12 November 2010

PESURUHJAYA PAS PERAK : ISTIQAMAHLAH, KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEMENANGAN.

04 Zulhijjah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

IPOH, 11 November – Pesuruhjaya PAS Perak hari ini mengingatkan kepada seluruh ahli PAS di setiap peringkat supaya terus tetap dan sabar dalam membawa perjuangan Islam untuk sampai kepada masyarakat.

Beliau mengingatkan agar penggerak-penggerak parti supaya terus istiqamah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan kerana sudah menjadi sunnatullah atau adat perjuangan, pastinya mereka akan diuji sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,

maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(Al Ankabut : 2-3)

Beliau juga menambah, istiqamah merupakan suatu perkara yang mudah untuk dikatakan akan tetapi, pelaksanaannya amat sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Istiqamah merupakan perkara yang amat berat sehingga tumbuh uban Rasulullah ketika mana turunnya ayat yang menyuruh untuk istiqamah.

Mengulas lanjut, beliau menambah, PAS merupakan parti yang amat komited di dalam memperjuangkan Islam sejak dari zaman kemerdekaan lagi. “Kita tidak pernah berundur daripada medan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini kerana kita komited dengan perjuangan suci ini,” tegas beliau menjelaskan kewujudan PAS di muka bumi Malaysia.

“Maka tidak harus kita berundur sekarang kerana kita yakin kemenangan sudah semakin hampir dengan kita,” jelas beliau lagi mengajak seluruh ahli supaya terus tetap berada di jalan perjuangan dan seterusnya mengatakan bahawa untungnya menjadi pejuang Islam adalah kerana dihujungnya, pasti akan mencapai kemenangan samada kemenangan di dunia ataupun mendapat syahid sambil membacakan ayat ke-23 surah al-Ahzab yang bermaksud

Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka. (Al-Ahzab: 23)

Seterusnya, beliau menambah, UMNO kini sudah tua untuk memerintah Malaysia. Malaysia memerlukan pembaharuan untuk membawa masyarakat kini dan beliau menyeru agar penggerak-penggerak parti untuk bekerja dengan untuk lebih kuat.

“Dengan izin Allah dan kesungguhan kita bergerak kerja, UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi sejarah pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti,” tegas beliau.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Semoga kita berjaya tetapi masalah yg melanda sahabat kita PKR sekarang mmg memberi kesan kepada keyakinan melayu atas pagar. Saya berharap pihak Pas Perak perlu monitor kawasan-kawasan penting sekarang dan tolong bisik-bisik dgn DAP Perak supaya lebih berhemah untuk menjayakan gerakan. Jgn terlalu laju dan membangkitkan isu bodoh yg boleh difitnahkan oleh umno. Wujudkan pasukan khas untuk mencari maklumat dan strategi. Calon perlu diperkenalkan dan terlibat dalam kerja masyarakat segera.

Awanama berkata...

Berhenti Mengharap... kalau di Kelantan pun tak boleh menang...nak menang di Perak...lepas tu jadi kuda DAP... boleh jalan daa