16 Oktober 2010

Pengalaman Menyaksikan Kemalangan di Jalan Cameron - Gua Musang

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: B. KUMARATHEVAN

GUA MUSANG: Jarak di antara Gua Musang (GM), Kelantan ke Cameron Highlands (CH) di Pahang adalah lebih kurang seratus kilometer sahaja. Perjalanan yang akan mengambil masa kira-kira 1 ½ jam di atas jalan itu adalah menyeronokkan terutamanya pada siang hari.

Walaupun terdapat beberapa kejadian tanah runtuh di sana sini, pemandangan di kedua-dua belah jalan berkenaan termasuk kehijauan alam semulajadi, hawa yang agak dingin dan juga penempatan Orang Asliadalah sesuatu yang amat menarik.

Ia juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja merasai nilai pelancongan di kawasan pedalaman atau “eco-tourism”.

Pada masa kini, ramai pengguna jalan raya termasuk para pelancong dari dalam dan luar negara kerap menggunakan jalan berkenaan kerana ia adalah jalan singkat yang menghubung GM dan CH serta satu-satunya jalan terdekat untuk ke Lebuhraya UtaraSelatan melalui Simpang Pulai.

Malangnya, perjalanan pada waktu malam agak berbahaya, malah ia juga mungkin menjadisatu pengalaman yang mengerikan kepada sesiapa sahaja khususnya kepada mereka yang tidak ada pengalaman menggunakan laluan ini.

Ini kerana sepanjang jalan tersebut agak gelap gelita dan memandu pada waktu malam adalah agak berisiko tinggi.

Beberapa hari yang lalu, kira-kira pukul7.30 malam, saya dan keluarga saya sedang dalam perjalanan ke GM dari CH. Kira-kira 45 minit kemudian, kami terkejut melihat sebuah motosikal dari arah bertentangan tergelincir lalu terhumban di atas jalan tersebut.

Saya dengan segera bergegas untuk membantupenunggang motosikal tersebut. Lelaki yangberusia dalam lingkungan 40an itu mengeluh dalam kesakitan bahawa dia terlanggar batu di atas jalan itu dan gagal mengawal motosikalnya.

Saya cuba mendapatkan bantuan daripada duakenderaan lain yang lalu ketika itu malangnya mereka enggan berhenti. Kemudian saya dengan segera menarik lelaki berkenaan ke tepi jalan.

Sebelum saya dapat menarik motosikalnya yangberada di tengah jalan, sebuah trak yang laju merempuh motosikal berkenaan dan terus menghilangkan diri dalam kegelapan malam.

Nasib baiklah kami selamat dalan kejadian berkenaan. Beberapa minit kemudian, dua penunggang motosikal turut menghulurkan bantuan.

Walaupun jalan tersebut terlalu gelap untuk berhenti, tetapi kita rasa serba salah untuk membiarkan penunggang yangtercedera teruk itu di atas jalan raya walaupun pada masa itu kereta saya juga penuh dengan seisi keluarga.

Bayangkanlah apa yang mungkin terjadi sekiranya tidak ada orang yang melihat penunggang itu tersungkur dan berada di tengah-tengah jalan yang gelap gelita itu.

Ini bukanlah kali pertama, kami melihat kejadian sebegini di jalan berkenaan. Banyak kemalangan pernah berlaku di atas jalan tersebut selain kejadian tanah runtuh di beberapa tempat sepanjang jalan itu.

Saya menggesa pihak kerajaan untuk mengambiltindakan segera mengatasi masalah tersebut dengan memasang lampu jalan sepanjang GMke CH serta jalan GM ke Kuala Lipis, Pahang yang turut gelap untuk keselamatan para pengguna jalan berkenaan.

Pihak berkuasa juga harus membina lorong kecemasan serta memasang pondok telefon SOS yang boleh digunakan pada waktu kecemasan di jalan berkenaan bagi kemudahan orangramai meminta bantuan.

Saya juga rasa ini adalah waktu yang paling baik untuk menggesa kerajaan bertindak cepat lebih-lebih lagi ketika kawasan berkenaan berhadapan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas pada 4 November akan datang.

Sebagai pengguna jalan raya, saya berharap kerajaan akan mengambil kira akan keselamatan para pengguna dan memberi perhatian kepada kejadian-kejadian seumpama ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB, Orang ramai takut nak berhenti sebab takut dengan penjenayah. Taktik minta tolong. Tahap keselamatan di negara sendiri rendah, yang tinggi kadar jenayah, kes bunuh.

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya kalau negara dipimpin oleh orang islam yg menyimpang dari ajaran lslam.