16 September 2010

PRU 13 sengit, pengundi mahu PR menang besar

6 Syawal 1431H.

BAGAN DATOH, 15 Sept: Pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) bakal menyaksikan pertarungan sengit selepas berlaku kebangkitan baru di kalangan pengundi yang inginkan kemenangan lebih besar Pakatan Rakyat.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menegaskan, pengalaman tumbangnya negeri di bawah PR lantaran kemenangan kecil yang boleh ditumpaskan bila tiga wakil rakyat melompat; menyemarakkan daya juang.

“Rakyat melihat perkara ini sebagai satu pengalaman pahit yang mesti ditebus semula di dalam pilihan raya depan, ujarnya, semangat ini hendaklah diterjemahkan terus dengan tindakan di petak peti undi.

“Perubahan ke arah terbaik akan dapat dilakukan dengan lebih hebat jika kita dapat memerintah negeri ini, kerana itu jangan hanya menang di Dun Rungkup sahaja tetapi kita mahu menang besar,” tegasnya.

Disebutkan beberapa contoh terbaik gandingan yang berlaku sehingga kini di antara pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak saling memahami antara satu sama lain yang menggerunkan BN.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh berucap demikian dalam Majlis Meraikan Perantau sempena Aidilfitri 1431H di markaz PAS kawasan di Selekoh, dekat sini, kelmarin.

Justeru, beliau menyeru pengundi kelahiran Bagan Datoh terutama anak muda diseru mendaftar mengundi di kawasan ini dalam usaha melipatgandakan jumlah pengundi dalam PRU 13 akan datang.

Dalam pada itu, Misbahul juga berkata, sudah sampai masanya Kempen Mengundi Balik Kampung digerakkan ke seluruh kawasan bagi memastikan hasrat mendapat kemenangan besar tercapai.

Beliau turut menyarankan penubuhan NGO seperti Ikatan Anak Perantau Bagan Datoh dan seumpamanya diperbanyakkan kerana dengan itu berbagai perkara dapat dilakukan dalam usaha gembleng minat dan semangat pengundi.

Dalam majlis sama juga, beliau melancarkan Gerakan Infak Dewan Serbaguna PAS Kawasan Bagan Datoh yang sudah dimulai dengan pembinaan cerucuk dalaman melebihi RM20 ribu.

Sehubungan itu, mereka yang berminat berbuat demikian boleh melayari http://pasbagandatoh53.blogspot.com/ dan http://misabah.blogspot.com/ untuk mendapat maklumat lanjut.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

ahmadnafiah berkata...

Saya minta YB turun la padang ke DUN Sungai manik sama rakyat disana mahukan penjelasan dari YB dan pemimpin pas atasan cuba ke CH Balai, DUN SG MANIK
walau pun dun sg manik dibawah PKR tapi PKR hidup segan mati tak mahu disana

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat perlu menang besar dan buat perubahan besar, bukan meneruskan penyelewengan dan penipuan BN

Tanpa Nama berkata...

kalau menang untuk meneruskan dasar dan ketidak adilan seperti UMNO suatu perkara yang tidak wajar

JANGAN UNDI POLITIKUS BODOH/SELFISH berkata...

Syukur Alhamdulillah, Umno dan Perkasa sudah bergaduh sesama mereka...semuanya kerana UNDI BUKAN MELAYU.

Ibrahim Ali bercakap mcm org mabuk, sekali kata untuk Perjuang Hak Melayu, lepas tu nak tubuh parti dan bergabung dgn Parti Bukan Melayu...ni apa benda ckp mcm org hilang akal ni.

Orang politik yg opportunistik (suka ambil kesempatan) mcm Ibrahim Ali ini berpolitik bukan untuk kesenangan rakyat, tetapi hanya untuk kesenangan diri sendiri.

Semoga Allah menjadikan Umno dan Perkasa bergaduh dan berperang sesama mereka & akhirnya yg MENANG JADI ABU, YG KALAH JADI ARANG.

Tanpa Nama berkata...

PR memerintah Perak dulu saya nampak kesan baik di kampung saya.Yang susah dan terdesak mamang dibantu,tetapi belum sempat nak buat yang terbaik lagi sudah tukar kerajaan.Baru BN nampak apa yang rakyat nak.Bagi diri saya,biar apa yang BN nak kata,yang penting niat pemimpin PR tu,walaupun orang tak nampak jasa tapi TUHAN nampak.