06 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad
Sekumpulan kira-kira 20 aktivis pelajar berhimpun di perkarangan bangunan yang menempatkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai membantah konsert Adam Lambert esok.
Mereka berkumpul kira-kira jam 2.45 petang, diikuti dengan ucapan oleh presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan Mohd Hassan; setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seorang lagi pemimpin GAMIS, Mohd Izzuddin Hilmi.
Kumpulan tersebut turut membawa kain rentang yang anti-gay dan membantah konsert tersebut.
Selepas 15 minit berucap, mereka dinasihatkan supaya beredar oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.
Selepas itu, mereka naik ke pejabat Puspal di tingkat 30 bangunan tersebut untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pengerusinya, Ramlah Amir.
Dalam memorandum tersebut, mereka menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian mengenai penganjuran konsert Adam Lambert.
Mereka juga melahirkan rasa bimbang terhadap budaya hedonisme yang didakwa semakin disuburkan di negara ini.
Mereka kesal dengan kerajaan yang didakwa bersikap sambil lewa serta dengan kementerian yang terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.
"Kami memperoalkan tentang kelulusan konsert ini, sedangkan sudah terdapat kod etika untuk menganjuran artis luar negara.
"Yang jelas artis (Adam Lambert) tidak layak untuk mengadakan persembahan (di negara ini)," kata memorandum dari GAMIS itu.
Menurut, Adam lambert adalah artis remaja Amerika yang menjadi ikon budaya gay pada masakini.
"Ini dibuktikan dengan adegan mencium lelaki di atas pentas. Dia sendiri cium lelaki, adegan lucah ini semestinya ditolak oleh warga Malaysia kerana sudah tentu meyalahi etika dan budaya timur kita," tambah memorandum itu lagi.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan