28 Oktober 2010

DEBAT DAP - MCA: RAKYAT PERLU MENILAI

19 Zulkaedah 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan dan menyokong satu pentas debat yang akan diadakan pada 1 November ini di antara Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Exco Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) Negeri Perak bersama Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak yang bakal diadakan di Taiping.

Pertamanya, DPPN Pk ingin menegaskan bahawa Datuk Ngeh adalah wakil pimpinan PR Perak di dalam perdebatan tersebut dan sudah tentunya Datuk Mah juga sepatutnya mewakili BN Perak di dalam perdebatan yang sama.

Tindakan BN untuk tidak mengiktiraf Datuk Mah sebagai mewakili BN Perak adalah pelik, menunjukkan ketidakpercayaan dan memalukan beliau sebagai pimpinan komponen BN mewakili masyarakat Cina dan sebagai Exco Kerajaan Negeri BN Perak yang terlibat secara langsung dalam menentukan semua polisi dan keputusan kerajaan negeri BN Perak.

Yang keduanya, difahamkan bahawa perdebatan tersebut akan diadakan dalam bahasa Cina atas permintaan Datuk Mah dan bukannya dalam bahasa kebangsaan kita atau bahawa Melayu. Perkara ini amat menyedihkan kerana ianya datang dari pemimpin yang memperjuangkan slogan satu Malaysia yang sepatutnya menerima bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu menjadi bahasa utama.

Penggunaan bahasa Melayu adalah penting kerana kedua-dua pimpinan tersebut adalah pemimpin di peringkat pemerintahan negeri dan isu yang ingin dibincangkan juga ialah isu yang melibatkan kepentingan semua rakyat negeri Perak dan bukannya isu berkaitan kaum cina semata-mata. Oleh yang demikian, DPPN Pk merasakan rakyat Perak seluruhnya, tanpa mengira kaum, perlu mengetahui kandungan perdebatan tersebut dan seterusnya menilai setiap apa yang akan diperkatakan.

DPPN Pk merasakan rakyat akan membuat pernilaian disetiap persoalan yang telah diperkatakan selama ini. Sudah tentu bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti, akan menjadikan perdebatan sihat ini sebagai kayu ukur bagi menentukan pemerintahan yang akan datang. DPPN Pk juga mengalu-alukan usaha semua pihak menganjurkan perdebatan seumpama ini bagi merungkai setiap permasalahan rakyat selama ini.

1 ulasan:

Melayu Kena Sokmo berkata...

Dahulu Lim Guan Eng dan Koh Tsu Khoon, sekarang Mah Hang Soon dan Ngeh Koo Ham. Aku memang "solute" kat orang Cina ni. Kalau buat sesuatu mereka buat bersungguh-sungguh, walaupun di dalam bidang politik. Melayu macam mana? Terutama Melayu UMNO? Telor kena kasi ke? Atau seperti seekor haiwan tu, simpan ekor celah ponggong dan lari menundukkan kepala. Tapi kalau projek percuma diberi atas dasar bumiputera, merekalah akan ke hadapan, walaupun bermodalkan gigi dan gusi aje, cuma perlu nombor ahli parti aje..... dan selebihnya guna nama bos (ADUN) mereka... Ooops! Satu lagi, jika berhujah di kedai kopi atau warung, memang orang Melayu No.1. Hai.... Apa nak jadi kaum aku ni tak tau la.....