12 Ogos 2010

AMK beri amaran kepada UMNO Johor

1 Ramadhan 1431 H
batuvskayu.yahoo.com

SENAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.

Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.

Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.

“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya.-sinar.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penyokong UMNO menunjukkan kebodohan mereka. Saya hanya RAKYAT BIASA pun tahu Menteri Besar mesti orang melayu & Islam. Kalau penyokong UMNO yang sanggup bersubahat dgn kain rentang tersebut, itu maknanya korang suka negeri Johor tu tergadai & rakyat termasuk mak bapak & keluarga korang susah di masa hadapan. Mungkin korang dapat ribu2 sekarang tp ingat selagi BN memerintah, BARANG NAIK HARGA, HAK KEISTEMEWAAN MELAYU DIMANSUHKAN, BIASISWA DI TUKAR KE PINJAMAN BERFAEDAH, RASUAH. Kat mana korang rasa anak cucu korang 20thn lg (2020)? setingan? Kali lima minta sedekah? Kutip brg2 lusuh?

Tanpa Nama berkata...

budak tak sekolah boleh le kelentong...ni kerja gila UMNO...he he dlm keadaan Lokmnan adam/umno pura pura hulur salam perpaduan masih terus bersikap telunjuk lurus kelingking berkait! Begitulah busuknyya perangai puak UMNO yg dah hilang budi bahasa,...dan budaya

Tanpa Nama berkata...

ya telah ada melayu kutip barang lusuh la ni....Malaysia dah berjaya !!UMNO berjaya memiskinkan rakyat marhaen..yg kaya ialah leader UMNO yg mewarisi kekayaan melalui parti kpd anak menantu...adik, ipra duai...lihatlah anak siapa bapanya PM, kini anaknya jadi Timb Menteri..berjuang untuk bangsalah tuu, lihatlah keluarga keturuunan mana kuasai UMNO sambil memperhaambakan rakyat marhaen

Tanpa Nama berkata...

propaganda mcm budak sekolah..kalau bab2 kaitan dgn sultan ini sapa lagi mesti UMNO punya ..tgk je , di Perak,kedah,selangor semua ada isu sultan..sapa lagi UMNO le...