8 Jamadil Akhir 1431H.
Alias Mohd Yusof
http://aliasmohdyusof.blogspot.com/
Mungkin anda pernah didatangi oleh jurujual alat penjimat tenaga elektrik (electric energy saver device) yang cuba mempengaruhi anda dengan dakwaan alat yang mereka jual boleh membantu menjimatkan bil elektrik sehingga 30 peratus.
Sebenarnya dakwaan mereka itu tidak pernah pun disahkan oleh mana-mana badan yang berautoriti, kalau ada pun mungkin pengesahan oleh Sirim yang hanya memperakukan alat itu selamat untuk digunakan.
Tenaga elektrik disalurkan kepada perkakasan elekrik di dalam rumah kita seperti lampu, kipas, peti sejuk, mesin basuh, periuk elektrik dan sebagainya, adalah melalui dawai-dawai elektrik.
Dawai-dawai elekrik ini dibuat dari bahan tembaga yang disalut dengan penebat. Setiap talian dawai ini mempunyai sedikit rintangan yang akan menyebabkan sedikit kehilangan tenaga elektrik apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
Nilai rintangan dawai elektrik ini bergantung kepada saiz luas keratan rentas dawai dan panjang dawai tersebut. Untuk rumah-rumah, biasanya menggunakan dawai bersaiz luas keratan rentas 1.5 mm persegi untuk lampu dan 2.5 mm persegi untuk soket (plug).
Lagi panjang dawai yang kita gunakan, lagi tinggilah nilai rintangannya, dan lagi banyaklah tenaga elektrik yang akan hilang pada dawai tersebut.
Kehilangan kuasa elektrik pada dawai ini memang tidak boleh dihilangkan kerana tidak mungkin kita dapat menghilangkan rintangan elektrik yang wujud secara semulajadi pada setiap bahan pengalir elektrik. Kita hanya boleh mengurangkan kehilangan tenaga atau kuasa elektrik pada dawai ini dengan cara menggunakan saiz dawai yang lebih kasar (besar) atau menggunakan jarak dawai sependek yang mungkin.
Tetapi kedua-dua faktor ini mempunyai kekangan yang tersendiri. Sebagai contoh, tidak mungkin semua perkakas elektrik di rumah kita mesti terletak berhampiran dengan meter kw-j bagi mendapatkan jarak penyambungan dawai yang pendek.
Selain dari itu, satu lagi cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kuasa yang hilang pada dawai elektrik ialah dengan meningkatkan nilai ‘faktor kuasa’ perkakasan elektrik di rumah kita. Selalunya inilah ‘hujah’ yang biasa digunakan oleh jurujual-jurujual alat penjimat tenaga elektrik ini untuk melariskan jualannya.
Apakah faktor kuasa? Apakah kesannya kepada bil elektrik di rumah kita?
Setengah-setengah perkakas elektrik di rumah kita menggunakan elektromagnet untuk berfungsi, seperti motor pada kipas angin, ballast pada lampu fluorescence (selalu kita sebut lampu panjang atau kalimantang), motor pada mesin basuh dan motor pada peti sejuk.
Elektromagnet pada perkakasan elektrik tersebut akan menyebabkan lebihan arus elektrik diperlukan bagi digunakan untuk menghasilkan magnet. Oleh itu arus yang mengalir dalam dawai menjadi lebih tinggi berbanding dengan kuasa sebenar yang digunakan oleh perkakasan tersebut.
Sebagai contoh, kalau faktor kuasa lampu panjang bernilai serendah 0.5, ini bermakna arus elektrik yang mengalir dalam dawai adalah dua kali ganda dari yang diperlukan oleh lampu itu.
Dengan menggunakan alat-alat tertentu, faktor kuasa ini boleh dibaiki atau ditingkatkan menjadi 0.9, malah hingga ke nilai satu pun boleh. Apabila faktor kuasa lampu tadi mencapai nilai satu, ini bermakna arus yang mengalir dalam dawai sekadar cukup membekalkan kuasa yang digunakan oleh lampu itu sahaja tanpa ada lebihan arus. Secara teorinya perkara ini adalah betul dan boleh dilakukan.
