Drs. Khalil sedang menyerahkan jadual berbuka puasa kepada salah seorang peniaga sambil berkata sesuatu yang mencuit hati.
PARIT BUNTAR, 10 Ogos :- Sambutan Ramadan pada tahun ini dikongsi bersama oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dengan beliau hadir di Pasar Tani Taman Kerian bagi mengedarkan Jadual Berbuka Puasa kepada semua pengunjung yang hadir.
Pada kesempatan tersebut beliau bersama dengan petugas dari Pejabat Ahli Parlimen dan pejabatnya telah mengedarkan sekitar 600 keping jadual berbuka yang diterbitkan khusus oleh PAS Kawasan Parit Buntar. Selain itu kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Drs. Khalil untuk beramah mesra dan bertanya khabar kepada para peniaga dan pengunjung pasar Tani tersebut.
Bertanya khabar kepada salah seorang penduduk dari Taman Desa Aman Jalan Terusan yang hadir pada Pasar Tani tersebut.
3 ulasan:
Salam YB..ada x jadual berbuka sahur dan puasa dalam bentuk pdf atau apa2 bentuk dlm soft copy..
mohon diupload jika ada...
Terima Kasih dan SALAM RAMADHAN
nanti saya usahakan
bagus YB setiap hari jelajah ke seluruh bazar ramadhan sekitar yb buat lain dr yg lain..tak ramai yb yg jenguk rakyat masa bula ramadhan ,yb UMNO lebih suka berbuka di hotel..
Catat Ulasan