1 ZulQaidah 1431H.
Mohd Hafez Sabri
IPOH, 8 Oktober, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain hari ini mempersoalkan benarkah dakwaan bahawasanya Umno sebagai pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia ini?
Beliau menjelaskan, jika dilihat kepada realiti yang dihadapi bahasa ibunda selama berada di bawah pemerintahan umno serta hasil dari keluh-kesah dan rintihan para pejuang bahasa sejak berdekad lalu, ianya menggambarkan kepada kita bahawa Umno ialah sebuah parti yang tidak mempedulikan nasib bahasa Melayu.
“ Buktinya kita melihat peristiwa demi peristiwa protes dan kecaman keras pejuang bahasa sering bersambungan sejak sekian lama. Demonstrasi Keranda 152 tanggal 3 Mac 1967 adalah contoh klasik protes rakyat terhadap sikap tidak bertanggungjawab Umno dalam isu bahasa.”
“ Para pejuang bahasa berarak ke kediaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan bantahan kepada Majlis Tertinggi Umno yang bersidang pada hari itu. Mereka mendesak Umno mempertahankan bahasa Melayu, ekoran perbahasan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 di Parlimen.”
“ Bagaimana pun peristiwa bersejarah itu nyata tidak mengubah sikap liberal Umno terhadap isu bahasa. Penodaan Dasar Bahasa Kebangsaan masih berterusan hingga kini, terutama oleh pemimpin Umno sendiri,” tegas beliau
Selain itu beliau juga menegaskan rakyat sudah tentu masih mengingati bagaimana pemimpin kerajaan menghina pendirian pejuang bahasa dengan memperkenalkan beberapa istilah yang amat dipertikaikan. Antaranya, tema Hari Kebangsaan ‘Budaya Penentu Kecapaian’ yang dipertikaikan tata bahasanya, tagline ‘Saluran Infotainmen Anda’ untuk RTM, istilah ‘boulevard’ dan ‘presint’ di Putrajaya yang sepatutnya memanfaatkan istilah bahasa Melayu.
Selain itu pengenalan dasar pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris (BI) dan mencabar kedaulatan bahasa Melayu, seperti dasar PPSMI, cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM, bahasa pengantar Bahasa Inggeris di universiti dan banyak lagi.
Bagi saya Umno kini tidak dapat lagi menipu rakyat dengan menggambarkan bahawa mereka adalah pembela bahasa melayu hal ini kerana rakyat Malaysia mengetahui rentetan sejarah pengkhianatan umno terhadap bahasa melayu, bagi saya jika dibiarkan umno terus berkuasa berkemungkinan besar bahasa melayu sudah tidak dapat dimartabatkan lagi di bumi Malaysia ini, tegas beliau.

8 ulasan:
Macam mana nak daulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kalau cina dan india tak mahu ikut.Harap Undang-undang saja tak jadi. Salahkan kerajaan UMNO saja tak patut. Tengoklah negeri yang dikuasai pakatan, dok macam tu juga. Perubahan yang dijanjikan tak berani nak dilaksana. Takut ke atau tak mau cari masalah?
Salam buat pemilik blog ini..mohon tumpang promosi..
Dengan modal RM 287, miliki 41,800 Dinar Iraq - anda akan menebus kerugian lama anda yang bernilai RM 146,300.00 (Satu Ratus Empat Puluh Ribu..) !!
umno adalah perosak bangsa melayu...apabila semua kekuatan melayu dirosakkan seperti bahasa,agama..akan bercantumla dengan singapura..maka akn lahir perdana menteri bukan dari org beragama islam...itu lah perancangan pemimpin umno..
YB! Teman keliru tang Bahasa Kebangsaan tu. Bahasa Melayu ker Bahasa Malaysia?
Di Malaysia masa kini pemimpinnya melayu. Tetapi rakyatnya sendiri orang melayu berdemo mendesak kerajaan mendaulatkan bahasa melayu ? haru biru kita di buatnya.
Di Malaysia masa kini teraju kemimpinnya diketua orang melayu. Tetapi rakyatnya sendiri bangsa melayu mendesak kerajaan mendaulatkan bahasa melayu... haru biru dibuatnya
Kasturi nampaknya sangat cetek fakta, kalau tak faham tak payah bagi komen, baca sahaja sudahlah. Masalahnya sekarang kerajaan umno sendiri tidak bersungguh untuk mendaulatkan bahasa melayu, terutam bekas perdana menteri kamu - mahathir kutty muhamad, hinggakan terikut-ikut dengan cara asing dengan menamakan jalan di putra jaya 'persint', adakah ini bahasa ibunda kita? (contoh yang mudah)
Bagai mana UMNO nak daulatkan bahasa melayu akronimnya pun dihurai dalam bahasa penjajah yakni" United Malay National Organisation"; bahasa siapa tu, macam bahasa inggeris je tu. Mungkin masa nama tu di zahirkan mereka sekongkol dengan bangsa tu....boleh rujuk kembali pada sejarah.!
Catat Ulasan