14 Julai 2010

SYABAS !! ANWAR CIPTA REKOD

1 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

DS ANWAR mencipta rekod. Itulah yang boleh saya perkatakan. Mana ada pemimpin politik di negara ini khususnya, bahkan di Asia yang boleh mencipta rekod seperti DS Anwar? Beliau sememangnya seorang pejuang tulen yang kental, berani dan penuh kejujuran di dalam berpolitik.

Bukan taksub kepada beliau, tetapi hakikat dan sejarah telah membuktikannya sehinggakan kesemua musuh-musuh politik beliau menjadi gerun dan gentar apabila membayangkan DS Anwar.

Semenjak negara kita merdeka, siapakah tokoh politik yang mendapat berbagai gelaran semata-mata untuk menjatuhkan kredibilitinya? Dulu kita pernah dengar nama MAHAFIRAUN dan juga MAHAZALIM atau Bapa Penipu Negara digelarkan kepada seorang tokoh dari Umno.

Kita juga mendengar gelaran Bapa Judi Negara terhadap seorang tokoh politik yang kini masih memimpin. Tetapi itu semua tidak mencapai tahap gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh politik terhadap DS Anwar.

DS Anwar digelar Pengkhianat Melayu, ejen negara asing, ejen Amerika, ejen Zionist Israel, dan yang terbaru pula adalah ejen CIA Amerika. Sebelum itu, DS Anwar juga dikaitkan dengan penyokong Komunis apabila beliau mengulas tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Setelah semua cerita liwat kini menjadi bahan jenaka orang ramai, Penasihat 20 persen dari APCO mungkin telah menasihatkan bahawa DS Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan menggunakan propaganda seperti ini. Tidak cukup dengan media tempatan, mereka menggunakan media asing yang sekutu dengan APCO untuk mencipta berbagai gelaran buat Ketua Pembangkang ini.

Inilah yang saya maksudkan dengan kehebatan DS Anwar. Meskipun kesemua gelaran itu adalah negatif, tetapi ini membuktikan betapa musuh-musuh beliau sudah kehilangan modal untuk berdepan dengannya. Tiada bukti, tiada hujah dan fakta, jauh sekali berani untuk berdebat secara terbuka, Umno hanya mampu berbuat sedemikian. Mudah-mudahan rakyat masih bodoh seperti mereka. Itulah yang mereka harapkan.

Jika pemimpin PAS dan parti mereka disebut sebagai parti ajaran sesat, pemimpin Wahabi, Pro Taliban atau Pro Revolusi Iran, maka DS Anwar juga dilakukan sedemikian rupa. Taktik propaganda Umno kini mudah kita kesan kerana cara mereka tidaklah bijak sangat.

Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

Propaganda mereka selalu terkantoi dengan mudah. Umno tuduh DAP anti Islam dan Melayu, dalam masa yang sama MCA dan Gerakan iaitu parti Komponen Bn pula menyebut DAP parti yang menyokong hudud PAS. Mana satu yang betul? Jelas mereka tidak lagi sependapat dan mereka telah mendedahkan kebodohan mereka masing-masing.

Pemuda Umno menyelar PERKASA sebagai ekstrim, Najib menegur Ketua Pemuda Umno. Sejurus itu, MCA dan MIC pula menyelar PERKASA. Ini bermaksud kata-kata Najib tidak lagi menakutkan mereka.

Timbul pula isu perpaduan Melayu dan Islam. PAS mesti bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama pemimpin kanan Umno menggelar PAS parti ajaran sesat. Mahu bersatu dengan parti ajaran sesatkah? Betapa bebalnya mereka mengatur strategi politik.

Tahniah buat DS Anwar kerana masih berdiri gagah di persada politik tanahair. Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin sepertinya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada wang dan tiada kuasa tetapi digeruni pemerintah dan kabinet najib, mahathir dan paklah

Tanpa Nama berkata...

iblis paling takut dengan orang beriman dan alim

Tanpa Nama berkata...

pemimpin negara orang tak baik memang takut dengan orang baik-baik, macam perasuah mesti tak mahu bekerja dengan orang alim nanti susah...

Tanpa Nama berkata...

keikhlasan bekerja kerana allah lebih penting dari jawatan yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah

TERIMAKASIH KPD INTERNET, PEMBOHONG SUDAH TIADA TEMPAT berkata...

Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

MEREKA CIPTA ISU DLM KEADAAN SGT TERDESAK... MCM KATA AHMAD NISFU DLM FILEM MUSANG BERJANGGUT, 'TAK JALAN JUGAK JARUM AKU'...

UMNO TIDAKLAH SEBIJAK BRITISH DLM PROPAGANDA, TAKTIK MENIPU YG SAMA JIKA SELALU DIGUNAKAN, AKAN DIKETAHUI JUGA AKHIRNYA...

CTHNYA BERGAMBAR DGN 'ORG MISKIN' DI NEGERI PAKATAN, SANGGUP DUDUK BAWAH RUMAH! (BERGAMBAR SEKALI AJE PERGI MELAWAT UTK PUBLISITI MURAHAN TAK LEH PAKAI DAH SEKARANG) KERJA BAWA LORI GAJI KECIK??? SIAPA CAKAP...

NAK TIPU RAKYAT PUN BIARLAH BERPADA-PADA...
KALU KELMARIN CKP UMNO KENA BERUBAH, HARI NI PERANGAI JD LAGI TERUK...BERUBAH APANYA... LAMA2 RAKYAT MENYAMPAH DAN MENYUMPAH...PADAN MUKA

PEMIMPIN BERMATA SATU, MEMIMPIN AHLI2 YG BUTA, ITULAH UMNO berkata...

SEBAB ITULAH ADA AHLI-AHLI YG BERKATA BAHAWA PEMIMPIN2 UMNO SEKARANG INI DI PIMPIN OLEH PEMIMPIN2 YANG BEROTAK UDANG, BERHATI BATU, PENCIPTA PELBAGAI MASALAH (KERANA TAMAK HALOBA), AKAL TAK PANJANG/PENDEK, TAK TAHU APA YG HARUS DIBUAT, MACAM TIKUS MEMBAIKI LABU, BODOH TAK BOLEH DI AJAR, CERDIK TAK BOLEH DITEGUR... KALAU BOLEH NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI...(TAK ADA JAWATAN TAK DER PROJEK MASYUKKK...

Muara berkata...

Sejak dari zaman bangkitnya reformasi dan sejak dr anwar dalam umno lagi saya begitu bangga dgn ds anwar.... rakyat mesti mendoakan ds anwar agar sentiasa berada pada landasan yang betul dan takutkan Allah...