6 Syawal 1431H.
KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyatakan sokongan dan taat setia terhadap pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa Isnin lalu.
Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa, berkata pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ismail Petra yang sedang gering itu adalah mengikut perundangan negeri dan sah.
"Parti PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dan (kami) patik-patik sekalian mengharapkan pelantikan ini memberi satu ruang baru untuk memajukan terus negeri Kelantan yang telah diurus tadbir lebih 20 tahun oleh kerajaan PAS dan sokongan parti tidak berbelah bahagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Nasaruddin berkata, pemasyhuran oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bertepatan dengan Artikel 6, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan yang memberi kuasa pada Majlis Perajaan Negeri (MPN) berbuat demikian.
Beliau berkata, Artikel 6 menyatakan bahawa tidak ada sesiapa boleh dilantik dan disahkan menjadi Sultan Kelantan melainkan pengesahan dan pelantikan tersebut dibuat oleh MPN.
Sehubungan itu, Nasaruddin yang juga ahli Parlimen Bachok dan mewakili beberapa anggota Parlimen negeri Kelantan yang turut menyatakan sokongan itu mengajak rakyat Kelantan turut memberikan taat setia serta sokongan padu terhadap pemasyhuran tersebut.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata pemerintahan di bawah Tuanku Muhammad Faris Petra, seorang raja berjiwa rakyat dan menunjukkan kecenderungan kepada agama Islam itu diyakini akan terus membawa kemajuan serta kemakmuran kepada negeri Kelantan.
Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, dengan pemasyhuran itu, kemelut yang melanda Istana Kelantan dianggap sudah selesai.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata semua pihak termasuk PAS tidak berhak menyentuh atau membuat spekulasi dalam soal pemasyhuran seorang Sultan kerana ia adalah hak eksklusif istana serta urusan MPN.
Semalam, seorang ahli MPN Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata, majlis pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. - Bernama

1 ulasan:
Allah huakbar Daulat tuanku.
Baginda adalah satu2nya anak raja dan sekarang sultan kelantan yg memiliki ilmi agama yg mantap dan menjadikan islam sebagai panduan hidup baginda inilah berkat negeri yg di tadbir oleh para ulama yg menjadikan islam sebagai panduan.Baginda adalah satunya sultan di negara kita yg mampu menjadi imam solat serta membaca khutbah.dan saya amat berbangga kerana Kelantan memiliki sultan yg berakhlak mulia juga menteri besar juga seorang ulamak.Allah Huakbar Daulat tuanku semoga roh islam akan terus bersinar dan semakin gemerlap cahayanya.insyallah amin!!
Catat Ulasan