Tetapi kita kena ingat, bukan semua perkakas elektrik di rumah kita mempunyai faktor kuasa rendah atau mempunyai elektromagnet untuk beroperasi. Sebagai contoh, periuk elektrik, cerek elektrik, seterika dan oven elektrik, adalah perkakasan elektrik yang berkuasa tinggi dan mempunyai faktor kuasa bernilai satu. Oleh itu untuk perkakasan elektrik seperti itu, tidak ada cara kita dapat lakukan mengurangkan arus elektrik yang mengalir melalui dawainya dengan cara mengubahsuai faktor kuasanya.
Yang boleh kita gunakan secara berkesan untuk mengurangkan arus elektrik yang mengalir dalam dawai menggunakan kaedah peningkatan faktor kuasa ini, hanyalah kepada lampu-lampu panjang, kipas, mesin basuh, penyaman udara dan peti sejuk.
Katakan kita ambil satu keadaan yang paling ekstrim (the worst case); untuk satu talian dawai yang menghubungkan 10 buah lampu panjang yang berkuasa 40 watt setiap satu, yang jaraknya antara satu sama lain adalah 10 meter dan fator kuasanya 0.5, didapati kehilangan kuasa elektrik pada dawai itu adalah tidak sampai 3 peratus.
Lampu adalah perkakasan elektrik yang mempunyai faktor kuasa yang bernilai rendah, selain dari kipas angin, lampu juga adalah antara perkakasan elektrik yang lama penggunaannya dalam sehari. Oleh itu sangat sesuai kalau kita ambil lampu sebagai contoh kajian kita di sini.
Kalau kita menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang boleh membaiki faktor kuasa lampu kepada satu, kita dapat mengurangkan arus yang mengalir dalam dawai kepada hampir separuh dan dapat mengurangkan kuasa yang hilang pada dawai sebanyak 75%.
Memang bunyinya besar, 75%. Hakikatnya 75% daripada kuasa yang hilang pada dawai. Sedangkan kuasa yang hilang pada dawai tidak pun sampai 3% dari seluruh jumlah kuasa yang digunakan oleh perkakasan elektrik dirumah kita.
Ini bermakna dengan menggunakan alat penjimat tenaga elektrik, paling bagus pun ia hanya boleh mengurangkan kehilangan kuasa pada dawai elektrik sebanyak 2.25% (75% dari 3%) daripada jumlah penggunaan kuasa elektrik di rumah kita.
Katakan kita menggunakan 300 unit tenaga elektrik setiap bulan yang harga bil elektriknya sebanyak RM90.00 sebulan (andaikan harga 30 sen untuk satu unit tenaga). Maka jumlah tenaga yang dapat dijimatkan oleh alat penjimat tenaga elektrik yang paling bagus ialah 8.25 unit (2.75% dari 300 unit). Oleh itu jumlah bil yang dapat dijimatkan pula sekitar RM2.50 sebulan.
Semua kiraan di atas adalah berdasarkan kes yang terburuk (the worst case), untuk keadaan yang sebenar, harga bil yang dapat dijimatkan mungkin lebih kecil lagi. Sedangkan jurujual yang menjual alat penjimat tenaga ini mendakwa alat tersebut boleh menjimatkan bil elektrik anda hingga 30%, bermakna bil RM90 sebulan akan turun menjadi RM63 sebulan. Dakwaan jurujual ini adalah mustahil boleh berlaku.
Palsu
Malah ada setengah pengguna mendakwa bil elektrik mereka bukan saja tidak berkurang tetapi sebaliknya meningkat bila menggunakan alat penjimat tenaga ini. Adalah tidak mustahil alat penjimat tenaga ini boleh bertindak sebaliknya.
Umpama seperti hendak menutralkan cairan yang bersifat alkali, kita perlu menambah sejumlah asid kepada cairan tadi. Tetapi kalau kita tambahkan asid kepada cairan yang sudah pun nutral sifatnya, ini akan menjadikan cairan nutral tadi bersifat asid.
Begitulah juga kalau kita memasang alat penjimat tenaga ini kepada perkakasan elektrik yang asalnya mempunyai faktor kuasa satu seperti periuk, cerek dan seterika, ia akan menyebabkan faktor kuasa perkakas tersebut menjadi kurang dari satu, dan sudah tentu arus elektrik yang mengalir dalam dawai bertambah dari yang sepatutnya.
Oleh itu tidak hairanlah kalau alat penjimat tenaga ini boleh juga menyebabkan bertambahnya kehilangan kuasa pada dawai jika ia dipasang pada perkakasan elektrik yang mempunyai faktor kuasa satu.
