13 Disember 2010

`TUAN HAJI SAIFUL' KE MEKAH, MAHATHIR DAN ANWAR PUN KE MEKAH JUGA

07 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

MAKA, berceritalah blog pro Umno dan penyokong tegar tuan `Haji Saiful Bukhari' bahawasanya `Haji Saiful' ini memang sebenarnya menjadi mangsa liwat apabila `Haji Saiful' menunaikan Ibadah Haji ke Mekah baru-baru ini. Dalil mereka, jika `Haji Saiful' ini berbohong

tentu sekali beliau mendapat `bala bencana' di Tanah Suci Mekah, itu kepercayaan puak Jahilliyah tersebut.

`Haji Saiful' ke Mekah menemani neneknya seperti yang dilaporkan oleh Agenda Daily, laman yang pro Umno.

Mengapa `Haji Saiful' kembali ke tanahair dengan selamat tanpa `bala bencana' jika benar beliau menfitnah DS Anwar? Itulah yang menjadi dalil puak-puak yang tidak percaya kepada Hukum Islam dan beriman kepada Allah.

Memang benar, sesiapa yang ingin menunaikan Fardhu Haji mestilah berada di dalam keadaan bersih hati dan bertaubat dari segala dosa. Tetapi jika ada yang ke Mekah masih dipenuhi dengan dosa, adakah mereka pasti ditimpa bencana ketika beribadah? Jawapannya, memang ada yang menerima bala bencana atau peringatan dari Allah dan ada juga yang tidak.

Bukan sedikit yang ke Mekah terdiri dari pemimpin yang zalim dan menentang Hukum Islam tetapi mereka kembali ke tanahair masing-masing dengan selamat, bahkan meneruskan kezaliman mereka dan berterusan menentang Hukum Islam.

Bahkan, diceritakan ramai Jemaah Haji yang ke Mekah bahawa di Mekah sendiri pun begitu ramai pencuri yang berkeliaran. Mengapa tidak ditimpa bala bencana ke atas mereka? Tun Mahathir, bukan sahaja melakukan kezaliman ke atas DS Anwar, bahkan menghina Nabi serta Sunnahnya, tetapi Tun Mahathir pergi ke Mekah dan balik dengan selamat.

Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Beliau ke Mekah dan selamat pulang bahkan masih menentang Islam sehingga kini.

Jadi, apa sangatlah penganiayaan atau fitnah ke atas DS Anwar jika mahu dibandingkan dengan fitnah ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita mesti yakin dengan Allah dan hukumnya. Persoalannya, mengapa kes yang berlaku di antara DS Anwar dan `Haji Saiful' itu tidak dibicarakan secara Islam?

Mengapa kes Qazaf yang diminta diadakan oleh DS Anwar ditentang habis-habisan? Mengapa tidak rujuk kepada perundangan Islam? Apa ertinya jika kita menunaikan Haji ke Mekah beribu kali sekalipun jika kita tidak menerima Hukum Allah.

Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah? Adakah kebenaran hanya boleh dibuktikan jika seseorang pesalah itu menunaikan Haji ke Mekah? Itu bukan ajaran Islam. Menunaikan Ibadah Haji adalah kewajipan kepada semua Umat Islam yang berkuasa dan mampu mengerjakannya termasuk `Haji Saiful'.

Seharusnya setelah kembali dari mengunjungi Rumah Allah dan Makam Rasullullah SAW, beliau sepatutnya lebih lantang menuntut agar kes beliau diadili mengikut peraturan Islam.

Harus diingat, kita tidak mengatakan DS Anwar atau `Haji Saiful' benar atau salah, tetapi kita mahu perbicaraan berjalan dengan adil. Di dalam kes Liwat, di dalam Islam kesalahan ini bersamaan dengan kes Zina dan jika ianya berlaku sesama Islam, maka sewajarnya dihakimi mengikut kaedah Islam.

