14 November 2010

Penggiat Filem Dinasihati Pelihara Hak Allah SWT

07 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 13 Nov :- Industri perfileman Negara baru-baru ini gempar dengan kemunculan sebuah filem yang berujudl “anu di dalam botol”, sebuah filem terbaru Raja Azmi Raja Sulaiman. Dan filem mini ini boleh disifatkan sebagai pembaharuan industry perfileman Negara, akan tetapi telah mengetepikan saranan Agama Islam kepada seluruh umatnya sentiasa jangan melampaui batas tindakan.

Berhubung dengan isu ini,, memang ada kaedah fikah yang berbunyi Saddu al-Zarai’ (menutup jalan kerosakan), iaitu melarang bahan-bacaan berunsur mirip kearah porno bagi mencegah berlaku kes jenayah seksual. Jadi, ia adalah langkah pencegahan Islam berlakunya jenayah maksiat. Menurut prinsip ini juga sesuatu yang harus (mubah) boleh
menjadi haram dan dilarang jika membawa kerosakan, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim. ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

Kaedah ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Adakah tidak, jagaan Allah itu ialah menderhakainya; sesiapa yang beredar di sekitar jagaan, dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jadi matlamat untuk mendedahkan derita kehidupan harian “golongan” ini sebagai pedoman masyarakat supaya menjauhkan diri dari terjebak ke dalam kancah sebegini adalah tidak boleh diterima pakai sebagai kaedah pembaikan dan pemulihan keruntuhan nilai. “beliau (Raja Azmi ) sedar masyarakat hari ini sudah berfikiran terbuka, sepatutnya beliau lebih berhati-hati dalam mendedahkan sesuatu yang boleh menyebabkan umat Islam di Malaysia menjadi lebih tidak ketentuan lagi dari segi jati diri muslim,” ujar Drs. Khalil Idham Lim lagi.

Tambahnya lagi, pendedahan media yang pelbagai sumber hari ini merupakan factor penyumbang terbesar ke arah kemelesetan jati diri muslim di Negara, penggiat filem Malaysia pula mahu menambah elemen perosak ini, ini merupakan suatu yang perlu dibanteras segera. Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang, dan golongan ini diazab dengan balasan yan amat dahsyat, “tidak cukupkah ini dijadikan sebagai pengajaran?” Tanya beliau lagi.

Menurut Khalil Idham Lim lagi, pembikin filem Negara sepatutnya mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat, bukannya kiraan nilai komersial sahaja. Cukup-cukuplah kita mempunyai sejumlah masyarakat yang “pening” hari ini, jangan tambah lagi kecelaruan segelintir masyarakat hari ini dengan unsur yang boleh menambahkan ketidakpastian status mereka.

Ujarnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak beliau menyatakan kekesalannya terhadap segelintir penggiat filem dan drama di Malaysia yang hanya mementingkan “karya seni” dan keuntungan beberapa kerat produksi mereka tanpa mengambil kira soal sensitiviti Allah SWT.

Raja Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, ...Dalam Botol merupakan inspirasi kisah benar yang mengisahkan 'derita' mereka yang bertukar jantina tetapi ingin kembali kepada asal.

Tiada ulasan: