21 Mei 2010

SOKONG PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PARIT ( BANTAH LULUS LESEN JUDI BOLA )

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Khairul Effendy

Parit –Dewan Pemuda Pas Parit , hari ini menyokong pendirian pemuda umno parit dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan terhadap kelulusan lesen judi sempena piala Dunia 2010.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit , Khairul Effendy berkata perkara yang melibatkan hukum-hukum agama islam wajib disokong dan diperjuangkan demi kesucian agama islam itu sendiri malahan bukan sekadar isu kelulusan judi bola patut ditentang , banyak lagi contoh-contoh judi yang terang-terangan wujud sejak sekian lama seperti sport toto , Magnum ,Genting dan lain-lain lagi.

Persoalan yang melibatkan isu ini bukanlah berkaitan politik semata-semata ini adalah melibatkan akidah umat islam keseluruhan nya tanpa mengira kefahaman politik ,walaupun isu ini akan menyebabkan rakyat mencemuh dan menyalahkan kerajaan .Pendirian Pergerakan Pemuda Umno parit amat wajar disokong oleh semua .

Dewan Pemuda Pas Parit percaya keputusan yang dibuat oleh kabinet untuk meluluskan lesen judi ini sudah tentu mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri ,yang seharusnya memikirkan buruk baiknya tindakan tersebut terhadap masyarakat demi untuk mengaut keuntungan segera.Mana mungkin seorang PM itu tidak mengetahui keputusan yang oleh kabinetnya sendiri sesuatu agak ganjil dan melucukan .Akhirnya, Dewan Pemuda Pas Parit mempelawa Pergerakan Pemuda Umno Parit untuk terus bersama dalam menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk aktiviti perjudian ……

Khairul Effendy
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA DAHULU, SELEPAS SAHAJA PERISTIWA 9/11 DI NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT...PRESIDEN BUSH TELAH MENGISYTIHARKAN PERANG KE ATAS KEGANASAN...DAN MENGUCAPKAN SATU UCAPAN YG MASYHUR YG DI TUJUKAN KPD SEMUA NEGARA2 DI DUNIA IAITU

"SAMA ADA KAMU BERSAMA KAMI (IAITU AMERIKA DAN NEGARA2 SEKUTU-EROPAH BARAT, ISRAEL) ATAU KAMU BERSAMA MEREKA-PENGGANAS(YG SEBENARNYA PEJUANG ISLAM)"... UCAPAN INI DI UCAPKAN OLEH NEGARA PENGGANAS PALING UTAMA DI DUNIA DAN DITUJUKAN TERUTAMA SEKALI KE ATAS NEGARA2 ISLAM SUPAYA MEMERANGI PEJUANG2 ISLAM DI NEGARA2 MASING2..

TETAPI DALAM HAL JUDI ATAU HUKUM HAKAM YG TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH SWT...

MAKA, UCAPAN YG SAMA BOLEH (DAN SEPATUTNYA ) BOLEH DI GUNAKAN KE ATAS ORG2 MELAYU DI MALAYSIA INI IAITU... "SAMA ADA KAMU BERSAMA ALLAH SWT, TAAT KPD HUKUM-HUKUMNYA(MENGHARAMKAN APA YG DI HARAMKAN OLEH ALLAH DAN MENGHALALKAN APA SAHAJA YG DI HALALKAN OLEH ALLAH)ATAU PUN KAMU MEMILIH UNTUK MENENTANG ALLAH DAN HUKUM-HUKUMNYA (DGN MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN OLEH ALLAH-TERMASUK ARAK, JUDI, RIBA DAN LAIN2...SERTA MENGHARAMKAN APA YG DI HALALKAN OLEH ALLAH)

JIKA TAK SETUJU DGN JUDI/ARAK...MESTI BANTAH DGN APA CARA SEKALIPUN TERMASUKLAH JANGAN MENGUNDI LAGI PIHAK YG MENGHALALKAN JUDI/ARAK ...JIKA UNDI JUGAK- MAKA DIKIRA BERSUBAHAT MENENTANG ALLAH.

UNDILAH PIHAK YG BENAR2 INGIN MELIHAT NEGARA INI BEBAS DARI PENYELEWENGAN/KEZALIMAN/MAKSIAT/ YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PELBAGAI MASALAH DI NEGARA KITA YG SEMAKIN TERUK DARI HARI KE HARI...INI ADALAH BALA ALLAH...SEPERTI BUANG BAYI, PERAGUT PEMBUNUH DI JALANAN, KENAIKAN TARAF HIDUP YG MAKIN MENGHIMPIT(YG MISKIN MAKIN MISKIN, YG KAYA MAKIN KAYA DAN TAK PEDULIKAN ORG2 MISKIN, MINYAK MAKIN NAIK MENYEBABKAN BARANGAN MAKANAN HARGANYA NAIK DAN ADA DISELUDUP KELUAR NEGARA CONTOH GULA,MINYAK MASAK DLL + RASUAH, PEMIMPIN2 POLITIK SIBUK MEMPERKAYAKAN DIRI SENDIRI-TAK NAK ISYTIHAR HARTA, MENIPU RAKYAT, PONTENG SIDANG PARLIMEN, GUBAL UNDANG2 TAPI TAK NAK IKUT UNDANG2, CAKAP/JANJI BANYAK TAPI KOSONG DAN BANYAK LAGI...