Mengapa kaedah ini ditolak? Bagaimana pula dengan DS Anwar serta isterinya ke Mekah sebelum ini menunaikan Umrah? Ketika itu pun beliau sudah didakwa melakukan Liwat. Umrah atau Haji tempatnya tetap sama juga. Mengapa mereka semua selamat kembali ke tanahair?

Justeru itu, jangan menjadikan modal pergi Haji untuk menegakkan benang basah atau takut untuk menerima kaedah Islam. Jangan menjadi jahil sedemikian.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang bengap agama begitulah!

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkahkahkah! Bahlul sungguh!

Tanpa Nama berkata...

INSYAA ALLAH KITA AKAN LIHAT AJI SAIFUL NANTI.....SAMA ADA MABRUR ATAU PUN MAMDUD...INI BUKAN PEKARA BOLIH MAIN-MAIN,AYUH SAHABAT ISLAM MARI KITA SOLAT HAJAT MOHON PETUNJUK SEBENAR.

Tanpa Nama berkata...

Bukan bengap tapi x belajar langsung agama...yahudi mana tahu semua ni...

Tanpa Nama berkata...

Itula menunjukkan kurang ilmu. Kan Abu Jahal dan Abu Lahab pon duduk kat Mekah jugak

muraibatu berkata...

Abu jahal , abdullah ubai tingal di mekah lagi ..
di zaman rasul nabi Muhamad ..

umat melayu mesih penuh dengan metos ,tempat ibadat haji hanya untuk orang yang suci bersih sahaja boleh masuk.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah umno tu camtu lah...buta agama sepanjang zaman..

tukang kata berkata...

dia tu aji 1 malaysia jer

Tanpa Nama berkata...

inilah standard pemikiran puak-puak yg jauh dari Al Quran. Abu Jahal siap lawan Nabi s.a.w, ok je, tak kena bala apa-apa dan nak mati baru ditunjukkan azabnya. Maka berfikirlah sedikit wahai penyokong Saiful, bala itu hak Allah, Allah Maha Tahu bila Dia nak berikan kpd seseorg itu. Jgn jadi seperti org kafir yg meminta bala itu diturunkan dgn segera spt yg tercatat dlm Quran. mari lihat kaum Nabi Luth, Nabi Noh dan lain-lainnya. semua mrk tak sabar nak lihat bala Allah. Bersyukurlah, Allah masih lagi menyayangi kita bknnya takbur dgn rahmat Allah.

Dama-Ulan berkata...

sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap sesuatu... biarkan.. kuatkan tauhid kita kpd wujudnya Zat yg maha Esa... setiap manusia yg berlaku zalim pasti dpt pembalasannya kemudian hari.... janganlah kita nk terjun sama ke lubang yg gelap hanya disebab perkara yg remeh temeh ini oleh malaun2 ini...

Tunggu dan lihat.....InysaAllah

Tanpa Nama berkata...

orang umno memang berfikiran sempit dalam soal agama dulu kini dan selamanya....hujah ikut lojik..bukan pakai A.Q dan Hadis...

Amin Baek berkata...

salam ziarah saudara...nk ulas sedikit ye..

"Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah?"

sumpah mubahalah ada di dalam Al Quran dan pernah diamalkan oleh Nabi junjungan besar,Nabi Muhammad s.a.w...harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa 'kita' mengadilkan sesuata berasaskan UMNO atau bukan UMNO? Yang memberi iman adalah Allah dengan meredhai usaha ibadah kita. Terdapat pesanan di dalam al-Quran yang kira maksudnya: Jangan kita mengatakan sesuatu kaum itu lebih jijik dari diri kita kerana berkemingkinan pada hakikat illahi mereka lebih mulia. Jangan jadi zalim. Jadilah muslim sejati. Jadilah Melayu setia. Demi keutuhan bangsa Melayu dan agama Islam serta penganutnya di Malaysia ini. Seburuk-buruk seorang muslim yang bertaqwa dia masih takut membuat kezaliman. Fikirkanlah...