04 Zulhijjah 1431 H
KOTA BHARU, 10 Nov: Usaha bertahun-tahun dilakukan pendakwah bagi menyebarkan syiar Islam kepada penduduk Orang Asal di pedalaman Gua Musang dirosakkan pihak tertentu ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.
Pihak terbabit telah menganjur persembahan hiburan secara tidak sihat di penempatan terbabit sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, usaha memberi kesedaran Islam telah lama dilakukan Jakim, mualim dari Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan sukarelawan dari Abim Outrech punah dalam sekelip mata.
“Program hiburan yang dianjurkan mereka telah merosakkan usaha dakwah dilakukan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan,” katanya menjawab soalan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.
Isu kempen pilihan raya Dun Galas membabitkan masyarakat Orang Asal dibangkitkan pada persidangan Dun Kelantan sejak kelmarin.
Semalam perkara serupa ditimbulkan anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood apabila memberitahu kegiatan tidak bermoral dilakukan pihak tertentu di penempatan Orang Asal termasuk menganjurkan disko dan persembahan hiburan.
Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Mohd Amar berkata, Maik telah menghantar mualim di penempatan Orang Asal sejak dua tahun lepas.
“Bermula Januari hingga Oktober mualim terbabit tinggal di penempatan Orang Asal bagi mengajar Orang Asli yang menganut Islam.
“Pendakwah tinggal bersama mereka bagi mengelakkan ada Orang Asal yang beberapa kali menganut Islam kerana mahu mendapat saguhati,” ujarnya.
Menurutnya biar pun Jakim juga menghantar tenaga pendakwah namun mereka tidak tinggal bersama masyarakat Orang Asli dan hanya masuk ke penempatan Orang Asal sekali sekala.
Beliau juga berkata tumpuan dakwah di penempatan Orang Asal menjadi fokus utama kerajaan negeri tahun ini.
“Tahun lepas kita mengambil 12 pelajar Orang Asli belajar di sekolah agama, malangnya sekarang cuma tinggal dua orang sahaja kerana pelajar yang pulang ke penempatan mereka tidak datang semula,” ujarnya.
Harakahdaily/-

1 ulasan:
umno hanya pandai membuat kerosakkan dimuka bumi, ambil lah iktibar dari peristiwa tsunami, keruntuhan highland tower, dan bukit antarabangsa. Lagi lama umno/bn berkuasa, lagi banyak kemudaratan berlaku. Insaflah wahai manusia yang melakukan kedurjanaan.
Catat Ulasan