23 Mei 2010

APALAH NASIB GURU-GURU AGAMA DI PENDIDIKAN KHAS?

8 Jamadil Akhir 1431H.
Naninu Sakun

Baru-baru ini beberapa orang sahabat saya yang merupakan guru-guru agama di dalam pendidikan khas telah meluahkan beberapa perkara yang mereka rasa terpinggir. Mungkin ada yang kurang arif tentang pendidikan khas. Pendek cerita ialah KANAK-KANAK ISTIMEWA. Kerajaan telah mewujudkan 1 kelas di sekolah-sekolah yang memerlukan bila adanya anak-anak istimewa di kawasan sekolah terlibat yang dinamakan kelas pendidikan khas. Berbagai pelajaran diajar kepada mereka-mereka ini oleh guru-guru yang telah diberi latihan khusus ataupun kursus khas untuk memudahkan mereka mengajar kanak-kanak istimewa ini termasuklah guru-guru agama yang pernah mengajar di aliran normal diserapkan di pendidikan khas bila ada kekosongan dan permintaan. Kalau dulu waktu kelas-kelas ini diwujudkan telah diberi elaun kepada guru-guru ini sebanyak RM60. Ketika itu tidaklah ada guru-guru yang berminat sangat namun setelah elaun dinaikkan RM250 permintaan untuk menjadi guru-guru pendidikan khas telah meningkat. Begitulah serba sedikit tentang pendidikan khas yang diceritakan oleh kawan-kawan saya itu.

Namun begitu, apa yang ingin saya kupaskan pada hari ini ialah NASIB GURU-GURU AGAMA YANG MENGAJAR PENDIDIKAN KHAS INI. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh kawan saya itu, hanya 1peratus sahaja guru-guru agama ini dinaikkan ke jawatan Penyelaras atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas berbanding guru-guru lain. 1 PERATUS SAHAJA?

Perkara ini yang menghairankan. Bila ditanya kepada pihak jabatan mereka mengatakan sebab guru agama ini bukan ofsyen. Namun kalau begitu kenapa 1 peratus tu boleh naik jawatan? Ada 1 tempat di Utara semenanjung ini lagi menggemparkan. Seorang guru di pendidikan khas yang baru berkhidmat 3 tahun telah dinaikkan ke jawatan PENYELARAS sedangkan di daerah tersebut terdapat ramai lagi guru-guru senior yang lebih berpengalaman di dalam pendidikan khas ini dipandang sepi sahaja. KENAPA? Bukan 1 kes menurut guru tersebut.

Begitu juga dengan nasib guru-guru agama ini. Setiap tahun mereka berjaya mengharumkan nama negeri masing-masing apabila pertandingan Tilawah Pendidikan Khas dijalankan dan setiap tahun juga mereka bertungkus lumus tapi nampaknya segala pengorbanan mereka ini tidak dihargai oleh pihak jabatan apatah lagi untuk dinaikkan jawatan. Tanyalah ibu bapa penjaga anak-anak istimewa ini tidak kira beragama apapun mereka tetap menantikan pertandingan tilawah ini kerana di sini bakat anak-anak mereka telah digilap dengan sebaik-baiknya oleh GURU-GURU AGAMA PENDIDIKAN KHAS.

Mungkin ada yang tidak tahu akan kata pertandingan tilawahpun orang Cina boleh masukke? Sebenarnya nama sahaja pertandingan Tilawah tetapi didalamnya terangkum pertandingan bercerita kisah Nabi, Khat, Nasyid dan lain-lain yang terbuka kepada semua kecuali membaca Al-Quran dan Tahfiz sahaja.

Mungkin juga ada yang kata sabarlah guru-guru agama tapi bila melihatkan situasi-situasi ini membuatkan semangat guru-guru agama ini mulai pudar dan mula rasa perlu keluar dari pendidikan khas ini agar mereka boleh lebih berkembang maju demi anak bangsa. Yang lebih mengejutkan guru tersebut bila ada pegawai-pegawai pendidikan khas tidak membenarkan guru-guru pendidikan khas ini melibatkan aktiviti dengan pelajar normal di sekolah. Cuba kita fikir, guru dapat arahan dari pentadbir menyuruh tolong latih bolasepak, pegawai pendidikan khas kata jangan tapi markah prestasi diberikan oleh pentadbir.

