01 Safar 1432H.
KOTA BHARU – Kelantan memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebagai mengingatkan rakyat bahawa berhibur tidak menjadi kesalahan selagi tidak melakukan perkara yang dilarang Allah SWT.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dilakukan manusia di luar masjid sama sekali tidak boleh bertentangan dengan apa yang dilakukan di dalam masjid.
“Allah yang dihadapkan solat kita di masjid itulah juga Allah sewaktu kita berhibur. Alhamdulillah, di Kelantan kita mengajar rakyat agar sentiasa ingat kepada Allah yang merupakan Tuhan bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di luar masjid.” Katanya.
Nik Aziz berkata, baik di awal tahun, pertengahan dan akhirnya, Allah tetap merupakan satu-satunya Tuhan yang layak untuk dipuja.
Rakyat katanya, diajak meyakini bahawa hidup ini hanyalah satu persinggahan semata-mata, tiba saat dan waktunya mereka akan dipanggil untuk dihisab di hadapan.
“Seorang Menteri Besar bukan lagi menjadi Menteri Besar di waktu itu. Begitu juga seorang Raja atau Perdana Menteri, apatah lagi Menteri atau pegawai, tidak lagi memegang jawatan yang disandang di dunia,” katanya dalam perutusan tahun baru 2011.
Setiap aktiviti menyambut tahun baru katanya, tidak boleh melanggar dasar Membangun Bersama Islam yang ditetapkan.
Apapun, beliau berharap agar tahun baru 2011 ini terus menerus membekalkan rakyat dengan semangat untuk meningkatkan mutu kerja sebagai hamba Allah SWT di dalam mencari bekalan untuk mengadapNya di hari akhirat kelak.
“Azam baru di setiap awal tahun tidak menjadi kesalahan, namun lebih tepat lagi azam dilakukan setiap pagi dan petang.
“Oleh yang demikian saya berpandangan bahawa kesukaan dan kegembiraan menyambut tahun baru dengan mengadakan pesta besar-besaran tidak lebih hanyalah merupakan satu pesta untuk bersuka ria semata-mata,” katanya.
Sinar Harian/-

1 ulasan:
UMNO ni bukan dia faham apa-apapun berkaitan Islam. Lahir je Islam, pergi sembahyang, puasa, zakat, dan haji... itupun dianggap adat je, itupun kalau dia buat semua di atas. Bila orang bincang tentang Islam dia pun nak bincang Islam, akhirnya jadilah mereka macam ahli kitab, faham secara mendalam tentang agama tetapi enggan malah angkuh untuk mengamalkannya secara menyeluruh.
Catat Ulasan