terima bulat-bulat..suruh saintis malaysia check dahulu isi kandungannya...bukan pakai terima je...atau kerajaan sendiri ada agenda lain..
Catat Ulasan