26 Mei 2010

JUDI BOLASEPAK: SIAPA YANG LULUS LESEN?

11 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pendirian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ‘anak emas’ Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria berkaitan kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia tahun ini oleh Kerajaan Pusat kepada Berjaya Group masih dilihat samar dengan cuba mengalihkan isu sebenarnya.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Zambry berkaitan premis lesen judi pula perlu ditanya di Negeri Perak yang dahulunya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama telah meluluskannya. Mengapa tidak diambil tindakan jika kelulusan premis lesen judi itu di bawah kerajaan negeri?

Jika Datuk Seri Zambry menyedari hukum Haram berkaitan judi ini, mengapakah tiada desakan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Perak di bawah kepimpinannya? Adakah Datuk Seri Zambry hanya memahami akan hukum tersebut tetapi enggan membantah bahkan akur terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, selaku Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Sudah tentu rakyat pasti menolak BN kerana mengizinkan perjudian bolasepak yang tidak sepatutnya berlaku di Negara ini. Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry jangan lagak untuk berlakon bagi mengalih isu besar yang sedang diperkatakan hari ini oleh seluruh rakyat Malaysia. Hakikatnya bahawa Umno / BN lah yang meluluskan lesen judi bolasepak ‘HALAL" dan rakyat pasti akan bangkit menghukum mereka.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:

TEROPONG RAKYAT berkata...

Zamri Kicap tu memang anak emas Mufti Harus. Entah mengapa siKicap tu jadi kesayangan Mufti harus. namun si Kicap tidak sedemikian di sisi Raja Nazrin. SiKicap dimurkai Tuanku Raja Muda itu apabila memuinta tuanku RM membatalkan program dirian Solat Jumaat di Surau Merah Parit, dua minggu dulu. 28 Mei Mufti Harus akan mengistiharkan dirian solat Jumaat di Surau Merah Parit sebagai mentaati titah RM bukannya mengikut kemahuan si KIcap

TEROPONG RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

polis tembak mati orang awam, guna lesen juga?

dol kakirempit berkata...

Salam Yb

Walaupn brbeza pndpat, blekh kita mgglar indvdu lain yg seagma dn sbngsa dgn glaran yg tdk baik. Apkh dsbbkn brlainn fahmn politik mmblehkn mgglr indvidu lain sskua hati. Apth lg kpada ulmk. Tnggi sgtkh ilmu mmat tu... shgga trgmk mncaci Mufti

Apkh tlah lpa psnn nabi ..bhawa kita prlu mmggil sudra kta dgn pnggln yg dsukainya. Sdarlah dsa ssama insan hnya insn itu shja yg ble mmaafkn. Smak blik apa mksd hdis ' org yg muflis d Pdg Mhsyr'.

Apkh mnjdi dsr puak2 ni atau mmg skar utk mnerma hidyah... apa slhnya Mufti/Mb dgn dia shngga trgmk mmbri glarn sdemkian.. brtaubt la..dgn hrapn d trima Allah..itupun klau kedua org yg d hna mmafkan.
Klau tdk.. enthlah hrp2 tdk ke Jahnm Nauzbllah...

Nnti ada plak tkg karut bwak dlil Abu Lahab utk hllkan prbutn mmat ni... brtaubt la

Tanpa Nama berkata...

kenapa pemimpin kita yang beragama Islam dan tahu tentang hukum hakam Islam boleh meluluskan lesen judi? tidakkah anda fikir perkara ini boleh berlaku? adakah kerana nak jaga hati rakyat bukan Islam sampai sanggup gadai agama sendiri? ingatlah bahawa hukum jidi itu haram kenapa boleh pemimpin kita meluluskan? marilah umat Islam sekelian bersatu kita untuk membasmi judi.. takkan kita mahu azab ALLAH yang teramat pedih menimpa kita kerana pemimpin kita yang tahu tentang hukum tapi buat tak tahu? bukan saya nak kita boikot mereka tapi mari kita sama-sama menasihati mereka jangan buat macam tu azab ALLAH sangat pedih!