30 Ogos 2010

Resepi Puding Karamel

19 Ramadhan 1431H.
Oleh: matuse68

Bahan-bahan:

Puding:
1 tin susu pekat manis
1 tin air (sama sukatan dengan susu)
7 biji telur
secubit garam

Gula hangus:
2 sudu besar gula
1/3 cawan air

Cara menyediakan:
1. Untuk gula hangus, masakan gula bersama air dengan api sederhana biar sehingga kekuningan dan alihkan ke bekas loyang. Gula akan beku dan berkaca.
2. Panaskan periuk kukus. Bancuhkan susu pakat manis bersama air, pukul telur sehingga kembang dan campur bersama susu yang telah sebati. Masukkan adunan tersebut ke dalam bekas loyang yang berisi gula hangus.
3. Apabila periuk kukus panas, masukkan adunan tersebut untuk dikukus. Kukus dalam masa 20 minit.
4. Bila puding dah sejuk baru telangkupkan puding di atas pinggan untuk dihidang.

Tiada ulasan: