07 7ulhijjah 1431H
Pegawai kanan Yayasan Selangor diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu disiasat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas.
"Laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu," katanya.
Kelmarin, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran Yayasan Selangor yang dijadual esok kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.
Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan.
Baginda menyifatkan jumlah perbelanjaan sebesar itu bagi majlis makan tengahari sempena sambutan ulang penubuhan Yayasan Selangor sebagai satu pembaziran.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.
"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salahguna kuasa
1 ulasan:
Salam Tuan, saya merupakan peminat blog Cina Islam dan meminati perjuangan tuan, saya mohon agar linkan blog saya dalam blog tuan selain dapat kongsi2 maklumat politik semasa http://propasblog.blogspot.com/
Catat Ulasan