Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan lawatan ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan dan diputar belit serta mengelirukan umat Islam dalam masalah tersebut.
19 Ramadhan 1431H.
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

5 ulasan:
KALAU YA PUN BUKAN ISLAM BOLEH MASUK MASJID, TAKKANLAH DENGAN BERPAKAIAN KETAT MACAM DALAM GAMBAR TU DAN LANGSUNG TAK ADA KELUBUNG TUTUP KEPALA TU SIKIT....TAKKAN LANGSUNG TAK BOLEH BERITAHU DIA BAHAWA ADA ADAB BILA MASUK DALAM MASJID.BARULAH ADA UNSUR DAKWAHNYA.KALAU TAK MANA DIA DAKWAHNYA HNYA SEKADAR BENARKAN DIA MASUK KEMUDIAN BERUCAP KEMUDIAN KELUAR.DIA MELAWT ATAS DASAR POLITIK, TETAPI PEJUANG ISLAM MENERIMA SEPATUTNYA ATAS DASAR POLITIK SERTA DAKWAH.MOHON MAAF KALAU SAYA SALAH DALAM HAL INI DAN MOHON DIPERBETULKAN.
Salam....
Betul tu shekih..
Sekurang kurangnya ada adab sikit,tutup kepala.
Polimik yg ada tu,Any way... ini semua ada hikmahnya. Kita belajar dari kekhilafan dan teruskan misi dakwah kita. ISLAM FOR ALL
Orang Islam sendiri pun ramai susah nak ke masjid. Adab....kadang2 orang muslim sendiri pun tak jaga adab kat masjid. Politik???? tak da masalah asal dia tak bercakap perkara yg tak sepatutnya. Dakwah??? caranya juga perlu hikmah...
9:46 terliur ke..bulan posa bang..
duk sibuk org kafir xtutup kepala buat ape? wanita UMNO xsampai suku yg tutup kepala, kalo tutup pon xprnh penuh..wanita UMNO tu semua Islam..esok kita semua akan di soal di Mahsyar kenapa xtegur wanita Islam dlm UMNO yg xtutup aurat..ni yg patut kite risau dr persoal kn ttg adab dan aurat org kafir..
Catat Ulasan