8 Jamadil Akhir 1431H.
Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.
"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.
Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

12 ulasan:
Apa kata Pak Lah bangun bersama menyertai pakatan rakyat sepertimana pak Lah pernah bersama menyemarakkan semangat 46.
Pak Lah adalah cucu cicit tokoh agama yang disegani dan tentunya rasuah dan judi musuh utama perjuangan alim ulamak.
Salam, siapa kata Pak lah pernah menyertai semangat 46! Dia ni, tak pernah menyertai mana mana parti selain umno dan terkenal seantero malaya dengan panggilan "Mr. yes men"
Memang dia ni cucu cicit kpd tokoh agama yang disegani tapi itu cerita datuk nenek dia dulu dulu. Utk pengetahuan, kalau dah berendam dalam takungan najis dan masih berendam, macamana nak kita kata dia ni bersih. Apa yang pasti kata kata yang keluar dari mulut dia ni hanya dari mulut bukan dari hati.
Sesungguhnya arak dan judi, berhala dan bertenung nasib adalah sebahagian dari pekerjaan syaitan yang ingin membawa manusia terbenam kedalam jurang kehancuran. Yang menjadi kayaraya dalam perjudian ialah towkey judi. Eloklah batalkan saja lesen judi tu...Malaysia tak akan papa kedana tanpa hasil cukai judi. .kalau dia orang nak judi haram! biarkanlah si luncai terjun dgn labu-labunya.
Saya mencadangkan bantahan diteruskan terhadap lesen judi lain yang diberikan selama ini dan masih terus beroperasi ...
Jangan hanya lihat Judi Bola yang baru diluluskan .. Apa masalah untuk tidak mengikuti jejak atau mencontohi Kelantan !!!
Pak Lah, moh masuk banteras Judi!
satu lagi projek kerajaan barisan nasional..
lepas nih mungkin lesen rumah pelacuran pula akan diluluskan.
yang aku malu orang yang lulus lesen nih melayu (islam)!
Larangan berjudi :-
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. - Al Maa'idah:90.
Larangan berjudi:-
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. - Al Maa'idah:90
Salam YB & Semua
------------------
Pemimpin UMNO/BN, Ulama ulama uMNO dan para Mufti termasuk pak lah sendiri harus bertanggungjawab sepenuh nya Mereka mereka ini mencemarkan Agama Islam yang menyedihkan mereka mereka ini Bangsa Melayu yang beragama islam Insyallah UMNO/BN akan hancur Allah akan turunkan bala buat mereka mereka ini. Amin..
boleh ke BAPAK JUDI (bapak syaitan)terima pandangan Pak Lah tu?
1. Pak Lah kata - Timbang baik baik pandangan yang disuarakan.
2. TPM kata - Kerajaan akan pertimbangkan bantahan dari rakyat.
3. PAS kata - Judi tetap haram walau dilesenkan.
4. Allah kata - Judi itu najis dan termasuk amalan syaitan (HARAM)
Jelas disini, kalau kerajaan batalkan lesen judi pun bukan takutkan Allah, tetapi kerana bantahan dari berbagai pihak.
Pandangan Pak Lah pun sama, bukan atas dasar dosa pahla.
Berbeza, PAS bantah judi kerana takutkan Allah yang jelas HARAM nya.
Lebih baik lesenkan saja.
Sila renungkan maksud ayat-ayat berikut :
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Anak Maryam . Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan. {al-Maidah (5):78-79}
Catat Ulasan