Tetapi kalau ada juga pengguna yang mendakwa penggunaan tenaga elektrik di rumah mereka kurang 20% sejak menggunakan alat penjimat tenaga elektrik, bagaimana ini boleh terjadi?
Seperti yang telah saya terangkan tadi, secara teorinya tidak mungkin alat penjimat tenaga elektrik ini dapat menjimatkan tenaga lebih dari 3%.
Tetapi kalau ada yang membuktikan ia boleh jimat sampai 20%, kemungkinan alat penjimat tenaga tersebut melakukannya dengan cara menyusutkan voltan yang dihubungkan ke perkakasan elektrik di rumah kita.
Sebagai contoh, kalau kita menggunakan lampu suluh (torch light) yang mendapat bekalan 4 buah bateri, setiap bateri berkadar 1.5 volt, jadi jumlah voltah keseluruhannya ialah 6 volt. Kalau kita gunakan 3 buah bateri sahaja, jumlah voltannya kurang menjadi 4.5 volt. Walaupun jumlah voltan berkurang tetapi lampu suluh itu masih menyala, yang berbeza hanya kecerahan cahaya sahaja. Dengan voltan 4.5 volt, cahaya lampu menjadi kurang cerah berbanding voltan 6 volt.
Begitulah juga kalau alat penjimat tenaga elektrik yang dijual ini telah berfungsi sebagai penyusut voltan, ia akan menyebabkan kuasa operasi lampu, kipas, mesin basuh, seterika dan perkakasan elektrik di rumah kita tidak berada pada tahap kuasa penuh.
Kalau sebuah lampu berkuasa 32 watt, kalau dikurangkan kepada 26 watt sekalipun dengan menyusutkan sedikit voltan yang dihubungkan kepadanya, masih sukar untuk mata kita mengesan pengurangan kuasa ini.
Ini bukanlah cara penjimatan kuasa yang sebenar yang kita mahukan, sebaliknya ia lebih tepat dinamakan alat pengurang kuasa.
Apabila hari-hari kita makan dua pinggan nasi, kemudian kita kurangkan kepada satu pinggan nasi sahaja, sudah tentu perbelanjaan kita akan berkurang, tetapi apakah satu pinggan itu dapat memenuhi keperluan kita sebenar. Ini bukan penjimatan tetapi pengurangan.

28 ulasan:
Salam
Kalau nak jimat sungguh tak payah guna perkakas elektrik. Jurujual memang dilatih begitu
hebat juga ulasan ni, aku sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bidang ini sudah lama tahu pembongan ini. aku pensyarah elektrik kuasa di salah sebuah IPTA
Assalamualaikum,
Tuan YB,
Saya ada memasang alat penjimatan tenaga elektrik dimasjid yang menggunakan 3 fasa sejak bulan Oktober 2009. Daripada bil yang diterima setakat ini, memang ada penggunaan bil menurun sehingga 40%.
Saya telah membuat 1 perjanjian dengan pembekal; jika sekiranya penurunan bil (jumlah yang saya bayar untuk memasang alat tersebut) tidak berlaku maka duit saya akan dikembalikan. Dan saya jangkakan keputusannya dalam 4 bulan sahaja setelah pemasangan dilakukan.
KEPADA ABDUL RAHEEM:
SAYA SOKONG APA YG DITULIS SDRA. TAPI HARUS INGAT, KAWAN SAYA DAH KENA. DIA BELI MELALUI EKSPO ATAU KIOSK DI PASARAYA. CUKUP MASA DIA ORANG BELAH. BILA PERGI KE PREMIS, DIA ORANG TANYA SIAPA YG JUAL, NAMA PENJUAL DAN MACAM2 LAGI NAK LEPASKAN DIRI. RESIT YG DIBERI BELUM TENTU MENJAMINKAN KITA DAPAT BALIK DUIT. KECUALI ADA PERJANJIAN BERTULIS.
Mungkin ada kebenarannya alat ini berkesan.Teknologi inverter semakin luas digunakan pada alatan elektrik hari ini cth peti sejuk, mesin basuh, aircon dll. Inverter tidak boleh diaplikasi pd alat elektrik mengunakan heater spt stereka, water heater, hair dryer dan alat sejenis dgnnya.
