21 Mei 2010

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

6 Jamadil Akhir 1431H.


laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.


IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.


Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

11 ulasan:

joe penang berkata...

Kan ada video kenyataan akhbar selepas perjumpaan ini? Tempek je la sekali

Unknown berkata...

sinar harian dah corrupted! dulu xgini..

Tanpa Nama berkata...

hai sampai bila semua media nak memburuk-burukkan usaha yang dibuat oleh PAS. berlaku adillah dengan apa yang disampaikan. media juga boleh menjadi medan dakwah sekiranya digunakan dengan betul. bagi pekerja media perbetulkanlah niat anda kerana setiap pekerjaan itu bergantung kepada niat. Dengan niat juga kita akan dapat membezakan antara ibadat dan adat.

Kuda Perang berkata...

Ketara sekali Sinar Harian akhbar cari makan... xda pendirian kewartawanan...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sinar harian ni mmg sama je dgn lain mainstream media sekarang...yg dikuasai penuh oleh puak2 pemfitnah.

Masih ingat lagi tajuk besar sinar harian "TGNA menderhaka kepada sultan Selangor" sehari sebelum PRK Hulu Selangor. Anda pun tahu motifnya kan?

Terus saya boikot SH, tak beli dah!!

BOIKOT aje akhbar tabloid nih....

Salam dari Ampang.

Tanpa Nama berkata...

smua media perdana akan sentiasa ptrbelit cerita bila ada peluang. Pglman sy bila baca sinar harian edisi timur sblm plhnraya umum 2008 membuatkan sy blacklist akhbar ini. Sesiapa shj yg baca sinar harian ketika itu pasti mmengatakan peluang PAS di kelantan 50-50. Kita jgn leka kononnya akhbar ini seimbang, akhbar itu x bias. Mereka semuanya ANJING2 UMNO/BN yg pasti menggigit bila ada peluang

Apanama berkata...

Aku tak heran kalau Sinar Harian dimasa depan akan lebih teruk dari Utusan Malaysia.

Diawal-awal penerbitan, untuk menarik perhatian pembaca pro-pembangkang & atas pagar Sinar Harian dilihat banyak membawa fikiran rakyat marhaen.

Tetapi percayalah selepas akhbar ini kukuh dipasaran, topeng sebenar pemilik akhbar ini akan terserlah...

Tunggu & Lihat.

Tanpa Nama berkata...

Cari makan beb..

Tanpa Nama berkata...

sianar dan semua media. awas setiap tulisan anda akan anda pikul ke lubang kubur ... mati. amanahlah.. takutlah pada Allah

anak klang berkata...

tiada akhbar arus perdana yg bebas
kalau bebas sudah tentu tak dapat permit KDN
wartawan buat lapuran yg betul tapi...
bila sampai kemeja editor,akan diolah semula
editor akan 'membetulkan' mana-mana berita yg tidak betul dimata kerajaan u/bn
saya percaya para editor berada dlm situasi under pressure...
permit KDN akan dibatalkan dan editor akan kehilangan jawatan

Tanpa Nama berkata...

blah la korang tau sangat ke pasay prosedur dalam akhbar ni? main tuduh-tuduh senang la, cube korang keje dalam bidang media ni baru tau...