09 November 2010

“TEPUNG TAWAR”, KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MELAYU.

2 Zulhijjah 1431H
Drs. Khalil Idham Lim.

Upacara tepung tawar, merupakan suatu amalan budaya melayu, ianya tiada seberang nas yang menunjukkan Islam menganjurkannya, Nabi saw langsung tidak pernah melakukannya, apatah lagi para sahabat.

Baru-baru ini kita dapat lihat beberapa gambar yang disiarkan di internet, jelas menunjukkan bahawa pemimpin tertinggi BN Perak turut serta dalam upacara yang tidak diketahui nasnya dalam syarak, upacara yang boleh diketegorikan termasuk dalam amalan khurafat dalam masyarakat Melayu, ia sama seperti mana yang kita tonton dalam drama melayu yang berketegori drama seram, ada memaparkan adegan seram dan pemujaan yang tiada dalam amalan Islam.

Namun, bagi masyarakat Melayu, ianya merupakan suatu upacara yang mempunyai tujuan tujuan yang baik, dengan pengharapan yang tinggi kepada yang berkuasa, doa dirafa’kan dalam upacara tersebut dan seterusnya di aminkan beramai-ramai.

Persoalan yang kita perlu dan sewajibnya tercetus dalam hati kita, adakah amalan ini mengikut lunas syarak, masakan Islam itu menghalang kita dari menganjurkan majlis yang mempunyai tujuan yang murni, akan tetapi di dalam Islam, ada syarak (cara) yang menjadikan amalan kita itu sahih serta boleh menjana pahala.

Mengenai “tepung tawar”, ia adalah berasal dari kata “ditampung tangan untuk menerima penawar (ubat),” upacara ini dipercayai ada unsur falsafah yang karut, di antara cara-cara menepung tawar yang sempat di baca, bahawa Orang yang hendak ditepung tawari mula-mula menerima ataupun mengambil sedikit (sejumput) beras putih, beras kuning, bertih dan bunga rampai, lalu menaburkannya ke atas ribaan atau keliling badan orang yang ditepung tawari, kadang-kadang disertai dengan ucapan ‘selamat’, “murah rezeki”’ “sehat”’ dan sebagainya.

Kelihatan seperti tiada unsur syarak yang meletakkan bahawa Allah swt sebagai tempat berharap yang utama.

Anjuran majlis tertentu seperti majlis tahlil, bacaan yasin beramai-ramai kita boleh katakan ianya berstatus ibadah kerana bersandarkan kepada nas walaupun ada pendapat mengatakan tidak.

فذكر إن الذكرى تنفع المؤمنين ( الذاريات : 55 )

“Maka ingatlah karena peringatan dapat memberikan manfaat kepada orang-orang yang beriman”.

Cuba tanya kepada masyarakat Bandar yang sering ke surau dan masjid mengenai aktiviti tepung tawar tersebut, saya yakin dan percaya, ramai yang akan mengatakan bahawa upacara sebegitu adalah amalan khurafat dan diada-adakan dalam masyarakat melayu, bahkan ada yang mengatakan bahawa ianya adalah amalan agama hindu.

Mufti Perak diseru memainkan peranan untuk mendorong Jawatankuasa Fatwa bersidang dengan segera supaya mengeluarkan fatwa mengenai tepung tawar ini .

4 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Masyarakat kita sekarang banyak tertukar antara adat dan adab...

Sang Guna berkata...

Salam Bro Drs Khalil,
Budaya nenek moyang yg bro warisi tak sama ke dgn budaya tepung tawar ni?, cara dan adat nenek moyang bro seperti minum teh cina, tahun baru cina tu semua clear ke dari segala unsur khurafat?.Waktu Dr Zamry buat upacara tepung tawar tu Bro ada ke kat sana? Bro ada dengar ke dia seru mana Sinuman ke sang hanuman ke atau mana jembalang.
tak yah la bro, klu benar teguran bro demi utk mengelakkan kekeliruan dlm Islam maka bro harus jugak menegur kawan bro yg menghadiri upacara lilin, pg buat angguk2 kat org mati, klu semua tu bro tegur maka barulah kita semua boleh paham apa niat sebenar bro.
Klu takde skrg ni niat bro cuma nampak hanya utk politik semata2 bukan hanya utk ummah.
Thanks bro.
salam.

Tanpa Nama berkata...

"TEPUNG TAWAR ADALAH KURAFAT"
hendaklah engkau menyanggahnya sedaya upaya yakni semampu mungkin(tepung tawar)....tidak perlu engkau menurutinya selepas engkau jelas mengenai pendirian agama ini....di dalam daerah itu ada bahagian yang menjadi hak engkau untuk menentukannya...Aqidah islam itu bersih..ia penentu antara syurga dan neraka...tidak ada gunanya engkau bersolat selagi mana aqidah mu menyeleweng...tidakkah engkau mengetahui berapa ramai sahabah Rasulullah SAW yg terpaksa berdepan dgn ibu bapa mereka hanya semata2 mempertahankan aqidah ini?jika engkau hanya mahu menuruti kehendak mereka bagaimana engkau akan mampu membimbing rumah tangga yang hendak engkau bina?istiqamah dan tetap lah dgn pendirian agama ya akhi sekali pun engkau hanya berkeseorangan dan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat mahal...engkau akan mengecapi kemanisan darinya kelak..percayalah janji Allah SWT kepada org2 yg sentiasa bersih dalam aqidahnya....tidakkah engkau suka akan syurga yang tidak ada tolok bandingnya jika hendak dibandingkan dgn bakal isterimu?jgn suka mengalah terhadap mereka yg jahil dan mengikut nafsu mereka...jangan sesekali engkau takutkan mereka...perlu engkau igt,engkau juga mempunyai hak dalam urusan ini..kemukakan hak mu itu dengan lantang yakni hukum tepung tawar ini...tidakkah engkau mahu memunyai pahala menyampaikan dakwah dan pahala daripada mereka yg berubah kepada islam yg benar kerana perkataan mu?jika mereka tidak menerima dakwah mu sekalipun engkau tetap akan menerima pahala dakwah yg lebih jauh berharga dari persandinganmu...jgn hanya kerana mahukan kegembiraan yang sedikit lalu engkau menjual ilmumu atau jauh dari itu engkau menjual agama Allah ini...Wasalam...

Tanpa Nama berkata...

Tidak kira dari latar belakang budaya mana sekali pun seseorang muslim itu berasal, mana-mana acara yang bertentangan dengan Islam adalah dilarang samasekali dilakukan. anda mengatakan nenek moyang sdr khalil seperti minum teh cina, tahun baru cina tu semua clear ke dari segala unsur khurafat? Apakah buktinya anda mengatakan sdr khalil terlibat dalam upacara sedemikian? Adakah minum teh merupakan hanya satu upacara memeriahkan sambutan yang tiada kena mengena dengan Qadar dan Qada?