19 Mei 2010

PRK SIBU - PENGUNDI CERDIK,SPR CERDIKKAH?

4 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN!! Mungkin itulah yang dibualkan oleh kebanyakan pemimpin di dalam Bn terutamanya Umno akibat `tertonggeng'nya calon Bn di PRK Parlimen Sibu. Di mana Muhyiddin hendak letak muka kerana baru beberapa jam beliau menyindir PKR sebagai parti kian runtuh, calon Bn yang beliau sendiri menjadi bos kempen di Sibu tersembam dengan begitu aib sekali.

Alangkah bernasib baiknya Bn di Sibu kerana adanya undi pos yang dapat mengelak dari Bn menerima majoriti kekalahan yang lebih menyiksakan. Saya sudah dapat meramalkan bahawa DAP akan menang kerana kelewatan media perdana melaporkan keputusan pilihanraya tersebut, bahkan SPR juga terlalu lewat mengumumkan keputusan. Apa pun, tahniah kepada semua pengundi di Sibu kerana semakin bijak dan cerdik.

Seandainya tiada unsur rasuah dan janji-janji seperti di bawah ini, Bn pasti lebih nazak diajar oleh rakyat di Sarawak. Di dalam keadaan berjanji berbagai-bagai, Bn boleh tewas, maka boleh kita simpulkan standard Najib dan Muhyiddin selaku PM dan TPM di mata rakyat.

Berikut adalah janji-janji manis semasa berkempen. (Bukan untuk tatapan SPR mahupun SPRM kerana badan ini tidak mampu menilai adakah perkara di bawah berunsur rasuah atau tidak):

1. RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan.

2. RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana RM300 juta telah dilaksanakan dalam fasa pertama.

3. RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10

4. RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi menjalankan projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta.

5. RM 18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan

6. RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk pembinaan dua masjid

7. RM2 juta telah diperuntukan untuk menaik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di 2 buah kampong iaitu Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah

8. RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara.

9. RM 500,000 diperuntukkan kepada Sek.Men.Agama Sibu untuk tingkat prasana.

10. Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek.Men.Kebangsaan Batang Igan, Dalat.

11. RM 100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek.Keb.Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban.

12. Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk.

13. Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi membaik pulih rumah masing masing.

14. Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran TV1,TV2,TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak.

15. Projek naik taraf Kolej Laila Taib menjadi Universiti pada tahun 2012

Terasa ingin ketawa pun ada apabila mendengar komen Pengerusi SPR yang menyebut badan itu akan siasat mengapa peratusan keluar mengundi turun. Cuba kita lihat carta di atas, dan bandingkan dengan pilihanraya 2008, ada penurunan ke jumlah atau peratus yang keluar mengundi? Sudahlah mula-mula beliau beritahu peratusan lebih kurang 50 %, kemudian tarik baik beritahu lebih kurang 70 % yang keluar mengundi. Pelik bin ajaib. Yang jelas, hanyalah untuk dijadikan ALASAN mengapa BN tewas kununnya peratusan keluar mengundi rendah. Mereka ingat semua rakyat bodoh di dalam Mathematik walaupun diajar di dalam Bahasa Inggeris?

Di dalam Berita Awani Astro, Pengerusi SPR menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana penyokong-penyokong dari PR buat kecoh semasa hari mengundi. Terang-terang beliau menuduh penyokong-penyokong PR seolah-olah penyokong BN semuanya baik dan tertib. Nampak jelas SPR ini wajar dirombak sebelum Pilihanraya Umum nanti.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang benar SPR di pihak UBN

Tanpa Nama berkata...

Mak oii... byknya...
itu pun bleh kalah ke? hehe...

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya WFAUZDIN NS adakah pilihanraya di sibu adil atau tidak? Kalau kata adil apakah sebab? Mungkinkah kerana PR menang ia menjadi adil dan kalau kalah ia jadi tak adil.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN rebah disebabkan oleh pencacai-pencacai ini; PDRM, SPRM, SPR, TV3Suku, Utusan Meloya, PERKOSA, Hakim-Hakim, katak-katak. Rakyat muak dengan mereka. Kasihan Najib, Big Moma dan Mat Sembab.

Tanpa Nama berkata...

SPR makin melampau gerakan BERSIH hendaklah dihidupkan semula

Tanpa Nama berkata...

mana BERSIH kenapa membisu.... jangan tunggu PRU13

Tanpa Nama berkata...

BERSIH dulu adalah pihak yang menakutkan SPR tetapi kini semua dah hilang taring

Tanpa Nama berkata...

kenapa SPR jadi barua BN???

Tanpa Nama berkata...

semua pemimpin gerakan BERSIH dah jadi pondan agaknya?

Tanpa Nama berkata...

dahulu PAS adalah penggerak utama BERSIH yang menyebabakan SPR terpaksa tunduk kepada kehendak rakyat, sekarang SPR di perkudakan najib.

Tanpa Nama berkata...

kenapa BERSIH sudah hilang taring, masih dibuai mimpi menang PRU12 lalu agaknya?

Tanpa Nama berkata...

jangan biar SPR bermaharaja lela hidupkan GERAKAN BERSIH semula!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan tertipu kemenangan di Sibu, SPR merancang nak tipu dalam PRU13

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan BN, tumbangkan SPR, hidup rakyat

Tanpa Nama berkata...

BERSIH dah kena beli dengan najib agaknya macam adun dan MP PKR?

Tanpa Nama berkata...

inilah masalah mental bg golongan bn dan juga spr...
kalu mrk kalah alasan nya peratus keluar mengundi sedikit, kalu menang alasan nya kepimpinan pm diterima.....
kalu bn menang, sebulan keluar paper, kalu pr menang hanya menang tipis,
apa2 pn saya orang SPR - Sokong Pakatan Rakyat....
TAKBIR.......

Tanpa Nama berkata...

klu pilihanraya tu adil,alamat lagi teruk la BN kalah.ni dah abis kecoh,dah abis modal tipu,tak dpt jgak SPR nak menangkan BN.hampir 90% undi pos memihak BN,logik ka?
tp disebabkan PR dah menang,tak yah le nak ungkitkan isu adil ke tidak.memang tak pernah adil pun SPR tu!!!

Tanpa Nama berkata...

mari kita ramai2 berdoa kpd Allah biar pengerusi SPR tujuh keturunan diturunkan bala, kerana dia menginaya rakyat malaysia, dengan cara menipu rakayat.

Tanpa Nama berkata...

Sehari sebelum mengundi tokey SPR kata pilihanraya Sibu adalah paling bersih. Bila keluor keputusan BN kalah terus salahkan penyokong PR buat kacau. Bengong! Ingat Zimbabwe ke?

Usmad berkata...

Kalau Pr kalah tak adil menang pun tak adil... SPR tetap tak adil