Saya dah gunakan alat ini selama 3 tahun dan terbukti iannya berkesan. Bil saya dpt dijimatkan dpd RM120 sebulan kepada RM90 sebulan. Terdapat kelulusan sirim. Oleh kerana alat ini mendapat sambutan kemungkinan terdapat pula yg tiruan. Maklumlah rakyat Malaysia memang kreatif bab barang tiruan ni???
senang je nak jimat elektrik ... mintak TNB turun kan kadar cas elektrik... undi PR nanti bil elektrik boleh diturunkan... skrg ni bil elektrik rumah ana dah naik dulu tak sampai rm 100/sebulan tapi skrg ni dah lebih rm 100 sebabnya tambah aircond satu lagi....bukan isu elektrik je..tapi isu air...penapis air samapi rm 2000 sebijik..boleh jual...kalau minum air tapis panjang umur.....tak boleh dpt sakit....itupun ramai yg caya termasuk mak dan ayah aku kat kg....
ape niii..kalau dah tahu tipu kenapa diberi jual jugak...tak baik tau..aku batru beli.asang pun belum..terbantut aku nk pasang..
Assalamualaikum..Saya bersetuju dengan artikel ini ianya memang satu pembohongan.Saya bukan lah seorang yang pandai hanya lulusan kejuruteraan elektrik kuasa dr politeknik tempatan.Saya telah beberapa kali cuba di datangi oleh juru jual alat ini.Tapi dr segi theory penerangan oleh jurujual-jurujual ini tidak dapat meyakinkan saya.bagi saya alat ini sememangnya tidak boleh berfungsi sebagaimana yg di terangkan oleh jurujual-jurujual tersebut.Tapi saya tidak pasti ada kah benar ada alat yang benar2 boleh mengurangkan penggunaan arus elektrik dirumah. setakat ini belum ada jurujual yg dapat meyakin kan saya... salam kemaafan buat jurujual-jurujual yang terlibat..Dr:- EX POLIMAS STUDENT EK/88
Apapun kita kena cuba baru tau benda tu betul atau tak...Kalu kita takcuba sebaliknya kita berhujah dengan ilmu dan teory yang kita belajar untuk menafikan teknologi org lain yg telah ada bukti nyata pengurangan charge elektrik(seperti yg ditulis rakan kita)...
Apa yang untung bagi kita berkokok tetapi org lain berjaya menjimatkan beribu ringgit...dan menambah pendapatan berjuta. kita tetap dengan egois kita yang ditakok lama...teknologi berubah-ubah laksana pantai yang berombak...
Contoh..pelukis plan boleh menjimatkan masa dan wang dengan software Auto cad...berbanding cara lama guna drafting board dan teknikal pen.
Fikirkanlah
Seorang jiran saya sudah menggunakan alat ini yang dijual oleh kawannya juga.Harga dalam rm 200.Bil letriknya tiap bulan tak sampai rm 50 dengan penggunaan biasa rumahtangga termasuk air cond.Kiranya untung sangatlah. Tapi yang pelik tu jiran2 berdekatan dah 2 kali mengalami kerosakan brg2 letrik serentak pada satu hari.Bila ditanyakan pada TNB, TNB suruh siasat sendiri. Katanya ada jiran awak dah buat sesuatu pada bekalan letrik, sebab tu jadi camtu. Macamana nak tau ya.
Pisangemas81
Salam.
Saya setuju dengan artikel di atas 100% kerana saya dah beli dan ternyata TIPU.
Lokasi beli di Pasaraya Bintang bangi / Warta bangi
JANGAN TERTIPU!!!

Saya juga mengikuti dan terus menambah ilmu dan pengalaman dalam bidang yang saya ceburi bukan hanya terhenti setakat apa yg saya pelajari di politeknik dulu.Saya dah bekerja lebih 20 tahun dalam bidang kejuruteraan sehingga berpeluang menambah ilmu selama 1 tahun di Negara jepun yg sudah kita kenali berteknologi tinggi.Apa yg saya katakan jurujual tersebut tidak dapat meyakin kan saya dengan penerangan mereka.saya tidak akan membelanjakan wang hanya kerana untuk mencuba.Saya bercakap berdasarkan penerangan yang di beri oleh jurujual2 tersebut.
Berdasarkan penerangan mereka saya tidak yakin dengan alat tersebut. Saya minta maaf jika saudara ilham juga tergolong dari jurujual itu.
