03 Jun 2010

Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel

Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. - Foto BERNAMA


PETALING JAYA: "Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsul Kamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu."

Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.

Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.30 pagi.

"Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.

"Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja," ujarnya.

Beliau menambah, para sukarelawan hanya menggunakan air pili bomba bukan meriam air bagi mengelak komando-komando Israel menaiki kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara.

Tambahnya, mereka diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal, bagaimanapun beliau dan Shamsul berjaya menyelamatkan diri.

"Hanya dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga bahu.

"Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," tambah beliau.

Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

"Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu," tambahnya.

Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.

"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.
Mstar/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg bangsat yahudi...tp aku bimbang generasi akan dtg akan mengenang generasi kita sbg generai yg lemah kerana gagal mempertahankan aqsa....bimbang kita dilaknat generasi akan dtg

UMNo bandar sri putra bangi

Pacifist berkata...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Tanpa Nama berkata...

K'jaan mengutuk Yahudi..ttpi sblumnya mengupah Yahudi APCO dgn byrn RM 77 juta sthun..slh seorang penasihat Yahudi k'jaan adlh orang kuat SHIN BET, pasukan keselamatan Israel..orang yg sama bertanggungjawab membunuh syahid Syeikh Ahmad Yasin!

Menentang UMNO-BN, adlh menentang Yahudi!
Turun semua, 3 Julai!
Bantah Judi & Kebobrokan k'jaan yang dinasihati Yahudi ini!

Tanpa Nama berkata...

bila kapal yang membawa rakyat Malaysia sahaja yang ditahan, saya merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku di sebaliknya. bila semua rakyat Malaysia dibebaskan, saya juga merasakan ada sesuatu (akibat buruk jangka panjang) di sebaliknya. wallahua`lam. Mungkin perasaan ini hasil drpd terlalu banyak agenda tersembunyi di sebalik sesuatu peristiwa.

Tiada sesiapa yg pernah untung berkawan dgn Yahudi/Iblis/Syaitan Laknat berkata...

Salam, Bila Allah menghendaki, golongan yg sedikit (Yahudi-Zionis Laknatullah hi a'laih) menguasai golongan yg ramai (US-Eropah-Arab dan Dunia), manusia tak boleh berbuat apa2 tindakan yg keras terhadap mereka...
Dan bila sampai masanya nanti, Allah menghendaki, maka Yahudi akan berkumpul utk di bunuh beramai2, dan masa itu akan tiba...tak lama lagi...

Lihatlah, dan ambil iktibar peristiwa Takbai, org2 awam (Melayu-Islam-Patani)di susun secara bertindih atas lori tentera musyrikin Siam sejauh 300 km ke pengkalan tentera di Haadyai, ramai mati sesak nafas terutama yg di susun berada di bawah sekali...menderitanya mereka...sebagai natijahnya, apa yg terjadi kpd negara Siam Thai skrg??? Mujur sukarelawan ini tak di perlakukan mcm ini di Israel...

Huru-hara-balasan drpd Allah Yang Maha Perkasa.

Akan tiba giliran Yahudi-Laknatullah hi a'laih ini, giliran ke atas makhluk yg paling jahat atas muka bumi, insya'Allah.