30 September 2010

PERKASA bantah 'Nah!' - bakar gambar Namewee

20 Syawal 1431 H

Perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di Kuala Lumpur, malam semalam menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Mereka dilihat tiba ke perkarangan dewan itu kira-kira jam 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta dan gambar Namawee yang dibakar. Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak jam 8 malamini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.

Namewee, sebelum itu berucap pada kira-kira 600 hadirin pada persidangan belia yang berjudul ‘Belia, mengapa anda memerlukan ‘Nah’?

‘Nah’ adalah tajuk video terbarunya yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak sesuai.

Pada jam 9.30 malam, akibat kekecohan di luar dewan itu, pihak penganjur memutuskan untuk menamatkan sesi berkenaan.

Mereka kemudiannya menasihatkan para hadirin supaya tenang dan terus balik ke rumah serta tidak bertindakbalas terhadap kumpulan itu.

Sebelum bersurai, Namewee mengambil peluang menandatangani poster dan album untuk peminatnya.

Ditanya wartawan berhubung reaksinya terhada protes anjuran PERKASA itu, Namewee berkata: “Saya tiada komen, saya bukan ahli politik. Tujuan saya ke sini adalah untuk majlis anti-perkauman.”

Soalan: Tetapi mereka datang mencari awak.

Namewee: Itu bukan masalah saya.

Mereka membakar gambar awak?

Bukan urusan saya - mereka bakar gambar saya, bukan saya.

Adakah awak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh PERKASA?

Tidak, mohon maaf bukan isu sebenarnya. Saya datang ke sini bagi membantu menyelesaikan isu perkauman.

Adakah awak takut dengan PERKASA?

Saya tidak takut. Saya percaya polis akan melindungi saya.

Namewee meninggalkan dewan berkenaan pada jam 10 malam dengan diiringi beberapa kereta peminatnya serta dua anggota polis bermotosikal.

Malaysiakini/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila otak 'perkasa'diperkosa, maka bertaburan jalang-jalang dijalanan.

Tanpa Nama berkata...

yang tu kalau hangpa nak tau, kerja orang ameno le tu.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat PERKASA tak matang, macam samseng budak budak belasan tahun. Mengapa Polis hanya mengawal dan tak tangkap demo Perkasa tu? Polis pun takut ke kat Berahim?

Tanpa Nama berkata...

NAMAWEE YG MENGHINA LAGU NEGARAKU, MENGHINA AZAN DGN MENYAMAKANNYA DGN KOKOK AYAM, MENGHINA ORNG ISLAM BERPUASA, HENDAK MENYELESAIKAN ISU PERKAUMAN? SELESAIKAN DULU MASALAH KETIDAKFAHAMAN DIA SENDIRI DULU!!

Tanpa Nama berkata...

syabas Perkasa .. kenapa tak cite anak cina mabuk dan buat huru-hara kat situ ???

SAM

anti unite malay nuts orgi berkata...

Namawee kalau dia anti perkauman tu bagusla apa yg di suarakanya betul tetapi yg x baiknya dia cerna agama islam,ini kerana di mmg x tau apakah itu islam yg sebenarnya.kalau dia cerca islam dan bencikan islam saya masih boleh terima kerana dia bukan islam tetapi terlalu celaka dan amat malang sekali apabila org yg beragama islam tetapi benci dgn islam,mempersenda nabi muhammad mempersenda hukum allah taala,mencerca pemakaian tudung dan sebagainya.apabila mereka yg beragama islam yg mengucap 2 kalimah syahdah tetapi masih mencerca hukum allah,kitabulah (alquran) maka kafirla mereka itu.sembahyang tggang tggek 5 waktu sehari semalam tetapi mentakwil hukum allah maka kufurlah mereka itu.
Kepada org2 umno yg tunai haji kemekah sembahyang 5 waktu sehari semalam berdoa mintak yg baik2 dari allah dan yg paling memalukan mintak syurga allah sedangkan kamu terang terangan menentang allah adakah kamu layak memasuki syurganya??? ambil cermin dan tilik diri sendiri sebelum menghukum org lain.Takbirr

Tanpa Nama berkata...

polis duble stadard dalam tindakannya! Takutkan UMNO! Kalau PR buat awal lagi dah sekat dan tangkap!

Tanpa Nama berkata...

emmm..berbalahlah sesama muslim disini mempertahankan namewee yang dicintai..hidup namewee...hidup namewee....

Idham Lim (林川興) berkata...

namun perlu diingatkan yang bergaduh adalah sesama pemimpin umno untuk mempertahankan perkasa, dan ada yang menolaknya. malah najib dilihat "keluk kelik" dalam hal ini sempat melarang ahli umno mendekati perkasa, dah tu menarik balik pendiriannya itu....