Dr:- EX POLIMAS STUDENT EK/88
Salam tuan EX POLIMAS STUDENT EK/88 sy bukan penjual alat itu...dan sy pun belum pasang alat itu..tapi sy nak cuba kalu ada yang berhasil menurunkan charge letrik...mohon maaf juga dari saya kalu ada keceluparan bahasa
salam tuan2 smua.....sy pn slh sorang yg bpndidikn elektrik...dr apa yg sy thu ttg alat itu ia mmg tk blh hndk dbktikn bnar n slmat...sb kta tk thu ksan smpngan drp pnggnaan alat tsbt.mgkn ia blh memendekkn jngka hyat perkakas elektrik kt rmh kta.klau btl ler alat tu blh mjmatkn bil kta msti ia tlh dsyorkn pnggunaanya olh TNB sdri sb dr apa yg sy thu phak TNB pn bnyk mngalami krugian drp khlangan tenaga yg dbkalkn kpd pngguna.sy ckp g2 sb drp jurujual yg ckp kt sy alat tu blh mnyimpn tnaga elektrik yg dbkalkn olh tnb tp tdak dgnakn olh kta.bmkna tdk blaku pmbaziran.....kpd tnpa nm yg d atas yg mgatakn jranya mgnakn alat ini,gn acond,dpt jmt gler tu sy tramat tdk ykin sb dr apa yg sy thu klau dh ada pngnaan normal kt rmh spt pti,tv,sterika,heater pn dh hmpr rm100 tp dtmbh acond lak lg ler naik...mgkt apa yg sy thu sbji a.cond kt rmh pn sdh mblhkn bil mceceh rm100.tp lau dh dn a.cond ada tp bil tk smpai rm50 2 kmgknan jea...1 mgkn sb dia tk gn a.cond tu(skadar hiasan jea).. 2 meter dia bmsalah,lau nk thu ksahihanya wat aduan kt tnb,bg almat rmh@no meter rmh dia.tnb akn hntr org cek....nk tau try ler...wat aduan snyap2 jer.sy pnah wat.identiti drahsiakn.mgkn meter tlh di usik.blaku kcurian tnga elektrik....u cant try..
aku skng yg kt atas ni...rmh aku gn msin bsuh,peti,tv,laptop jrg2,kpas 4 bji smpai pg psang,lmpu pnjg5 bji,psg smpai pg 1 jea,heater air pnas 1.tu pn bil dh rm80-90 1bln....lau ada a.cond krg dr rm50 tu kncing ler bro...kcuali a.cond skdar hiasan logik ler,,...snang cta lau tk mpu byar bil letrik gn lilin jer@pkai genset.hbs cter.tk pyh nk bli pnjmt tue.
La betul jiran saya ni memang jujur cerita dgn saya bil api tak sampainya rm 50.Suami isteri orang surau takkan nak tipu. Jiran tu kawan saya sendiri. Tapi saya nak tambah satu cerita lagi.Masa berlaku kerosakan brg2 letrik jirannya, peti ais dan tv rumahnya pun rosak sekali. Rugi juga nampaknya. Tntg nak report tnb tu biarlah jiran yang kena tu buat, saya tak reti nak berlakon
kpd yg datas tu,meter dia rsak ler tu...lau dia tk cri mter dia rsak lew tuw....cnfirm pnyer...nk thu cb suh dia bka sterika@a.cond & msin bsuh ke,tgk meternya jln tk....lau cg meter lm tgk pusing tk,lau yg bari tgk kelip tk....
Assalamualaikum,
YB dan Sdr2 bloggers,
Ini adalah pandangan saya, bukan dari kajian ilmiah dan sebagainya.
Dimasjid, bil elektrik tiap2 bulan mencecah RM1,300.00 setiap bulan sehinggalah saya memasang alat ini. Alat dipasang kepada jenis 3 fasa.
Penurunan memang dirasa sebab sekarang bil hanya RM700.00 sahaja tiap-tiap bulan.
Mungkin, bagi pemasangan 1 fasa seperti dirumah tidak akan dirasai sangat sebab bil hanya 50-100 sebulan, berbeza dengan dimasjid atau kilang yang menggunakan 3 fasa.