Jadi guru-guru pendidikan khas nak ikut arahan siapa? Segala fenomena ini mungkin masih kita di Malaysia tidak ketahui. Walaubagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pendidikan khas terutama guru-guru agama di dalam pendidikan khas yang sabar dalam mendidik insan-insan istimewa ini. Tanpa kalian siapalah ANAK-ANAK ISTIMEWA...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik dengan artikel ini tetapi ada beberapa perkara yang kurang tepat.Saya telah lama mengajar di Pendidikan Khas hampir 15 tahun dan 14 tahun menjadi Penyelaras.Diawal pembukaan Program Pendidikan Khas sukar untuk mendapatkan guru agama. Kami yang bukan option mengikut peraturan tidak boleh mengajar Agama Islam.Kerana kami tiada tauliah.Sebab itu lah perkhidmatan mereka amat diperlukan.Cuba penulis renungkan,didalam program pendidikan khas berbagai kategori murid, ada murid yang suatu hari nanti akan berkahwin dan mempunyai keluarga.Bagaimana tentang solat,mandi hadas dan berbagai lagi perkara untuk mereka membimbing keluarga mereka kelak.Bukan guru agama seorang sahaja yang melatih murid untuk pertandingan yang mempunyai pelbagai acara.Untuk melatih secara berseorangan adalah mustahil melainkan jika sesebuah sekolah menghantar 1 pelajar sahaja mewakili sekolahnya.Tiada apa nak dibanggakan dengan Jawatan Penyelaras, sebab bukan jawatan naik pangkat,dan juga tiada elaun tambahan,jika dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas barulah dinyatakan kenaikkan pangkat itu pun setelah mereka memperolehi "time-base",DGA29-DG32 di sekolah rendah,di menengah DG41-Dg44.Setakat ini setelah mereka berada di DG 32 atau DG44 barulah memperolehi jawatan tersebut,dengar kata lain tukar kerusi sahaja.Kalau belum cukup 10 tahun usah mimpilah.Guru Pendidikan Khas tidak boleh melibatkan diri dengan aktiviti aliran perdana terutama diwaktu pagi,waktu petang silakan.Apa faedahnya dibayar RM250 tetapi guru itu mengajar murid lain.Penyelaras mestilah bijak berbincang dengan pentadbir sekolah.Saya dah lama mengajar Pendidikan Khas tak heran pun kawan-kawan ramai dah jadi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah rendah kerana apabila sambung belajar senioriti tidak diambil kira.Oleh itu penulis perlu banyak muhasabah diri sebelum menyalahkan orang lain yang penting anak didik kita berjaya ikut kemampuan dan keredaan Allah.

anak komando rej 1 berkata...

tq tanpa nama 3.44 am atas pandangan anda. Saya hanya menyampaikan pandangan org lain yg ada juga didalam p.khas ini. Mungkin anda tidak kena macam mana mereka kena. Lain tempat lain ragam saya hanya sampaikan luahan...tq juga anda ikhlas dlm mendidik insan istimewa

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan tanpa nama 3.44 am di tempat saya guru2 pendidikan khas langsung ak boleh terlibat dengan apa sahaja aktiviti aliran normal tak kirala petang. pegwai2 p.khas tak sedarkah p.khas pun menumpang di sekolah2 normal. Konsep integrasi dlm p,.khastu yg pegawai2ni xsedarkot. tampat tanpa nama lain tempat saya lain. mungkin tempat tanpa namatu okla jugak kat sini NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu Penyelaras mesti bijaksana,pro dengan Pentadbir mesti mahir,Betul kita mesti melibatkan diri juga dengan aliran perdana,sebab pertama, prestasi. kedua pengalaman mesti dicari untuk kegunaan masa hadapan,kalau kita melaksanakan perkara bukan waktu pagi tak de masalah sebenarnya.Kita pergi cerita dekat pegawai buat apa.Buat sahaja kerja.Asalkan buka waktu pagi.Dulu sesiapa yang ingin menjadi Guru Pendidikan Khas mestilah telah menjadi guru biasa sekurang-kurangnya 5 tahun,jadi guru ini sudah ada sikit pengalaman dalam bab kokurikulum,kurikulum,pengurusan dan sebagainya.Sekarang tidak begitu,dengan meletakkan guru baru dari pelbagai kursus letak diprogram apa pengalam yang ada untuk menjayakan program.Sebab itu kena libatkan diri dengan aliran perdana untuk mencari pengalaman.Mungkin ada sikit penegasan dikalangan pegawai kerana ada juga sekolah yang menghantar guru khas membawa murid aliran perdana menyertai pertandingan setiap kali ada pertandingan,kerana murid khas difikirkan tak penting tak belajar hari tu tak apa.Ini lah stigma yang perlu diperbetulkan

