20 Jamadil Akhir 1431H.
Dua hari lepas PM 1Malaysia telah mengumumkan sedikit rombakan kabinet seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak. Namun pengumuman Najib bagi saya ternyata tidak menggembirakan banyak pihak apabila dari 9 orang yang dilantik itu, lima dari mereka adalah senator dan hanya dua anggota parlimen dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.
Berhubung dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :-
1. Tindakan Najib menambah koleksi Menteri dan timbalan menteri dikalangan bukan Ahli Parlimen iaitu senator yang dilantik adalah bukti nyata bahawa beliau telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat yang sepatutunya didahulukan dalam memilih mereka sebagai anggota kabinetnya.
2. Perkara serupa juga dilakukan oleh beliau apabila mengepalai kudeta di Perak dengan menafikan hak rakyat memilih dan menentukan kerajaan negeri tetapi dinafikan dengan menculik dan membeli wakil rakyat. Keharmonian hidup bermasyarakat dan berpolitik di Perak sesungguhnya telah dirosakkan oleh tindakan kudeta itu.
3. Realitinya jelas sekali bahawa Najib telah membuktikan sikapnya menafikan hak rakyat yang memilih dan menetukan mereka yang dipilih itu membentuk kerajaan. namun apabila Najib mencipta sejarah baru dengan melantik terlalu ramai senator sebagai anggota kabinetnya, sebenarnya menggambarkan kelemahan kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi mewakil dirinya sendiri.
4. Najib ternyata menafikan orang yang berkelayakan dalam partinya sendiri . Bayangkan ketika Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sudah tidak diiktiraf dengan tidak dilantik sebagai Menteri sebagaimana biasanya.
5. Najib ternyata mengadai prinsipnya demi untuk mengambil hati bangsa lain tetapi bagi saya tindakannya sudah terlambat dan sudah di penghujung senja.
6. Oleh itu saya mengesyorkan kepada semua Ahli parlimen UMNO dan pemimpin UMNO disemua peringkat dengan berani membuat bantahan di atas tindakan Najib yang menafikan hak rakyat khususnya dikalangan penyokong UMNO yang telah memilih wakil rakyat untuk mewakili partinya namun tidak dipilih menjadi anggota kabinet..
7. Begitu juga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mestilah membuat bantahan kerana tindakan menafikan hak rakyat tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi yang sedia ada.
KENYATAAN MEDIA, 3 Jun 2010.
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua penerangan PAS Perak/
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

2 ulasan:
Salam, YB;
Daripada senarai yang saya peroleh, Datuk Hamzah Zainuddin berada di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Johari Baharum di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, manakala Datuk Razali Ibrahim berada di Kementerian Belia dan Sukan. Semuanya sebagai Timbalan Menteri.
Pemuda UMNO yg masih bersama UMNO memang bodoh...hang pa punya presiden tak iktiraf ketua pemuda umno.... boleh pulak lantik dikalangan yg bukan YB..kpd YB BN/UMNO lebih baik keluar dr BN sb NAjib tak percaya kebolehan korang semua.... mana Perkasa tak lawan ke sebab ramai org cina dan india pegang jawatan dlm kabinet.
Catat Ulasan