05 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersikap tegas terhadap laporan akhbar yang berbau hasutan.
Kit Siang sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia semalam yang disifatkannya boleh menimbulkan rasa tidak senang di antara kaum di Malaysia.
Laporan bertajuk "Syor 13 Mei hari perpaduan" dalam akhbar itu katanya hanya mewujudkan kebencian antara kaum.
"Semalam Utusan Malaysia ada mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan 13 Mei satu tarikh keramat dan perlu disambut meskipun ianya satu hari hitam dalam sejarah Malaysia di mana nyawa semua kaum terkorban.
"Bukankah ini merupakan satu hasutan dan sangat berbahaya? Apa pandangan Menteri dan adakah ianya satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh jawatankuasa sensitiviti kerana Utusan Malaysia dianggap sebagai lidah rasmi Umno.
"Adakah ini pendirian Umno dan Barisan Nasional dan bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini," kata beliau.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN-Masjid Tanah) tidak menjawab soalan itu kerana menganggap ianya tidak berkaitan dengan kementerian itu.
"Saya nak ingatkan kalau soalan itu bertentangan dengan peraturan mesyuarat 23(1) andaian, spekulasi mengenai soalan ditanya, pendapat seorang Menteri yang ada hubungan dengan politik,saya rasa tak payah jawablah," kata Pandikar.
Sementara itu, Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat) meminta kementerian menjelaskan mengenai cadangan kerajaan mewujudkan Majlis Media Malaysia (MMC) yang dibatalkan kerana dibantah oleh pengamal media.
"Dahulu ada ura-ura untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) tetapi dibantah oleh wartawan khususnya Persatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan ianya dibatalkan.
"Adakah kerajaan bercadang mewujudkan MMC dengan syarat memasukkan akta penerbitan dan percetakan akhbar Malaysia dan beroperasi dengan bebas,dikawal sendiri oleh pengawal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media," soalnya.
Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, kerajaan sedang mengkaji akta mesin cetak dan penerbitan 1984 sebelum menubuhkannya.
"Malaysia bercadang untuk mewujudkan MMC dan kementerian sedang meneliti akta mesin cetak dan penerbitan 1984. Kita akan melihat yang terbaik," katanya.
Harakahdaily/-

1 ulasan:
pemimpin2 PR terutama PAS harus contohi kit siang...silap la kalau media sabotaj dia, terus nak saman...baru ada akai media ni...pemimpin2 PAS selama ni terlalu bertahan...dah sampai masa kita menyerang...conthnya baru2 ni plhanraya galas, macam2 fitnah BN buat, dok diam macam tu la...last sekali dah kalah baru nak mnyesal....DAH SAMPAI MASANYA MENYERANG!!!!!
Catat Ulasan