guru khas nama x glamer berkata...

saya menyokong kenyataan nama... sebagai guru pendidikan khas, kita perlu bijak menangani permasalahan yang timbul... cerita dalam kelambu patut selesaikan sendiri...

GURU KHAS SEDAR DIRI berkata...

Ye...saya sangat stuju dengan pendapat TANPA NAMA...utk pengetahuan anda semua, saya pon guru pendidikan khas yg bukan opsyen pendidikan khas...sy di serap dlm pendidikan khas dan perlu menghadiri kursus pendidikan khas sblm layak menjadi guru pendidikan khas....tuk pengetahuan sy pon dlm dilema sama mcm kawan tuan tu...cuma bezanya die mengajar agama saya mengajar matematik....ape yg penting kat sini, kite sebagai guru jangan mengharapkan dapat jawatan penyelaras@penolong kanan...sbb yang utamanya perlu ikhlas menjalankan tanggungjawab kite sbg guru kepada murid istimewa....jgn mengejar pangkat atau jawatan....cuba la kite munasabah diri balik...ape tanggungjawab sbenar kite sbg guru....mmg saya stuju benar dengan pendapat TANPA NAMA yang mengatakan jangan la mimpi nak jadi Penyelaras sbb jawatan tu bukannya dapat elaun pon...lagi byk keje jadi penyelaras ni...x usah la...lagi satu saya stuju ngan pendapat TANPA NAMA tentang guru pendidikan khas x bleh sertai program aliran perdana...mmg betul....alasan nya...cuba kite muhasabah diri balik...murid pendidikan khas ini memerlukan perhatian yang lebih dari seorang guru....tanggungjawab guru pendidikan khas lagi berat...klu la guru tu sertai program aliran perdana....bermakna die telah mengabaikan tanggungjawab die sbg pendidik murid khas...ape guna kerajaan bayar rm250 elauan pendidikan khas tapi keluar bawa budak aliran perdana sertai prgm mereka....klu mcm tu baik jgn jadi guru pendidikan khas....klu betul2 nk join prgm aliran perdana skali pon...lakukan la waktu ptg...yg bebas dari tanggungjawab kite kepada murid khas....pandai2 la kan...x gtu?ok la tu aje la pendapat saya....akhir skali... kite sebagai guru pendidikan khas...kne la muhasabah balik apa tanggungjawab kite sbg guru pendidikan khas...jangan mengejar jawatan @ pangkat semata-mata.... HIDUP GURU PENDIDIKAN KHAS!!!!!!

Abu Akhyar berkata...

Assalamualaikum wrt..

Tajuk perbincangan yang menarik.
Sebenarnya saya tengah membuat kajian diperingkat Doktor Falsafah berkaitan dengan GPI Pendidikan Khas khususnya dalam amalan pengajaran Tilawah al-Quran berbantukan al-Quran Braille..
Justeru, saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dalam memartabatkan profesion keguruan GPI PK.
Boleh berhubung dengan saya di emel: al.akhyari@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..
Saya opsyen pendidikan moral..semasa di U saya tidak boleh tukar kos kerana terikat dengan kontrak pinjaman..saya amat berminat dengan pendidikan khas menjadikannya sebagai minor..di dalam surat tawaran penempatan tidak diletakkan p.khas sedangkan kawan-kawan yang mengambil minor subjek aliran perdana semua dinyatakan minor meraka sedangkan saya tidak..bolehkah saya mengajar aliran pendidikan khas sampai bila-bila?saya berharap saudara dapat membantu saya..terima kasih