31 Disember 2010

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

26 Muharram 1432H.

SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SUK ta boleh kerja jika ta satu padu dengan MB. Kalau MB ta beri peluang kepada SUK mengangkat sumpah di hadapanya apa akan di buat.

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu mengikuti perkembangan raja Thai dan Jepun, saya dapati rajanya sangat dihormati oleh rakyatnya sehingga ada yang beranggapan sampai ke peringkat raja bersifat dewa. Persoalannya adakah raja di dua buah negara itu akan sentiasa dianggap begitu oleh rakyatnya? Saya rasa jawapannya tidak.. Kalau tidak, apakah pula faktornya... Sebagai contoh perkembangan terakhir mengenai raja Thailand,, desas-desus mengenai penggantinya sudah mula menjadi percakapan rakyatnya, mengenai perkara ini saya tak nak sebut panjang lebar di sini, tuan-tuan boleh mencari sendiri maklumat mengenai perkembangan keluarga diraja thailand ini, apa yang saya nak debut disini ialah bukanlah faktor diraja itu yang menyebabkan rakyatnya terlalu menyangjung tinggi raja mereka, sebaliknya ia adalah faktor individu raja itu sendiri. Kehebatan Raja Thailand ini sudah diketaui umum bahawa dia seorang raja yang berjiwa rakyat, mengunjungi dan melawat rakyatnya dari timur ke barat, utara ke selatan, walaupun selatan thai rakyatnya mejoriti muslim, raja yang berjiwa rakyat itu tidak pernah mengasingkan tanggungjawab sebagai raja kepada rakyat yang berbilang agama dan bangsa, tetapi sayang apa yang dilakukan oleh raja itu tidak dijadikan contoh dan tauladan oleh mereka yang berkuasa disitu sehingga berlaku rasuah dan diskriminasi dan akibatnya terjadilah apa yang berlaku hari ini di selatan negara itu. Saya mengharapkan semoga raja yang disayangi iaitu Sultan Muhammad ke v akan menjadi sultan yang disangjung tinggi dan diteladani oleh semua khususnya rakyat kelantan dan rakyat Malaysia keseluruhannya, keperibadian Tuanku yang unik serta serba sederhana dan wara' sesuai dengan Tuanku sebagai ketua agama, ssmoga Tuanku menjadi raja kepada semua rakyat bukan untuk melayu sahaja, raja yang adil kepada siapa sahaja yang bawah Tuanku, raja yang semasa bukan lagi raja dizaman tanah Melayu.

abdullahngah berkata...

ramai yang rasa pelik, macam mana bukan kerajaan selangor yang lantik SUK kepada negeri itu.

Saya cuna nyatakan bahawa ada negeri di negara ini tiada suruhanjaya perkhidmatan negeri sendiri (SPN) dan ada yang ada suruhanjaya perkhidmatan negeri sendiri (SPN).

Negeri yang tak ada SPN kerajaan pusat yang berkuasa melantik semua pegawai perkhidmatan awam (pengawai tadbir) PTD termasuk pegawai undang undang, kewangan dan SUK.

Negeri yang ada SPN tidak boleh ada campur tangan kerajaan persekutuan kecuali pegawai undang undang negeri yang mahu tidak mahu mesti hak kerajaan pusat, tapi kerajaan negeri boleh memohon pertukaran jika perlu.

Jika kerajaan selangor tidak punya SPN tak timbul langsung pelantikan SUK baru itu ada campur tangan kerajaan pusat, kerana itu bukan hak kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V, satu negara Malaysia akan mengasihi Tuanku. Dengan keimanan, ketaqwaan, tawadhoq dan keadilan pemerintahan Tuanku, makhluk langit turut juga mengasihi Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

tunggu je PRU13 nanti, kita pakat-pakat ajar..
sekarangpun rakyat dah meluat sebab barang2 naik tapi x pelik sebab dia pilih BN (barang naik). Tunggu nanti PRU13, ajar menteri yang bacul tu..