Ori atau tidak, saya tak tau tapi peralatan tersebut mempunyai chop sirim dan chop piawai tnb dan ce.
wassalam.
penyusutan = pengurangan. pengurangan menghasilkan penjimatan
pendapat peribadi saya, tidak ada pemalsuan pun daripada keterangan si jurujual..mungkin apa yang palsu hanyalah barangan tiruan. Honestly, saya sendiri masih mengkaji tentang hal ini. Tetapi artikel saudara belum dapat menerangkan hal sebenar.
Salam,
About these devices:
They do correct the power factor but since the residential customers are only billed in KWH they do nothing to reduce a customer bill. That is loads use Watts and residential customers are billed on Watts,so it doesn't matter what the PF is.
Power Factor only comes into play with larger commercial customers or three phase customers (e.g masjid seperti case saudara Abdur Raheem).
Check our single phase TNB KWH meter:
The fact is our residential meters don't measure REACTIVE POWER (KVAR). You can't save energy by plugging in a reactive power correction devices.
Now check three phase TNB KWH meter (e.g masjid bill)
There is reactive power being measured (KVAR). The customers is charged more for a low PF (below 0.85 lagging), thus they can reduce their demand charge by raising their PF.
WALLAHUAKLAM
rasanya penulis perlu melakukan juga eksperimen secara amali. secara teorinya kedua2 pihak ada point. cuma kalau penulis kata alat tu mengurangkan kuasa saya kurang bersetuju melainkn ada reading dari meter atau sebagainya.
SDAASDS
Thanks for sharing, artikel yang menarik.
Mungkin yang menipu tu menjual alat yang tiruan. Ada kawan menggunakannya dan memang sah bil elektriknya turun hingga 40%.
Assalammualaikum.. Maksud tnb tu,,kemungkinan laporan sedara x begitu tepat kot.. Maksud sy,,sedara bagitau x jiran yg menggalami kerosakkan tu gn alat jimat tnga ni? Atau dari pemahaman sy,,sedara maksudkan ada jiran yg menggalami masalah kerosakkan peralatan elektrik DISEBABKAN oleh ada jiran lain yg menggunakan alat jimat tenaga ni.. Mcm mn tu? Rumah si A gn alat jimat tenaga,,tapi rumah si B & C yg dpt tempias (menggalami konplikasi). Hairan.. Tu kompomla rumah si A ada kacau neutral link n terminal blok tang meter tnb. Kl tuan rumah si A kacau barang dlm rmh dia ja,,,sah2 rmh dia ja jahanam..mn blh sangkut paut dgn rmh org lain.. Sedangkan pendawaian selps melalui meter TIDAK BOLEH SAMA SEKALI mengakibatkn berlakunya gangguan kpd pengguna yg lain. Sebagai cth, incoming supply dari meter yg masuk ke DB diusik dgn melakukan lintar pintas. Ianya tdk mengganggu rumah yg lain. Hny rmh tersebut shj ditimpa kecelakaan kpd cut-out nya sndr. Tapi sy yakin bhw insiden yg sedara maksudkn tu disebabkan oleh KEPANDAIAN TERLAMPAU seseorg yg tlh mengusik terminal neutral link & jg terminal blok yg menghubungkan supply dr rmh ke rmh. Mohon maaf dr sy sekrnya mengundang ketidakselesaan kpd sedara.. Assalammualaikum
Ir. Najmi
sebenarnya alat tersebut menjimatkan tenaga elektrik dengan mengelakkan atau mengurangkan pembaziran yang terhasil apabila terdapat beban atau load atau perkakas elektrik yang bersifat terlalu inductive digunakan.apabila sesuatu load itu terlalu inductive,maka power factor akan jatuh dari 1 ke 0.9 atau 0.5.apabila power factor anda rendah current akan tinggi.alat ini bertindak sebagai power factor correction.sepatutnya alat ini tidak sesuai dinamakan alat penjimat elektrik,tetapi alat pengurang pembaziran elektrik walaupun maksudnya hampir serupa tetapi ianya tidak mengelirukan.jika ingin tahu lebih lanjut sila email : myroztech@gmail.com
En Abu Amir... bole tlg bagitau saya alat penjimatan letrik yg tuan gunakan... saya amat memerlukan nye....
Assalam Tuan... bole tolong bagitau saya jenama alat penjimatan letrik yg tuan gunakan... saya amat memerlukan nye....T.Kasih
Catat Ulasan