06 Zulkaedah 1431 H
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya.
Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini.
Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini.
Menurut mereka, tindakan tidak membenarkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden atas dasar pencalonannya tidak mencukupi iaitu hanya satu (sekurang-kurangnya dua pencalonan diperlukan) menimbulkan tandatanya kerana beberapa cabang pula mengaku membuat pencalonan untuk beliau.
Nama Nurul Izzah sebagai timbalan presiden naik memuncak apabila salah seorang calon utama jawatan itu, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan beliau sedia menimbangkan untuk mengundur diri dari bertanding jawatan itu kalau Nurul Izzah sedia bertanding.
Namun, menurut laporan media, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan sahaja selepas tarikh pencalonan ditutup 10 Oktober lalu. Oleh itu, dia tidak layak bertanding jawatan itu.
"Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau JPP adalah tidak wajar dan kami kecewa," kata Steven Epay A/K Ganing, Ketua Cabang PKR Selangau, Sabah.
Bagi beliau, sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya.
"Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.
"Kami hanya mahu parti menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Pendapat beliau disokong oleh rakannya Lokman b. Uri, Ketua Cabang Semporna juga dari Sabah.
Bagi beliau, pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan.
"Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?" soal beliau.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya dalam kenyataanya kepada Harakahdaily.
Calon naib presiden PKR, Jonson Chong juga menyokong kenyataan mereka berdua. Bagi beliau isu pencalonan Nurul Izzah menjadi isu yang hangat diperbincangkan di kalangan ahli parti itu.
Menurutnya, mana-mana ahli yang menyertai parti itu lebih satu tahun sepatutnya dibenarkan untuk bertanding dan mengundia.
"Sepatutnya, pencalonan setiap cabang tidak digagalkan oleh mana-mana masalah pentadbiran," katanya.
Beliau juga mempertikaikan kedudukan JPP, adakah badan ini benar-benar bebas atau masih dikawal oleh pejabat Setiausaha Agung PKR.
"Siapa lebih berkuasa, JPP atau Setiausaha Agung (dalam hal pemilihan parti)," tanya Jonson Chong, bekas Ketua Perhubungan Awam PKR.
Anggota Parlimen Klang, Manikavasagam Sundaram yang juga calon naib presiden juga bimbang isu ini merosakkan nama baik PKR dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini.
Beliau mencadangkan agar tarikh tutup pencalonan ini dilanjutkan kepada 16 Oktober ini untuk memberikan keadilan kepada semua.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan