09 November 2010

Adun Titi Serong bantu pesakit kanser

PARIT BUNTAR, 9 November – Hari ini ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim telah dikunjungi oleh seorang pesakit yang menderita penyakit kronik. Tan Lee Hong yang menderita penyakit kanser hampir 4 tahun telah hadir ke pejabat Yang Berhormat Adun untuk memohon sumbangan derma bagi meringankan beban yang ditanggungnya sekarang terutama untuk menampung kos kemoterapi dan belanja ubatan.

Ketika sesi temubual bersama Yang Berhormat di pejabatnya hari ini, En. Tan telah memaklumkan bahawa beliau telah menderita penyakit kanser ini sejak dari tahun 2007 lagi dan kali terakhir beliau menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Besar Pulau Pinang adalah pada tahun 2008 yang lalu.

Selepas 2 tahun rawatan kemoterapi itu dijalankan keatasnya simpton penyakit kronik itu kini menyerang organ hatinya pula dan telah disahkan bahawa beliau kini mengidap kanser dibahagian hati. Ibarat, 'sudah jatuh ditimpa tangga’, begitulah nasib yang menimpa Encik Tan Lee Hong, 49 tahun yang kini sudah tidak lagi mampu untuk bekerja kerana masalah kesihatannya yang semakin teruk.


Foto 1 - Sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh YB Drs. Khalil Idham Lim di Pejabat DUN Titi Serong kepada Encik Tan Lee Hong (tengah). Bersama beliau ialah Pembantu Khas kepada YB, Encik Ahmad Tajuddin bin Khawari (kanan).

Ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu, Encik Tan menyatakan bahawa beliau sangat berterima kasih diatas sifat murah hati Yang Berhormat Adun kerana membantu beliau disaat beliau sangat memerlukan ehsan serta bantuan lebih-lebih lagi kini beliau sering tidak sihat dan hilang pekerjaan. (alb-media)

1 ulasan:

anak komando rej 1 berkata...

BAGI SESIAPA YG MENGHADAPI MASALAH KANSER ATAU APA SAHAJA PENYAKIT YG PERLUKAN RAWATAN HUBUNGI PAK ABU DI BUKIT PAYONG KUALA TRENGGANU. INSYAALLAH BELIAU ADA UBAT2 MCM KITA MKN DIHOSPITAL ATAU FARMASI. PAK ABU 0139191146