4 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.
Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.
Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.
“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.
Malaysiakini/-

2 ulasan:
Undang-undang najib bikin...Mimpi la Karpal Singh..
Kumpulkan segala-gala kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO dari mencuri wang berbillion-billion hingga ke sekecil-kecil kesalahan seperti tak bayar saman dan sebagainya. Simpan, suatu hari nanti bila kerajaan adalah milik rakyat dan mahkamah adalah telus, gunakan bukti-bukti itu untuk menyumbat mereka ke penjara. Sehebat-hebat kes Al Capone yang dikaitkan dalam banyak pembunuhan, namun sabitan kesalahan yang menyumbatnya ke penjara adalah berkaitan pencukaian.
Catat Ulasan